Beranikan Diri Anda Hadapi Ketakutan ! Night Of Fright 6 Di Sunway Lagoon

Night of Fright 6 Night of Fright 6  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahatera.

Kini telah tiba acara tahunan yang wajib diadakan oleh pihak Sunway Lagoon sempena Halloween setiap October. Kali ini ku berpeluang menyertai untuk kali ke berapa entah tapi rasanya memang setiap tahun akan sertai dan tidak akan ketinggalan. Ini kerana ku tertunggu tunggu apa kejutan terbaru yang Night Of Fright 6 ini hehe.

Okay baiklah, tema untuk tahun ini lain sedikit  kelainana dari tahun yang sebelumnya. Apa yang lain? Dalam Night of Fright 6 ini ada beberapa tempat persinggahan yang wajib anda pergi. Kita mulakan satu persatu bermula dengan WENDIGO- THE LEGEND IN THE MIST. Tempat dimana anda akan menyelongkar misteri dan hantu monster. Sejenis spirit jahat yang dahagakan darah manusia ! Hehe.

Night of Fright 6 Night of Fright 6 Night of Fright 6 Night of Fright 6

Bagi mereka yang sering fobia dengan clowns tapi mahu juga nak tengok hantu bukan ? Phobia: Coulrophobia - THE FEAR OF CLOWNS. Ku sendiri masa zaman kanak-kanak pun takut juga tengok Clown ni. Tapi bukan ke sepatutnya Clown ini buat anda ketawa sentiasa dengan gelagat mereka hehe. Tapi clown Sunway ini boleh buat anda takut dikemudian hari dan pastinya akan terbayang-bayang. Berani tak ? Hehe

Dalam anda sedang berjalan-jalan di sekitar dalam Sunway Lagoon ini tiba-tiba anda diganggu oleh ZOMBIE ZOO yang sedang berkeliaran dan kalau nasib tidak baik menganggu dan paling teruk akan kejar anda. Lari atau tidak?. Sedang anda belari terus masuk ke SCARY TALES THEATER untuk menonton Horror stories. Sedang menonton tiba-tiba ada yang mengusik dari sekeliling anda? Pengalaman sendiri kadang tak sedar memang menjerit hehe.

Asyik-asyik kita dengar hantu dari Hollywood aje? Nak juga tengok hantu dari Malaysia hehe. Dengar kata mereka ada JAMPI yang berkaitan dengan Salem Witch, Malay Dukun, Indian Witch, dan Chinese Witch sementara mereka dalam Jampi untuk menjampikan anda-anda yang berani berkunjung ke Night of Fright 6.

Night of Fright 6 Night of Fright 6 Night of Fright 6 Night of Fright 6

Sepanjang malam pembukaan ku memberanikan diri ke Night of Fright 6 ini ku merasakan tahun ini buat ku paling banyak menjerit haha. Muka tak malu dah besar panjang takut dengan hantu haha. Tapi serius anda patut datang ke sini mengalami sendiri pengalaman ke rumah hantu di Sunway Lagoon ini.

Night of Fright 6 ini hanya berlangsung di bulan Oktober sahaja setiap minggu dari hari Jumaat hingga Ahad sahaja, NOF6 ini bermula dari 730pm hingga 1130 dan harga tiket hanya Rm68 untuk normal price. Bagi Express Lane kena bayar lebih sedikit lah hehe hanya RM114.

No comments: