Makan "Shell Out" Dekat Ombak Kitchen ?? Pakai Tangan Jerr

Ombak Kitchen  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Pernah atau tidak anda sendiri mencuba makanan laut yang berasaskan "Shell Out" ini ? Ku rasa sebahagian daripada pembaca mesti pernah merasa makanan laut "Shell Out" ini sama ada jauh atau berdekatan dengan anda. Baru-baru ini ku bersama beberapa rakan blogger yang lain berpeluang merasa makanan laut "Shell Out" ini dekat dengan area rumah hehe.

Area rumah ? Kini ada restoran yang menghidangkan makanan laut "Shell Out" di area Shah Alam tahu. Shah Alam dan lebih spesifik lagi di Bukit Jelutong. Bagi anda yang berdekatan dengan kawasan Shah Alam atau mahupun di luar kawasan boleh datang ke Ombak Kitchen dan dapat menikmati hidangan makanan laut terhebat hehe.

Ombak Kitchen Ombak Kitchen

Hidangan makanan laut di Ombak Kitchen Bukit Jelutong ini semuanya segar-segar belaka dan semua makanan makanan laut ini sangat terkenal sebagai hub makanan laut import segar dan berkualiti premium di Lembah Klang. Almaklumlah kadang jarang dan susah nak dapat makanan laut yang fresh lagi-lagi yang diimport jauh ini. 

Seperti biasa hidangan makanan laut "Shell Out" ini akan dihidangkan di atas meja yang dilapik dan dituangkan sahaja diatas meja tanpa pinggan dan mangkuk. Ku sendiri teruja dan tak sabar nak tengok dan makanan yang dihidangkan selambak atas meja nanti hehe. Apakah makanan laut yang dihidangkan ? jom teruskan membaca sampai bawah. Teruja sangat.

Antara menu makanan laut yang anda boleh pilih antaranya ialah a la carte Alaskan King Crabs, Canadian Red Lobster, Rock Lobster, Ireland Lobster, Hamaguri Clams dan banyak lagi menu lain yang pasti anda pun teringin nak rasa satu persatu hehe. Dan paling penting dan menarik anda boleh memilih mana-mana sos yang anda rasa sesuai dengan citarasa.

Ombak Kitchen Ombak Kitchen Ombak Kitchen Ombak Kitchen

Jangan risau beritahu sahaja Ombak Kitchen apa yang anda hajatkan untuk hidangan "Shell Out" anda pasti mereka akan mereleasisasikan impian anda hehe. Antara sos yang anda boleh pilih ialah Ombak Hot Cajun untu penggemar rempah yang berani ! Dark Chilli Chocolate merupakan sos ciptaan Ombak Kitchen dengan resipi rahsia tersimpan rapi pedas manis dan paling penting kena dengan citarasa kita rakyat Malaysia hehe. 

Zesty Lemon Butter dengan Cheese ! ini memang kegemaran ku secara peribadi yang sangat berlemak krim sangat disukai ramai. Apabila ku sendiri merasa sukar digambarkan dan anda patut datang sendiri dan rasa. Creamy Tom Yam Sauce dengan rasa santan yang memikat selera serta cili dan rempah dan akhir sekali ini memang kegemaran ku Buttermilk Sauce ! hehe. 

Adat makan di Ombak Kitchen ? tiada pantang larang dan ikut cara anda sendiri sebagaimana tema Ombak Kitchen Pakai Tangan Jerr hehe. Tak kisahlah anda mahu ketuk, tumbuk dan hantuk semahunya pedulikan orang sekeliling anda hehe da no no no sudu dan garpu ya tapi akan disediakan sarung tangan untuk makan. Tapi bagiku sendiri pakai jerr habis makan terus basuh tangan senang. Kemudahan pun disediakan hehe. 

Ombak Kitchen Ombak Kitchen

Apa yang lebih menarik ketika anda menikmati makanan anda ialah dengan hiasan dalaman yang menarik dan menenangkan dan tibalah masanya untuk anda di waktu makan waktu untuk anda merehatkan minda dan jiwa. Staf mereka yang sangat peramah dan sedia untuk membantu anda seperti jika anda tidak dapat mengopek isi ketam pun mereka boleh tolong membantu hehe. 

Dari segi minuman pula kebanyakkanya hasil ciptaan sendiri dan ini yang paling dinanti nantikan ialah lah Rainbow Dessert! yang penuh dengan rona-roni. Terdapat pelbagai jenis manisan yang membuat anda terawang awangan dan termasuk buah buahan segar dan rainbow dessert ini secara eksklusif di bawa dan dibuat terus ke meja makan anda. Yang sedap itu marhsmallow dan durian crepe tu hehe. 

Ombak Kitchen Ombak Kitchen

Kenapa Memilih Untuk Makan di Ombak Kitchen ?

Cara masakan - kesemua makanan laut di Ombak Kitchen mereka tidak goreng dengan minyak masak tetapi hanya menggunakan boiling dan steaming sahaja kerana mahu mengekalkan kesegaran yang terdapat dalam makanan laut itu. Baru betul sihat hehe. 

Seafood dan Udang - semestinya Fresh dan bukan frozen katanya. Udang di Ombak Kitchen EXTRA LARGE ! hehe. 

Ingredients - hanya 3 signature sos Western yang digunakan seperti Cajun Seasoning, Old Bay Seasoning dan etc. Kesemua sos dimasak menggunakan Pure Butter dan bukan minyak masak ea. 

Nasi - Nasi yang berkualiti tinggi dan wangi !

Minuman - selain coffee, mereka juga ada best seller minuman mereka iaitu Chocolate Mudslide, Matcha Latte, Signture Milk Tea dan Strawberry Mojito.  


Ombak Kitchen
Ombak Kitchen


Follow Ombak Kitchen di Instagram :

Waktu Operasi :
5:00pm - 11:00pm (weekdays)
12:00pm - 12:00am (weekend)

Alamat :
5.G.01, D'Vida Business Centre, 
Jalan Bazar U8/101, 
Bukit Jelutong, 40150 
Shah Alam, Selangor

2 comments:

Kontengaptek said...

bagus artikelnya..

sangat bermanfaat

Maha Mahu said...

Sedapnya makan bila nak belanja kita lagi kat sini hehehehe bestkan besar-besar makanan lautnya kenyang sampai ke pagi...