Muslim Volunteer Malaysia (MVM) - Malam Penganugerahan Penghargaan

Muslim Volunteer Malaysia  

Assalamualaaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru – baru ini ku berkesempatan ke satu majlis yang gilang gemilang yang meraikan penghargaan Sukarelawan-Sukarelawan mereka yang terbaik, keluarga Asnaf , pekerja, NGO, penaja dan kepada mereka yang secara tidak langsung memberi sokongan kepada Muslim Volunteer Malaysia. Muslim Volunteer Malaysia atau (MVM) mengadakan Majlis Makan Malam Amal Volunteer MVM Appreciation Award Tahun 2018 di The Royal Ballroom Bizmillah One City USJ.

Untuk pengetahuan anda, Muslim Volunteer Malaysia ini telah ditubuhkan selama 4 tahun dan pada malam Volunteer Appreciation Awards 2018 ini ada bertujuan menyambut ulang tahun mereka yang ke 4. Lama juga telah ditubuhkan dan ku rasa ramai diantara kalian mungkin telah mengenali Muslim Volunteer Malaysia ini sejak dari penubuhan mereka dan kita dapat saksikan perkembangan mereka dalam bidang sukarelawan ini.

Ku tahu apabila sebut tentang bantuan dan sukarelawan ini pasti ramai yang akan ambil tahu untuk menyumbang dari segi kewangan mahu kudrat tenaga anda bukan ? hehe. MVM ini diketuai oleh Tuan Presiden Muhammad Bin Jantan yang turut ada di Volunteer Appreciation Award (VAA 2018) dan kehadiran lebih 400 orang tetamu dari orang awam, keluarga asnaf, tetamu jemputan VIP, para penaja, rakan NGO, rakan media dan selebriti jemputan.

Muslim Volunteer Malaysia Muslim Volunteer Malaysia

Okay baiklah, malam VAA 2018 sangat meriah dan berkonsepkan Garden. Almaklumlah tempat yang diadakan iaitu Bizmilla Wedding Centre dan pemiliknya merupakan salah seorang penyumbang tetap MVM ini hehe. Alhamdulillah moga dimurahkan rezeki. Ini kali pertama ku menghadiri majlis sebegini dan kadang menyentuh hati dengan info-info dan montaj mereka yang disiarkan sepanjang malam dan seharusnya sukarelawan ini diberikan anugerah.

 Malam VAA 2018 diceriakan lagi dengan pengacara majlis Da’i Izhar atau dikenali sebagai Da’i Pendakwah Milenia, bacaan doa yang sangat menyentuh hati oleh Ustaz Fadzli Far East serta persembahan artis seperti Lah Ahmad dan Kumpulan Nasyid In-Team turut memeriahkan suasana malam VAA 2018 ini.

Muslim Volunteer Malaysia Muslim Volunteer Malaysia


Apa itu Muslim Volunteer Malaysia ?


Muslim Volunteer Malaysia


Persatuan Sukarelawan Malaysia yang berpaksikan kepada slogan mereka ‘Tindakan Hari Ini Mengubah Masa Depan’ kini telah mengembangkan sayap mereka dalam pelbagai bidang termasuk menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan serta menghantar sukarelawan yang ada ke NGO yang memerlukan bantuan

. Visi mereka adalah berlandaskan nilai-nilai Islam berhasrat mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab social dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang memerlukan. Dan yang paling penting adalah objektif MVM memberikan bantuan asas kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Daftar Sebagai Sukarelawan atau Daftar Volunteer Malaysia Volunteer Malaysia. Bagi mereka yang berminat dan amat suka kerja sukarelawan ini dan tidak tahu dekat mana hendak mendaftarkan diri ataupun tercari-cari badan mana untuk mendaftar sebagai sukarelawan ? Anda boleh mendaftar sebagai sukarelawan Muslim Volunteer Malaysia ini secara online sahaja mudah dan senang dan hanya daftar laman sesawang di bawah :-


Untuk mendaftar anda boleh memilih pakej pendaftaran yang ada dan tiada syarat-syarat khas yang diperlukan untuk mendaftar sebagai #VolunteerMVM. Ku sendiri pula terasa teruja untuk mendaftar sebagai Sukarelawan MVM ini hehe. Salah satu kepentingan menyertai pertubuhan sukarela sebagai sukarelawan atau sukarelawan NGO ini sukarelawan akan diberikan dan didedahkan dengan panduan lengkap dan menyeluruh sebelum sesuatu program dilaksanakan dan secara tidak langsung akan lebih teruja untuk menyertai pelbagai aktiviti yang akan datang.

Bukan hanya untuk menekankan keselesaan sebelum dan semasa program, tetapi MVM juga akan menyediakan beberapa insentif kepada #VolunteerMVM dalam pelbagai bentuk lain hehe. Menarik tu, macam-macam info dan ilmu pengetahuan yang anda akan dapat hehe sebagai sukarelawan Malaysia atau menjadi sukarelawan yang terbaik. Pada malam tersebut sahaja MVM berjaya mengutip sumbangan RM4694.70 untuk bahagian Slot 5 Minute That Count dalam hanya 5 minit sahaja.

Muslim Volunteer Malaysia


Contoh/Senarai Sukarelawan di Malaysia :-

Tedapat banyak jenis badan sukarelawan yang terdapat di Malaysia antaranya

1. Mercy
2. Yayasan Salam Malaysia
3. Rela Malaysia
4. Amal Malaysia
5. Rakan Muda
Dan lain-lain lagi.

Okay baiklah, kembali semula ke kemuncak VAA 2018 adalah penganugerahan kepada para sukarelawan MVM, pekerja MVM dan juga keluarga asnaf. Yang menariknya ada beberapa anugerah yang dipertandingkan adalah Jasa Bakti, Inspirasi, Sukarelawan Harapan, Institusi Harapan, Sukarelawan Siswa dan Di Sebalik Tadbir.

Muslim Volunteer Malaysia Muslim Volunteer MalaysiaMuslim Volunteer MalaysiaMuslim Volunteer Malaysia

Anugerah Khas pun ada seperti anugerah Dato ‘Dr Fadzilah Kamsah, anugerah Prof Dr Muhaya, anugerah Inspirasi Pure Heart, anugerah Inspirasi Keluarga Mithali, anugerah Top Seller Jualan Tiket VAA pun ada hehe dan akhir sekali Tokoh Kemanusian. Tahniah sekali lagi buat penerima anugerah yang diterima pada malam itu sesungguhnya anda layak menerimanya hehe.


Cara Untuk Anda Menyumbang di Muslim Volunteer Malaysia?

Pada malam VAA2018 Tuan Muhammad Bin Jantan Presiden MVM mengumumkan dan merasmikan inisiatif baru MVM untuk tahun 2019. Antaranya ialah Pusat Tuisyen Salam, Sistem Auto Debit sumbangan dan projek penulisan #PenaMVM. Yang menarik ialah sumbangan melalui Sistem Auto Debit yang merupakan salah satu alternative lain yang diusahakan untuk memudahkan orang awam menghulurkan sumbangan bagi program-program kebajikan dan misi kemanusiaan anjuran MVM secara tetap setiap bulan.

Senang bukan ? betapa mudahnya untuk menderma dan memberi sumbangan. Melalui system auto debit terbaru ini boleh digunakan melalui website donation MVM iaitu www.donation.mvm.org dengan memilih kepada tetapan bulanan menderma atau ‘monthly donation’ atau boleh disumbangkan melalui akaun di bawah.

Akaun Sumbangan:
 Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
 Maybank (56480 164 7699)
 CIMB (8602 5378 07)
 Bank Islam (1230 0010 0030 65)
 Emel : account@mvm.org.my

Media Sosial
 Laman Rasmi: http://www.mvm.org.my

Untuk maklumat lanjut boleh diajukan melalui:
 Emel: salam@mvm.org.my
 Telefon: 603-8074 0434 Alamat:
Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
 No 12-1, Jalan Merbah 2,
Bandar Puchong Jaya, 47170
Puchong, Selangor

Muslim Volunteer Malaysia

No comments: