Hari Terbuka & Food Tasting Hanana Group Untuk Anda Bakal Pengantin

Hanana  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Setiap daripada anda termasuk ku sendiri apabila bercakap mengenai Perkahwinan ini mesti akan terus terfikir secara automatik pakej perkahwinan apa yang terbaik untuk dihari persandingan anda nanti. Mesti akan mencari pakej wajib perkahwinan dari segi katering, baju pengantin, pelamin dan lain-lain lagi mengikut keperluan dan bajet anda yang tertentu. 

Baru-baru ini Hanana Group Sdn Bhd menganjurkan Hari Terbuka dan Food Tasting untuk anda yang di luar sana tidak lama lagi akan menjadi Raja Sehari di Majlis Perkahwinan anda. Bagi anda bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat tetapi belum lagi membuat keputusan pakej perkahwinan ? ku ada berita baik yang boleh dikongsikan bersama anda. 

Hanana Group Sdn Bhd yang bertempat di Ambassador Putrajaya Presint 15 Putrajaya ku berkesempatan singgah bersama-sama dengan adik ipar yang baru sahaja bertunang katanya nak tengok mana pakej yang sesuai dengan majlis dan bajet beliau hehe. Itu penting dan kita tidak mahu ada pembaziran di Majlis Perkahwinan itu nanti. Betul tak ? hehe

Hanana HananaGroup

Okay baiklah, seharian berlangsungnya Hari Terbuka dan Food Tasting Hanana Group ini setelah di consult oleh staff disitu ku dan adik ipar dapati pelbagai pakej perkahwinan yang sangat menarik dan boleh dipilih sampai rambang mata kadang untuk pilih pakej yang terbaik hehe. Antara salah satu ialah Ambassador Putrajaya tempat Hari Terbuka yang kami pergi ini.

Ambassador Putrajaya merupakan salah satu tempat yang bagi anda bakal pengantin untuk mengadakan Majlis Perkahwinan. Pelbagai majlis boleh diadakan di sini selain dari Majlis Perkahwinan seperti Majlis Sambutan Hari Lahir, Majlis Keramaian, Makan Malam Syarikat dan lain-lain lagi majlis yang bersesuaian. 

HananaGroup HananaGroup Hanana Hanana

Adik Iparku sendiri terasa teruja apabila pada hari terbuka tersebut Hanana Group Sdn Bhd beliau sendiri bertanyakan dan telah di consult mengenai pakej perkahwinan dan ditawarkan diskaun promosi sehingga RM5000 ! jika anda ambil pakej perkahwinan bersama dengan Hanana Group Sdn Bhd. 

Sempat juga merasa makanan yang dihidangkan semasa hari terbuka yang terdiri daripada pelbagai menu lauk pauk kenduri seperti kambing bakar, ayam masak merah, nasi minyak dan menu sampingan seperti yang terhidang diluar ala-ala gerai apam balik, cendol, teh tarik dan kuih muih memang akan memenuhi citarasa tetamu yang datang dan semestinya pengantin akan rasa puas hati. 

HananaGroup HananaGroup Hanana

Dari segi ruang makan untuk pengantin dan tetamu yang datang amat luas dan selesa serta yang paling penting ialah ianya berhawa dingin. Dekorasi yang disusun di setiap sudut amat menarik serta kerusi meja yang cantik dan menggambarkan kemewahan. Ini adalah satu keutamaan apabila pihak keluarga pengantin tidak perlu lagi pening kepada untuk menguruskan semua. Bagi sahaja pihak Hanana Group untuk membuat majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar. 

Selain daripada Majlis di Ambassador Putrajaya, anda juga boleh memilih pakej perkahwinan lengkap di Puchong yang diberi nama Lugar De La Boda Garden Wedding. Garden ? dengar nama pun sudah menarik hati kerana di Puchong ianya berkonsepkan perkahwinan di dalam taman penuh dengan kehijauan tumbuhan dan santai.

HananaGroup

Yang menariknya pakej perkahwinan lengkap bersama Hanana Group ini anda boleh memilih antara beberapa pakej tetapi berlainan Event Space atau tempat. Pertama yang ku beritahu tadi untuk pakej perkahwinan di Ambassador Putrajaya dan di Puchong Lugar De La Boda Garden Wedding. Ada lagi satu dewan yang anda boleh pilih iaitu di Dewan Tan Sri Yusof Hashim, MARDI juga dibawah pengurusan Hanana Group Sdn Bhd.

Secara kesimpulannya disini anda bakal pengantin di luar sana boleh menggunakan khidmat Hanana Group Sdn Bhd yang menyediakan pakej perkahwinan lengkap dari A to Z termasuk dewan, dekorasi dewan, katering, audio dan emcee, keperluan dewan, makeup artis, baju kahwin, tea corner, main table meu untuk 10 pax dan lain-lain hehe. Jadi tuan rumah dan Pengantin tidak perlu fikir apa lagi yang perlu dibuat dan ini termasuk di Ambassador Putrajaya, Dewan Tan Sri Yusof Hashim, MARDI dan Lugar De La Boda Garden Wedding Puchong.

Bagi mereka masih lagi tercari-tercari dewan-dewan yang berdekatan dengan kawasan Putrajaya, Puchong, Kajang, Kuala Lumpur dan sekitarnya boleh menggunakan khidmat dari Hanana Group Sdn Bhd ini kerana perkhidmatan mereka akan menjadikan majlis anda lengkap dan sempurna dan terbaik untuk tuan rumah dan tetamu yang hadir ke bakal majlis perkahwinan anda nanti.


Ambassador Putrajaya
Hanana Group Sdn Bhd
92, Jalan Perak,
Persiaran Diplomatik
Persint 15, 62050 Putrajaya

Untuk maklumat lanjut dan ingin berurusan dengan mereka boleh menghubungi Ambassador Putrajaya, sila hubungi :

Rezza - 016 - 6700 473
Liana - 016-4318 434
Farah - 016 - 6700 457
Hanis - 016 - 6700 752

No comments: