DYXY Cosmetics Menjadi Kegemaran Wanita Malaysia

DYXY Cosmetic  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

DYXY Cosmetic menjadi produk kosmetik kegemaran Wanita terutama di Malaysia masa kini dan isteri ku sendiri turut mengenali produk makeup DYXY Cosmetic. Ini bermakna hasil produk tempatan ini berjaya memikat hati pengguna yang menggunakan DYXY Cosmetic ini. DYXY Cosmetic ini bukan seperti jenama makeup tempatan yang terdapat di luar sana.

Ku ingin berkongsi sedikit setelah Isteri ku sendiri berpengalaman sedikit dalam memakai produk makeup DYXY Cosmetic ini dan ramai juga wanita di luar sana memakai produk DYXY Cosmetic ini. Bukan sebarangan produk makeup ya hehe. DYXY Cosmetic ini sebenarnya sudah hampir 2 tahun berada di pasaran sejak tahun 2016 lagi. 

Dalam masa yang singkat ini DYXY Cosmetic berjaya ambil hati pengguna dengan keberkesanan produknya dengan sasaran jualan sehingga RM20 juta lebih yang direkodkan pada penghujung tahun 2017. Menjadi kehangatan sehinggakan ramai usahawan-usahawan yang berjaya dilahirkan dari DYXY Cosmetic ini. Pendapatan kasar mereka dari 5 hingga ke 6 angka sebulan dan bukan statik tetapi semakin meningkat !

DYXY Cosmetic DYXY Cosmetic


Hebat ! mereka mereka ini. Almaklumlah bukan mudah untuk menyakinkan para wanita diluar sana untuk membeli barangan makeup antarabangsa dan tempatan dan paling penting tidak boleh sebarangan produk makeup. Ini kerana kadang kulit manusia tidak sama takut ada elergic skin, sensitif dan sebagainya. Ku rasa DYXY Cosmetic mungkin atau ya telah capai tahap seperti produk makeup cosmetic luar negara hehe. 

Bagi mereka yang bukan sekadar mahu cantik dan tahu cara-cara untuk makeup dengan betul. DYXY juga mempunyai Akademi DYXY mereka sendiri untuk membantu melahirkan lebih banyak lagi usahawan-usahawan dalam bidang kosmetik ini. Siapa tak minat bukan ? Ku pun sendiri kalau boleh nak Isteri sendiri pergi sertai dan perbaiki kelemahan dalam cara-cara makeup yang betul hehe. 

Okay baiklah, dalam masa 2 tahun adanya DYXY ini untuk pengetahuan anda turut dikenali di negara seberang Indonesia terutama dikalangan artis di sana. Kebanyakkan artis di Indonesia mengguna dan membuat review tentang DYXY Cosmetic ini. Insha Allah mereka akan mengembangkan sayap DYXY Cosmetic ini di seluruh Asia Tenggara.

DYXY Cosmetic

Antara produk-produk keluaran DYXY Cosmetic ini ialah antaranya BC Cream, Brush, Mascara, Lipstick dan ini yang paling ternanti bagi lelaki kerana lelaki dan wanita juga boleh pakai iaitu Face Mist. Kenapa DYXY ini begitu menjadi kegemaran wanita untuk sentiasa menggunakkannya ialah seperti :-
  • Magic Foundation yang mampu menutup segala cela, jeragat dan parut diwajah 
  • SPF 50++ melindungi kulit muka dari sinaran UV 
  • Kesan Flawless 3D yg nampak macam filter tapi masih natural 
  • Texture yang sangat mudah meresap ke dalam kulit 
  •  Menjimatkan masa untuk bersiap 
  • Sesuai utk semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat & sensitif Anti-Oily face. 
  • Tekstur krim yg sangat ringan & selesa dipakai 
  • Mekap Tahan lama sehingga 8 jam
Oh patutlah wanita begitu suka nak pakai DYXY Cosmetic ini dan yang paling penting apabila ku sendiri lihat Isteri ianya dapat menjimatkan masa untuk bersiap. Tak perlulah nak pakai tebal-tebal dimuka tapi lambat bersiap. Suami mana tidak stress bukan ? hehe bergurau sayang ok?

Untuk maklumat lanjut dan mungkin anda suka untuk mengetahui lebih mendalam tentang keseronokkan memakai produk DYXY Cosmetic ini boleh ke laman sesawang mereka di http://dyxycosmetics.com/ Okay bolehlah kasi hadiah lagi barangan Kosmetik dekat Isteriku tercinta.hihi.

Dyxy

2 comments:

mamapp said...

nampaknya mama antara yg terjebak dgn dyxy ni. tgh tunggu produk sampai hihi

Siti Nurhayati Dollah said...

Dok usha jugak produk ni. Nampak mudah digunakan. Yang penting cepat dan pantas