Jom Discover Makanan Australia Di Restoran Kontiki Federal Hotel Kuala Lumpur

Discover Australia  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. 

Baru-baru ini ku berkesempatan ke Restoran Kontiki Federal Hotel Kuala Lumpur untuk Discover Australia ! Discover Australia punya makanan hehe. Teringin juga bagaimana orang di Australia makan. Apa jenis makanan yang mereka makan dan adakah masakan mereka lebih kita di Malaysia ? Jom kita datang merasa di Kontiki Restoran Federal Hotel Kuala Lumpur.

Okay baiklah, kadang ku tak terfikir dapat merasa makanan masakan dari Australia apatah lagi kalau nak ke sana. Kini anda dapat merasa sendiri masakan asli dari Australia yang dibawakan oleh The Federal Hotel Kuala Lumpur dengan kerjasama Hotel The Grace Sydney dan mendapat sokongan dari Kedutaan Australia, AUSTRADE, Tourism Australia.

Untitled

The Federal Hotel Kuala Lumpur menawarkan rasa asli A Taste of Australia di Kontiki Restaurant bermula dari 13 Julai hingga 29 July 2018. Ini adalah sempena meraikan hubungan rapat Australia dengan Malaysia hampir 63 tahun pada tahun 2018 ini. Makanan enak yang disediakan oleh Chef Darren Ho yang sangat berpengalaman dan telah memenangi anugerah ‘Best New Restaurant’ di Australia serta Chef Tang Hou Chin bakal membawa anda untuk 'Discover Australia.

Menu ‘Discover Australia’ yang diketengahkan ialah BBQ Buffet Dinner dan amat buat ku terkejut ialah rakyat di Australia sangat menyukai makanan BBQ. Untuk pengetahuan anda, makanan seperti BBQ, udang, ikan, pai serta kentang goreng sangat popular dikalangan rakyat Australia yang akan dimakan bersama sos tomato, salad, mayonis, sos bbq dan roti mereka yang sangat enak.

Discover Australia

Perjalanan gastronomi yang akan memberi inspirasi kepada semangat anda, minda anda dan jiwa masakan anda dengan kepelbagaian menu hidangan. Gastronomi ? merupakan satu hasil seni memasak pasti memikat jiwa. Ku akui apabila merasa sendiri sangat kena pada 'tekak' dan tidak lari sangat makanan seharian kita di Malaysia dan memang boleh masuk hehe. Baiklah ku senarai antara menu yang diketengahkan untuk A Taste of Australia

Discover Australia

From the BBQ
Rack of Lamb Marinated with Rosemary & Garlic
Short Beef Rib with Smokey BBQ Lacquer
Rump Steak with Devilled Onions
Gourmet Sausages with Tomato & Chilli Jam
Chicken Kebabs with Lemongrass, Ginger & Garlic Fresh

Discover Australia Discover Australia Discover Australia

Sides
Idaho Potatoes with Sour Cream & Chives
BBQ Corn on the Cob with Maple Syrup & Parsley Butter
Bakers Basket of Assorted Bread
Chunky Chips with Nori Salt

Discover Australia Discover Australia

Salad Bar
Coleslaw
Roasted Beetroot, English Spinach, Feta & Candied Walnuts
Garden Salad
Caprese Salad
Potato Salad

Discover Australia Discover Australia Discover Australia

Terliur tak tengok gambar yang ku sempat muat naik ini ? Memang anda diluar sana patut datang dan cuba. Bukan selalu dapat merasa makanan masakan Australia, jauh ia datang dari sana ke Malaysia hehe. Dengan daging BBQ nya yang sangat lembut dan 'juicy'. Pasta dan kentang goreng, sup cendawan yang sangat sedap dan yang paling penting dapat melihat Chef Darren Ho masak secara langsung pencuci mulut.

Discover Australia
Discover Australia Discover Australia

Okay baiklah, bagi anda yang teruja itu boleh ke Kontiki Restoran Federal Hotel Kuala Lumpur setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 13 Julai 2018 ini hingga 29 Julai 2018. Waktu dibuka pada 6:30 petang hingga 10:30 malam. Harga seperti dibawah.

Dewasa : RM148
Kanak-Kanak: RM55
Warga Emas : RM 74

30% OFF bagi pemegang kad atau ahli Gracious Rewards & FHI Privilege Club
25% OFF bagi pemegang Kad Citibank

Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun / warga emas atas 55 tahun dan harga and tawaran boleh berubah tanpa notis.   Untuk membuat tempahan boleh hubungi +603 2148 9166 atau melawat laman sesawang http://www.fhihotels.com/hotel-package/discover-australia-food-promotion-federal-kuala-lumpur .

No comments: