Kesedapan Chinese Cuisine di Restoran Mandarin Palace

Mandarin Palace Restoran  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kita kembali lagi ke Federal Hotel Kuala Lumpur dan kini ke Mandarin Palace Restoran yang terletak hanya di Level 2 Federal Hotel Kuala Lumpur untuk merasakan masakan Chinese Cuisine dan yang paling penting tak sabar untuk merasa kesedapan makanan yang diperkatakan iaitu Dim Sum ! Bukan sahaja sedap tetap berbaloi dengan harga dan tempat restoran yang begitu mewah .

Apabila anda ke Restoran Mandarin Palace perasaan kali pertama yang bermain difikiran ialah mesti harga makanan mahal dan tidak mampu kerana suasana restoran yang begitu mewah seolah berada di Istana Negara China. Ternyata fikiran itu meleset sekali apa anda dapat brunch di sini seorang hanya RM48 sahaja dan sangat berpatutan. 

Mandarin Palace Restoran Mandarin Palace Restoran

Almaklumlah Restoran Mandarin Palace ini pernah tersenarai dalam salah satu Restoran Paling Cantik di Malaysia dalam Majalah Flavors keluaran Mei dan Jun 2007 Edisi Malaysia. Pertama kali ku menjejakkan kaki di sini kagum dengan suasana Tradisional dari Negara China dengan ukiran naga serta warnanya merah menyala menyemarakkan lagi suasana di dalam Mandarin Palace Restoran ini. 

Okay baiklah, Mandarin Palace Restoran ini menawarkan menu makanan yang tersedia hidang dari Cantonese to Hunanese dan Szechuan Cuisines ! Paling menarik hati dan menjadi pilihan ialah merasa koleksi Dim Sum yang di kukus panas seperti Dim Sum Xiao long bao, Shrimp dumpling, Teochew dumpling, Shaomai dan banyak lagi pilihan yang boleh anda dapati disini. Ada  yang berinti kacang merah, ini ayam inti telur masin, inti ubi teratai dan macam macam lagi.

Mandarin Palace Restoran

Selain daripada hidangan kukus panas Dim Sum, terdapat juga hidangan bufet lain seperti sup ayam, udang, sotong, sayur-sayuran kailan, nasi goreng, nasi ayam dan juga masakan-masakan yang lain ada disini. Kali pertama datang memang tidak beberapa tahu tapi yang penting makanan di sini semuanya halal belaka dan anda tidak perlu risau untuk makan di Mandarin Palace Restoran.

Jika anda mahu makan makanan asli masakan cina seperti ayam dan itik panggang pun ada dan yang paling menarik dan sedap disini ialah sup rempas ratuh cina pun ada dan akan lebih menarik perhatian lagi jika anda makan disini. Anda boleh lihat gambar yang ku sempat muat naik ini dan pastinya anda akan terliur dan mahu juga merasa hehe.

Mandarin Palace RestoranMandarin Palace Restoran Mandarin Palace Restoran Mandarin Palace Restoran Mandarin Palace Restoran Mandarin Palace Restoran Mandarin Palace Restoran

Berita baiknya mengenai harga untuk makan buffer di Mandarin Palace Restoran ini hanya pada RM48 nett untuk dewasa, RM36 nett untuk warga emas dan RM16 nett untuk kanak-kanak. Buffet brunc di Mandarin Palace ini hanya untuk pada hari minggu sahaja Sabtu dan Ahad dari pukul 10:30am hingga 2:00pm.

Murah dan berbaloi bukan ? bagi mereka yang tercari-cari tempak makan dan sambil beriadah bersama keluarga atau kawan dihujung minggu boleh ke Mandarin Palace Restoran Federal Hotel Kuala Lumpur. Bagi sebarang pertanyaan ataupun untuk membuat tempahan boleh hubungi ditalian Tel : 603-2148 9166 Email : fnb@federal.com.my

No comments: