Live Cooking Teppayanki D’Kayangan Grill & BBQ Steamboat

Dkayangan  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Baru-baru ku berkesempatan ke Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan. Ternyata ada beberapa kelainan yang di tawarkan terutamanya dari segi menu makanan. Ini kerana sebelum ini ku pernah juga ke D’Kayangan Steamboat yang pada asalnya menyediakan masakan secara Steamboat dan pengunjung akan diberikan 2 pilihan sup iaitu sup ayam atau tomyam.

Tapi kini yang menariknya ada menu terbaharu iaiutu Live Demo Cooking Teppayanki yang ku rasakan menarik dan kita mesti jarang nak rasa makan Teppayanki bukan ? Hehe. Tapi tetap tidak boleh menolak Steamboat segar yang tersedia seperti aneka makanan laut yang segar, pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan pucuk juga turut disediakan.


Dkayangan

Okay baiklah, kita Chef Shahnizam yang berpengalaman lebih 25 Tahun dalam bidang kulinari ini yang telah membuat pembaharuan dengan menu grill perapan istimewa ayam, daging, udang, sosej, ikan dan sotong. Mesti sedap kalau dah baca ni hehe. Jenis-jeni perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa jenis rempah ratus untuk menaikkan rasa perapan tersebut.

Dkayangan Dkayangan Dkayangan Dkayangan Dkayangan

Terliur tak ? Hehe. Selain daripada Steamboat yang ku sebutkan tadi diatas, kita boleh juga juga grill selepas Chef handalan kita buat perapan yang terbaik punya untuk pelanggan pelanggan yang datang hehe. Antara menu grill yang ku berkesempatan mencuba ialah Chicken Castello, Chicken Mozza, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry.

Dengar nama pun dah lain macam menariknya bukan ? Hehe. Antara yang terbaik disitu ialah Kambing Grill yang diperam dengan 15 jenis rempah terbaik. Siapa cepat dia dapatkan Kambing Grill bagi peminat makan Kambing ni hehe. Pembaharuan ini dengan menggunakan masakan stail Cina dan India di dalam bahan perapan tersebut.

Anda sendiri harus datang ke D’Kayangan ini untuk merasa sendiri kelainan perapan yang dicipta oleh Chef. Apabila masak sendiri diatas tempat grill akan menjadi lebih harum dan memikat selera anda. Percayalah anda akan tambah lagi dan lupa orang sekeliling dan menikmati Steamboat Grill anda hehe.

Selepas menikmati Steamboat, Grill and Teppayanki kita ke penutup makanan dengan pencuci mulut dengan 12 jenis ais krim termasuk perisa Oreo dan Mint. D’Kayangan menawarkan lebih daripada 150 jenis hidangan dan boleh memuatkan hingga 600 orang dalam satu satu masa di bahagian luar dan dalam. Jangan risau kalau anda mahu menikmati lebih lama di D’Kayangan surau pun disediakan hehe.

Dkayangan Dkayangan Dkayangan

Harga RM33.00 nett Dewasa (Isnin-Ahad)
Kanak-kanak RM12.50 nett

Alamat
D’Kayangan Grill & Barbeque Steamboat,
No 1, Sri Acapella Service Apartment,
Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Shah Alam.

Waktu Operasi 4 petang hingga 12 Malam. 

No comments: