Resipi Puding Roti Alala Banana POKKA

Pokka  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Di bulan Syawal yang mulia ini tetiba rasa nak buat pencuci mulut Puding Roti sempena Hari Raya ini. Pencuci mulut rasanya menjadi kegemaranku setiap kali apabila berkumpul bersama keluarga dan rakan-rakan. Kali kita nak buat lain daripada yang lain yang selalunya kita makan puding roti rasa semua sama bukan ? Kali ini ada tambahan perisa pisang hehe. 

Selalunya buat puding roti hanya menggunakan susu segar biasa dan kali ini ku mencuba sedikit kelainan dengan mengguna produk terbaru Pokka Susu dan Pisang barulah ada Puding Roti perisa pisang hehe. Pertama kali merasa Pokka Susu dan Pisang ini terus jatuh hati dan nak rasa lagi. Kali ini kita buat dalam bentuk pencuci mulut.

Pokka Pokka


Untuk pengetahuan anda semua, Produk Pokka ini semestinya dijamin Halal dan rendah lemak kerana ia menggunakan susu yang sebenar dan juga jus buah. Anda boleh mendapatkan produk Pokka susu ini dipasaraya terdekat anda. Terdapat dalam kotak 1 liter dan 250ml. Antara produk Pokka ialah Susu dan Pisang, Susu dan Tembikai dan Susu dan Mangga. Semua sedap ! 

Mari kita lihat bahan-bahan yang mudah dan cepat untuk penyediaan PUDING ROTI ALALA BANANA POKKA hehe.
  • 1 bungkus roti gardenia
  • Planta
  • 100gm gula
  • 500ml Pokka Susu dan Pisang
  • 4 biji telur
  • Tepung Kastard
  • Susu Sejat Penuh Krim
Pokka

Mudah bukan ? Cara penyediaan dan membuat anda boleh klik video dibawah. Tak sabar nak makan kerana apabila telah siap puding roti tersebut memang ada rasa pisang yang sangat sedap !


Ku mencuba nasib dengan membuat resipi dengan menggunakan produk Pokka untuk menyertai peraduan yang dianjurkan Pokka. Dan tarikh tutup pada 30 Jun 2018 masih lagi sempat jika anda mahu sertainya.

Cara-cara penyertaan :-
  • Beli produk pelbagai produk POKKA Susu bernilai RM10 dalam satu resit. 
  • Buat resipi menggunakan produk pelbagai susu POKKA. Ambil foto / video langkah-langkah resipi.
  • Hantar foto / video dan gambar resit korang ke FACEBOOK POKKA melalui FACEBOOK Messenger.
Antara hadiah pemenang yang ditawarkan ialah :-

  • PRIZE GRAND: Pakej katering rumah terbuka bernilai RM10,000.
  • PRIZE CONSOLATION x 3: RM200 tunai + POKKA hamper + bekalan minuman POKKA 1 bulan.
  • HARIAN MINGGU x 20: baucer membeli-belah bernilai RM100 + bekalan minuman POKKA selama 1 bulan.
Menarik tak hadiahnya? Jadi apa tunggu lagi mari sertai dan mana tahu kita sama-sama menang peraduan Pokka ini hihi. 

Pokka
Pokka

1 comment:

Amanda Suria said...

Nampak menarik...all the best..harap2 boleh menang