Mari Ramai-Ramai Serbu Traveloka Sale-abration & Matta Fair 2018 !

Traveloka  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Seperti tahun-tahun yang lalu ku bersama keluarga tidak akan lepaskan peluang ke Matta Fair untuk kaji selidik mana-mana peluang untuk kita sekeluarga travel murah ke sesuatu destinasi. Memang wajib untuk anda diluar sana membuat ‘survey’ saluran travel mana yang dapat menawarkan mengikut kehendak dan kemahuan anda hehe.

Ku seperti biasa amat ternanti-nantikan Traveloka Sale-abration 2018 ini kerana tahun sebelumnya kami sekeluarga dapat melancong dengan puas dengan Traveloka dan pastinya akan lebih menarik pada tahun 2018 ini hehe. Bagi anda masih tidak tahu apa itu Traveloka? Mari sini ku menjelaskan serba sedikit dan pastinya akan menarik perhatian anda juga.

Traveloka menyediakan perkhidmatan tiket kapal terbang dan servis hotel booking secara online sama ada di laman sesawang mahupun di aplikasi dan anda juga boleh memuat turun di telefon pintar anda. Bukan apa, bagi anda yang teringin atau mahu sangat untuk travel mudah dan murah seperti ku sendiri boleh menggunakan khidmat mereka.

Ini kerana ku baru dapat tahu Traveloka Sale-abration 2018 dan Matta Fair kini akan kembali tidak lama lagi seolah-olah anda pergi ke Matta Fair 2018 cuci mata dan harga yang berbaloi. Mereka menawarkan tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera bagi untuk tiket penerbangan. Tawaran kupon diskaun di atas promosi penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat.

Dan yang paling menariknya ialah tiada ‘Booking Fee’! atau Yuran Tempahan. Ini membuatkan ku sendiri tidak sabar untuk menempah sekarang untuk perjalanan penerbangan bila-bila masa dan di mana-mana sahaja destinasi yang anda impikan untuk pergi. Hmmm dah terbayang dalam fikiran untuk pergi ke mana bersama keluarga. Mungkin tempat itu terbaik untuk menyambut ulangtahun bersama keluarga mungkin ? hehe

Traveloka Traveloka Traveloka

Call to action! Now! hehe. Anda boleh mula menempah Traveloka Sale-abration 2018 ini bermula dari 4 September 2018 sehingga 10 September 2018 ini. Tak lama lagi tu. Lebih baik anda plan betul-betul rancangan anda untuk melancong ke mana destinasi pilihan hati. Hmmm ke mana kita kali ini, tengah memikirkan tempat pelancongan yang menarik dan tak pernah sampai lagi.

Paling penting mestilah mengikut bajet keperluan anda dan jangan over budget tahu? Tapi kalau nak over budget sekali pun tidak mengapa kerana bukan selalu Promosi Traveloka Sale-abration 2018 ini ada. Setahun sekali sahaja.

Terfikir ku bersama isteri belum pernah lagi menjejakan kaki ke Negeri Sabah. Serius dari lahir sampai sekarang belum pernah jejak kaki di sana Negeri Sabah hehe. Ramai kawan-kawan yang berada disana mengajak datang ke sana untuk melancong kerana banyak tempat yang menarik boleh diselongkar. Tapi satu aje tiket ke sana bukannya murah, boleh tahan juga mahalnya tetapi bergantung kepada nasib kalau dapat tiket murah hehe. Jadi inilah masanya untuk turut serta dalam promosi Traveloka Sale-abration 2018 ini.

Traveloka

Langkah pertama kita tengok tiket penerbangan ke destinasi pilihan ku dan berapa harga yang dapat dibandingkan adakah ianya lebih murah atau mahal mengikut tarikh pergi yang diinginkan. Oh ya apabila anda sedang membeli tiker penerbangan dari laman web atau aplikasi Traveloka dalam tempoh promosi yang ditetapkan iaitu dari 4 September 2018 hingga 10 September 2018 ini layak untuk mendapat kupon diskaun sebanyak 8% atau sehingga RM40. Ini semua tertakluk kepada terma dan syarat tau hehe.

Sikit lagi untuk mencapai impian tempat bercuti kami dan apa yang boleh dikatakan ialah ‘hadiah’ untuk ulang tahun perkahwinan kami yang sebelum ini belum pernah ke mana-mana lagi yang jauh. Selalu yang dekat-dekat aje yang boleh travel menggunakan kenderaan sendiri. Sekali sekala kasi la peluang untuk travel melalui udara pula hehe.

Itulah yang dikatakan pelancong yang datang melawat atau mengembara ke sesuatu tempat yang lain melebihi daripada lima puluh batu dari tempat kediaman sendiri untuk mengisi masa lapang mahupun untuk cuci mata ditempat orang. Betul bukan ? hehe. Dari situ kita boleh melihat dan mengetahui budaya serta masyarakat setempat.

Traveloka

Jom anda pembaca Blog Eazy Izzuddin jangan lepaskan peluang ini untuk Traveloka Sale-abration 2018 dan Matta Fair 2018 ini. Boleh klik di link ini https://www.traveloka.com/ms-my/flight mendapat tawaran kupon diskaun tambahan untuk pembelian segera tiket penerbangan dari syarikat penerbangan yang terlibat. Sekali lagi No Booking Fee ! dan boleh tempah bermula 4 September 2018 hingga 10 September 2018 ini.

Tempah sekarang untuk perjalanan penerbangan anda bila-bila masa dan dimana sahaja destinasi anda yang diimpikan hehe. Jadi ku suka Quotes ini “ Travel makes one modest. You see what a tiny place you occupy in the world”- Gustav Flaubert.

No comments: