Di Taja RM 500,000 Majlis Raikan Cinta Siti JamuMall

Siti Jamu Mall
Siti Jamu Mall  

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sama cantik sama padan kedua mempelai dua sejoli yang diraikan Siti & Syafiq ataupun yang lebih kita kenali dengan Siti Jamu Mall ! Tanggal pada 7 April 2019 yang lalu merupakan tarikh sejarah mereka meraikan cinta kedua mempelai di Laman Kayangan Shah Alam yang penuh gilang gemilang dan ku berkesempatan untuk hadir ke majlis perkahwinan mereka ini.

Yang paling beruntung buat pasangan pengantin ini Majlis Raikan Cinta mereka ini ditaja sehingga RM 500, 000 ! Tuah Ayam nampak dikaki tetapi Tuah Manusia siapa yang tahu bukan ? Ini adalah dinamakan rezeki nak kahwin nak bina masjid bersama sama suami dan isteri hehe dan hampir 100 syarikat jenama pelbagai produk mahu menaja beliau.

Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall

Siapa tak kenal dengan Siti Suriani yang sekarang beliau amat dikenali dengan nama panggilan Siti Jamu Mall kerana beliau menjadi host atau promoter untuk promote pelbagai jenis produk kesihatan, kosmetik, makanan, fesyen dan bermacam-macam dari produk tersebut biasa biasa aje dan tidak dikenali sehingga dikenali di laman sesawang jamumall.com.

Wife ku sendiri pun dalam diam dia selalu tengok Siti dekat FB live beliau buat tutorial secara live dan review produk produk yang amat berguna untuk kita juga pada suatu hari nanti. Lagi lagi beli secara dalam talian yang amat mudah dan senang tanpa anda perlu keluar.

Niat asal Siti pada mulanya ingin buat majlis secara kecil kecilan tetapi disebabkan beliau update satu status di FB ramai pula yang mahu sponsor hari persandingan beliau dan Siti berasa sangat sebak dan terharu pelbagai pihak mahu menaja perkahwinan beliau dari majlis bernikah, pre wedding, majlis berinani, majlis persandingan sehinggalah ke pakej bulan madu tu hehe.

Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall

Antara penaja -penaja Utama Majlis Raikan Cinta Siti & Syafiq ialah:

  •  Pelamin & hiasan dewan dari WeddingbyEmma
  • Baju pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
  • Grand wedding cake dari MadAboutCake
  • VIP menu dari Rumpun Selera
  • Coffee Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
  • Jamu dari Seri Lady Empire Resources
  • Tudung bawal bridesmaid dari Gallery Bawal
  • Kain pasang diamond dari Irahsukri
  • Telekung dari Pretty Aini
  • Makeup set dari Zacthira Navillionniza
  • Scarf dari Scarf by Mehrun
  • Printed box dari Art Creation Printing
  • Perfume dari Luxe Essencia Resources
  • Pakej bulan madu dari Arwarna Resort

Dan tidak lupa juga penaja penaja makanan di sekitar semasa majlis perkahwinan sedang berlangsung pada Ahad lalu. Semua makanan, minuman dan desert sedap sedap belaka oleh mereka seperti:-
  • Rumpun Selera 
  • Joker Cendolz 
  • Rempah Ratus Mak Siti 
  • Aiskrim Viral 
  •  Satay Ros Viral 
  • Apam Balik The Veggies 
  • Chefnarkitchen Mee Kari

Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall Siti Jamu Mall

Meriah bukan ? Terasa pergi ke syurga makanan di majlis perkahwinan hehe. Kalau nak berjaya dan dapat apa yang diimpikan seperti Siti ini kalian pun boleh usaha juga sehingga berjaya hehe. Nasib baik dah empunya diri ini dah berkahwin hehe.


Kepada Siti & Syafiq, Selamat Pengantin Baru diucapkan semoga berbahagia sehingga ke Jannah dan Sukses dalam apa yang dilakukan.

Siti Jamu Mall

No comments: