Kemudahan Penghantaran Cepat Hanya Dihujung Jari Anda Dengan Lalamove

Lalamove  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kita sering dengar keluhan pelanggan yang tidak puas hati dengan penghantaran barangan cepat tetapi tidak sampai dalam masa yang diingini. Ini membuatkan mereka tercari-cari perkhidmatan yang mana lebih efisyen dan cepat. Dan yang paling penting ialah perkhidmatan ini senang digunakan hanya di hujung jari anda sahaja tanpa perlu ke tempat penghantaran. Kini ada jalan penyelesaiannya.

Pada 8 Ogos 2018 yang lalu ku berkesempatan ke Majlis Pelancaran LALAMOVE di VE Hotel & Residences. ​Lalamove, kini telah dilancarkan secara rasminya di Malaysia setelah mengumumkan kemasukannya ke negara ini kira-kira dua bulan yang lalu terutama disekitar Lembah Klang.

Apa itu Lalamove ? Bagi anda yang pertama kali mendengarnya, Lalamove merupakan pembekal perkhidmatan penghantaran atas permintaan (on-demand) secara global. Anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan memuat turun aplikasi LALAMOVE di Apps Store atau Google Play.

Lalamove

Ianya amat sesuai bagi anda yang tiada masa untuk membuat penghantaran atau penerimaan serta baik untuk usahawan-usahawan diluar sana menerusi khidmat penghantaran Lalamove, penghantaran produk tempatan dan barangan lain-lain boleh dilakukan dalam tempoh satu jam, disamping itu ia dapat membuka ruang perniagaan berkembang tanpa mencetuskan kos operasi yang membebankan.

Menarik bukan ? Bukan sahaja membantu usahawan disamping itu dapat juga memudahkan pengguna biasa untuk membuat penghantaran. Aplikasi ini membolehkan keperluan penghantaran para peniaga dipenuhi oleh berbagai jenis kenderaan termasuklah motosikal dan kereta. Aplikasi Lalamove, penghantaran barang  kini diukur berdasarkan minit, bukan lagi hari.

Lalamove

Anda jangan risau, ini kerana secara purata pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Lalamove ini telah menyempurnakan hampir 300 penghantaran setiap hari dalam masa kurang dari satu jam sahaja. Sekarang  Lalamove menyokong operasi lebih 200 PKS dengan rangkaian lebih 1,800 pemandu berdaftar.

Bagaimaan Lalamove telah mencapai hampir 300 penghantaran setiap hari ? mereka melakukan ujian dan berjaya merekodkan tempoh penghantaran kurang 36 minit untuk jarak sehingga 5km, manakala bagi jarak sehingga 10km pula Lalamove merekodkan tempoh purata 50 minit sahaja. Kepantasan ini dibolehkan oleh pemadanan pemandu-pemandu dengan para pengguna menerusi aplikasi Lalamove dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Mesti anda semakin teruja untuk menggunakan perkhidmatan Lalamove ini dan yang paling utama sekali ialah jika anda tidak percaya adakah barangan itu selamat atau tidak sampai ke destinasinya Lalamove direka dengan pemantauan GPS masa nyata (real-time), perkhidmatan 24-jam, tujuh hari seminggu malah sistem penilaian pemandu bagi memastikan anda sentiasa mempunyai gambaran berkenaan penghantaran anda.

Lalamove

Legalah sikit barangan anda akan selamat dengan menggunakan khidmatan penghantaran Lalamove ini hehe. Untuk dari segi caj penghantaran bermula dari RM5 untuk penghantaran segera. Setiap penghantaran dikenakan harga berdasarkan jarak penghantaran dan bukan berdasarkan berat pakej.

Dari segi ini terutamanya dapat membantu peniaga untuk membuat penghantaran jarak dekat dalam tempoh satu jam dan membolehkan pengguna Lalamove untuk mengembangkan perniagaan dengan pesat tanpa dibebani masalah logistik mahupun kos operasi yang tinggi. Anda boleh pilih mode penghantaran sama ada motorsikal mahupun kereta. Dan pada masa akan datang Lalamove akan ada lagi satu mode penghantaran iaitu lori.

Okay baiklah, ku sertakan beberapa keping gambar ini yang sempat dimuat cara-cara mudah untuk anda menggunakan aplikasi Lalamove hehe. Mudah bukan ?

Lalamove Lalamove Lalamove Lalamove Lalamove

Terakhir sekali, jika anda baru sahaja muat turun aplikasi Lalamove ini. Untuk penggunaan perkhidmatan pertama kali boleh menggunakan 'Promo Code' "GOODNEWS" yang hanya akan valid sehingga 31 Ogos 2018 akan dapat diskaun sehingga RM8 ! Jom tunggu apa lagi muat turun terus Aplikasi Lalamove ini di smart phone anda.

Lalamove

Selain Kuala Lumpur, mereka juga sedang berkembang pesat di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Berita baiknya anda juga boleh memesan kepada driver untuk membeli barang untuk anda tetapi harga lain termasuk barangan yang anda memesan hehe. 

Untuk maklumat lanjut  boleh layari :
Facebook : https://www.facebook.com/lalamovemalaysia
Laman web : https://www.lalamove.com/malaysia/kualalumpur/en/home

No comments: