The Hut Chalet Suasana Kampung di Serkam, Merlimau Melaka

The Hut  

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Minggu lalu ku berkesempatan ke Melaka ada Majlis Perkahwinan Senior semasa di Universiti dan alang-alang dah tiba disana berpeluang menginap di salah satu tempat yang tidak jauh dari bandar Melaka dan apabila anda ke sana berasa sangat berbaloi. Ku menginap di The Hut yang terletak di Serkam yang tidak beberapa jauh dari Pekan Merlimau Melaka.

The Hut yang berkonsepkan Chalet Kayu yang sangat unik kerana dikelilingi oleh perkampungan Melayu. Almaklumlah sekarang amat susah untuk nampal perkampungan tradisional kerana kemodenan zaman sekarang. Apa yang membuatkan The Hut ini menarik ianya dibina dengan menggunakan semula kayu-kayu lama bersama atap nipah yang menyerlahkan lagi unsur-unsur perkampungan Melayu.

  The HutThe Hut The Hut The Hut

Okay baiklah, The Hut ini amat sesuai dijadikan tempat percutian keluarga, family day, majlis-majlis keraian dan lain-lain lagi. Ini kerana The Hut mengetengahkan konsep 'Kampung' dan menawarkan anda tempat penginapan yang bersih, nyaman dan tenang. Bagi anda diluar sana yang ingin menghilangkan stress dan berehat bersama keluarga serta rakan-rakan inilah tempatnya.

The Hut terdiri daripada 5 buah bilik, 2 bilik dengan satu katil Queen dan 3 bilik dengan dua katil single. Dengar macam biliknya amat terhad bukan ? Tetapi apabila anda bermalam disini terasa sangat berbaloi hehe. Bukan sahaja untuk percutian bersama keluarga beramai-ramai tetapi anda juga boleh menempah satu bilik untuk anda sahaja mengikut kekosongan yang anda.

The Hut The Hut The Hut The Hut

Jika anda lihat gambar yang ku muat naik ini The Hut menyediakan pelbagai kemudahan yang mengikut keselesaan dan keperluan anda seperti setiap bilik semestinya berhawa dingin, pemanas air dan kelengkapan asas. Yang menariknya disini, disediakan keperluan dapur yang lengkap dengan tempat lepak makan dan menonton tv di satu tempat diluar bilik. Rasa-rasa bosan duduk dalam bilik lama-lama boleh pergi lepak dengan ruangan lepak luar hehe.

Dilengkapi juga dengan menyediakan sarapan pagi percuma seperti roti, mentega, jem, kopi dan teh. Semuanya berkonsepkan layan diri. Tak lupa juga dengan tempat BBQ untuk sambil santai malam di hadapan kolam renang The Hut ini. Kawasannya agak privasi kerana mempunya kawasan tempat letak kereta berpagar dan wifi percuma !

The Hut The Hut The Hut
Apa yang menarik sekitar kawasan berdekatan The Hut Serkam Merlimau Melaka ini ? Jom lihat list dibawah hehe :-
  • Masjid Jamek Serkam (200m)
  • Medan Ikan Bakar Serkam (500m)
  • Jeti Nelayan Pantai Siring (2km)
  • Jeti Anjung Batu-ke Pulau Besar (5km)
  • Bandar Merlimau (5km)
  • Medan Ikan Bakar Umbai (7km)
  • Bandaraya Melaka (25km)

Untuk rate harga satu malam untuk The Hut ialah :-
  • Bagi musim biasa untuk Queen/Twin Single - Hari Biasa RM160/Hari Minggu RM180
  • Bagi musim cuti Queen/Twin Single - Hari Biasa RM180/Hari Minggu RM200
Bagi untuk tempahan pula anda boleh menghubungi di talian Whatsapp 0123202611 atau layari thehutmalaysia.com. 

The Hut

1 comment:

MOHD SAMSURI MOHAMAD said...

salam salam kenal dari sihijo.blogspot.com hehe
jemput blogwalking kat blog saya juga leh tukar2 link