Kampung Pulau Pisang Berada Di MAHA 2018 ? MADA Pun Ada Sekali

MAHA2018  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Akhirnya event yang kita nantikan setiap dua tahun sekali telah tiba iaitu MAHA 2018. Apa itu MAHA 2018? Untuk nama panjangnya ialah Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism dan ianya merupakan acara dwi tahunan yang semestinya berkaitan dengan pertanian dan hortikultur terbesar di Malaysia. Tema MAHA 2018 kali ini ialah Makanan Kita Masa Depan Kita. 

Okay baiklah, MAHA 2018 sudah pun berlangsung di MAEPS Serdang bermula dari 22 November 2018 sehingga 2 Disember 2018. Ini bermakna bagi anda yang belum pernah datang atau mahu datang lagi ke MAHA 2018 ini masih lagi berkesempatan. Dapatkan barangan pertanian dan usahawan tempatan pada harga berpatutan di sini hehe. 


MAHA2018 MAHA2018

Tapi ku disini ingin mengetengahkan mengenai MADA yang berada di MAHA 2018 ini. MADA merupakan salah satu agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani yang bertanggung jawab sebagai agensi peneraju bagi Kluster Agro Pelancongan seperti contoh MAHA 2018 kali ini mengetengahkan Kampung Pulau Pisang. Apa yang menarik di Kampung Pulau Pisang ? Nantikan kita bercerita lebih lanjut.

Selain itu, MADA juga bertanggungjawab untuk menjayakan Laman Padi dan Pavilion Negeri. Menarik tak ? Hehe mesti anda semua suka melancong bukan ? Agro Pelancongan ini kali memperkenalkan Kampung Pulau Pisang yang sebenarnya wujud selain dari kita lihat di pameran MAHA 2018 ini hehe. Kampung Pulau Pisang yang terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman.

Maha2018 Maha2018

Kalau sesiapa yang pernah pergi dan teringin untuk pergi ke Kampung Pulau Pisang ini akan terpesona dengan keunikan seni bina rumah Melayu dan juga menawarkan pakej inap desa yang berlatarkan sawah padi. Pasti amat memenenangkan fikiran dan minda anda jika ke sini. Selain itu, para pengunjung dapat menyertai pelbagai aktiviti pertanian yang dijalankan di Kampung Pulau Pisang ini.

Okay baiklah, apabila anda ke MAHA2018 itu nanti jangan lupa ke Dewan A atau Hall A untuk bertemu dengan Kampung Pulau Pisang yang terkenal ini hehe. Merasakan sendiri suasana kampung di belah Utara yang penuh dengan pelbagai aktiviti subkluster yang terdapat di Agro Pelancongan Kampung Pulau Pisang ini. Nak tahu ? Banyak kot acara atau aktivti yang anda boleh sertai. Antaranya ialah:-

WARUNG ULU SEDAKA

Maha2018

Warung Ulu Sedaka untuk pengetahuan anda terletak di Daerah Yan dalam negeri Kedah Darul Aman dan Ulu Sedaka ini menjadi Destinasi pilihan bagi pengunjung untuk menikmati minuman nira nipah yang disajikann sekali dengan pelbagai menu lain seperti peknga, laksa dan pulut pekasam. Okay ku sendiri telah merasa peknga dan pulut pekasam ini memang terbaik dari ladang datang dari Kedah di dalam Kampung Pulau Pisang ini hehe.

Maha2018

Selain daripada itu, untuk subkluste Lepak Santai yang berada di Kampung Pulau Pisang di namakan Warung Ulu Sedaka sebagai simbolik kepada perkampungan yang mengetengahkan pelbagai menu makanan tradisional dan minuman ikonik neger Kedah yang menggamit memory nostalgia lagi mengusik jiwa hehe.


CHARUK PELANDUK

Maha2018

Okay kita ke aktiviti yang seterusnya iaitu Charuk Pelanduk. Charuk Pelanduk merupakan sebuah kampung yang terletak di Sik, Kedah dan disini juga ia menjadi hentian setempat bagi pengunjung mendapatkan pelbagai produk kraftangan yang unik, menarik dan antik. So disini anda akan dapat lihat dan boleh mencuba untuk membuat kraftangan.

Anda juga berpeluangan menyaksikan demonstrasi penghasilan kertas daripada serat nenas dan juga jerami yang cantik dihasilkan oleh usahawan di Agro Art & DIY @ Charuk Pelanduk Valley. Selain itu, aktiviti seperti mewarna seramik dan batik juga diadakan. Menarik tu ? Bukan senang nak dapat mencuba buat dengan hasil kita sendiri hehe.


WAKAF MAHSURI 

Maha2018

Di bahagian ini menarik sedikit kerana anda mesti siapa itu Mahsuri terkenal dengan nama Puteri Langkawi atau Puteri Mahsuri dengan kejelitaan Mahsuri menjadi idaman setiap gadis pada ketika itu. Subkluster Health & Beauty dijenamakan sebagai Wakaf Mahsuri dan menawarkan pelbagai rangkaian produk kecantikan dan kesihatan.

Disini juga anda boleh menerima rawatan perkhidmatan urutan kecantikkan tradisional yang akan membawa pengunjung menikmati persekitaran yang sarat dengan elemen tradisional. Boleh juga mendapatkan rawatan urutan kaki apabila anda telah penat berjalan jalan disektitar MAHA2018 hehe.


GELANGGANG PANTAI MERDEKA


Maha2018

Pantai Merdeka yang terletak di daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman jika anda tahu terkenal dengan pantai peranginan dan perkelahan bagi penduduk setempat dan negeri yang berdekatan. Terdapat juga tarikan bagi kaki pancing di kawasan perkampungan Nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayakyang menjadi tarikan kaki pancing.

So Gelanggang Pantai Merdeka ini dipilih sebagai nama subkluster Hobby & Creation kerrana amat sesuai untuk keluar dalam beriadah hujung minggu. Di sini anda juga berpeluang untuk merasai Permainan Tradisi sseperti congkak, getah atas para, serta dam aji gergasi. menarik bukan? Hehe.


PELANTAQ GUNUNG KERIANG

Maha2018

Gunung Keriang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman dengan ketinggian kira-kira 217.92 meter ditengah-tengah jelapang padi dan Gunung Keriang ini terkenal sebagai tapak warisan geologi yang unik dan menjadi lokasi pilihan bagi pelbagai program yang berunsurkan kebudayaan dan kesenian. Disini untuk subkluster dipilih sebagai AgroCulture yang menyediakan dan mempersembahkan persembahan kebudayaan masyarakat Malaysia.


LAMAN PADI

MAHA2018

Ini yang paling dinanti-nantikan sepanjang melawat di MAHA2018 @MADA ini ialah melawat ke laman padi yang terletak jauh tidak jauh dari Hall A MAHA 2018 ini hehe. Nasib baik kereta buggy yang disediakan disini untuk memudahkan pergerakan hehe. Memang ku teruja untuk ke Laman Padi kerana keindahan dan kehijaun sawah padi memang sukar untuk kita tengok di tengah bandar.

Untuk pengetahuan anda, Laman Padi ini sebenarnya terdapat Muzium Padi yang terdapat banyak info - info tentang sejarah padi ini. Di Laman Padi ini juga terdapat mesin pemprosesan padi yang dibawa khas dari MADA dan anda boleh melihat proses dari permulaan hingga akhir proses padi.

MAHA2018 MAHA2018 MAHA2018 MAHA2018 MAHA2018  

Yang menarik perhatian ku disini ialah penggunaan drone gergasi untuk proses meracun serangga di kawasan sawah padi. Ini satu teknologi moden yang memudahkan lagi pesawah untuk menjaga padi mereka serta menjimatkan tenaga tanpa perlu keliling sawah semata-mata untuk meracun serangga perosak di sawah padi.

Selain itu, terdapat penanaman padi secara tradisional dengan menggunakan kerbau dan permainan bola sepak lumpur, nak mengagau ikan pun boleh hehe.


PAVILION NEGERI

Disini menempatkan tapak pameran yang turut menjadi tarikan di mana 13 negeri di dalam Malaysia mempamerkan keunikkan negeri masing-masing bagi menarik pengunjung yang mengunjungi rumah mereka. MADA serta beberapa agensi lain dari Kedah diberi tanggungjawab untuk menjayakan aktiviti di Pavilion Negeri ini.


USAHAWAN BIMBINGAN MADA

MADA juga membimbing usahawan-usahawan atau bakal usahawan untuk menjalankan perniagaan dari kecil-kecilan hingga besar. Kali ini di bahagian AgroTrade MAHA 2018 ini MADA membawa usahawan-usahan dengan produk mereka untuk diperkenalkan kepada pengunjung yang datang. Pelbagai jenis produk atau makanan yang dihasilkan oleh Usahawan Bimbingan MADA ini.

Maha2018 Maha2018

Antaranya BRONIS, Kuih Bahulu, Mee dan yang menarik perhatian ku di sini ialah produk keluaran MADA itu sendiri iaitu Jus Mangga atau Bes Mangga Tobiar Gold. Satu botol Bes Mangga ini anda boleh dapatkan hanya RM9 sahaja. Rasa Bes Mangaa dengan campuran nenas ini sangat sedap dan terasa keaslian jus ini. Memang sedap ! hehe

Maha2018 Maha2018 Maha2018

Okay baiklah, bagi mereka yang belum lagi ke MAHA 2018 yang akan berakhir hujung minggu ini 2 December 2018 dan jangan lepaskan okay untuk ke MAEPS Serdang. Tips bagi ku sendiri datang awal dan bawa banyak duit untuk berbelanja hehe kerana terdapat produk tempatan kita yang berkualiti dapat pada harga yang sangat murah !

No comments: