Aplikasi Digital Mak Cun's Adventure !

Mak Cun adventures  

Assalamulaikum WBT & Salam Sejahtera

Anda peminat drama bersiri TV popular Mak Cun yang sudah memasuki musim keempat kini beralih ke dunia permainan digital menerusi Mak Cun’s Adventure! Menerusi Media Prima Labs, Mak Cun’s Adventure yang telah dilancarkan pada 23 Mei 2018 yang lalu menjanjikan kelainan buat penggemar drama bersiri ini.

Permainan Mak Cun’s Adventure ini yang merangkumi 30 tahap ini akan membuatkan anda teruja dengan setiap cabaran baru yang bakal dihadapi di setiap peringkat permainan. Mak Cun’s Adventure boleh dinikmati dalam dua bahasa, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Mak Cun’s Adventure atau permainan yang seakan sama ‘Diner Dash’ versi tempatan ini menampilkan karakter utama Mak Cun di mana anda berperanan membantu Mak Cun menyiapkan pesanan para pelanggan warungnya! Daripada Char Kuey Teow sehinggalah Nasi Campur, permainan interaktif ini menguji kepantasan serta ketangkasan anda menyusun strategi.

Mak Cun adventures Mak Cun adventures

Untuk menggalakkan lagi anda bermain Aplikasi ini, lagu tema Mak Cun juga turut menjadi bunyi asal bagi permainan mudah alih ini dan lebih mencabar hehe. Tetapi anda juga boleh tutup atau buka music bunyi ini hehe.

Antara keistimewaan permainan ini adalah elemen lokal yang diterapkan ke dalam unsur permainan ini. Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat Malaysia yang ditampilkan, Mak Cun’s Adventure mengangkat keistimewaan budaya Malaysia ke peringkat glokal bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “From Rural to Global”.

“Kalau dulu dalam permainan J Revolusi kita masukkan KLCC, kali ini lebih banyak unsur tempatan yang kita ketengahkan dalam Mak Cun’s Adventure. Bayangkan anda berupaya membantu Mak Cun menyiapkan sarapan kesukaan rakyat kita seperti Nasi Lemak serta Roti Canai untuk dihidangkan bersama Teh Tarik dan Kopi O. Tentunya, ciri istimewa ini menjadi daya penarik yang mampu membuatkan kita ‘melekat’ bermain permainan ini.

Mak Cun Mak Cun

Sementara itu menurut Erma Fatima, teraju utama drama Mak Cun, penghasilan permainan mudah alih Mak Cun’s Adventure merupakan satu langkah ke hadapan yang sangat bermakna untuk jenama Mak Cun. Dengan adanya permainan ini, ia juga berupaya membesarkan lagi empayar Mak Cun itu sendiri.

Sebelum ini, Media Prima Digital menerusi inkubatornya Media Prima Labs turut membangunkan permainan Harian Metro Mountain Bike dan Dia. Paling memberangsangkan permainan Ejen Ali telah pun mencatat lebih daripada 4 juta muat turun sehingga menembusi pasaran Indonesia.

Jika anda sukakan dua kombinasi ini iaitu makanan dan menyusun strategi, maka anda pasti akan tertarik dengan Mak Cun’s Adventure! Anda boleh muat turun permainan mudah alih ini secara percuma di Google Play Store dan juga Apple App Store.

Ku sendiri tengah addicted main aplikasi Mak Cun Adventure ini ketika mengisi masa lapang. Sangat best dan sampai tak sedar pun telah main sehingga level yang paling tinggi hehe. Anda boleh muat turun aplikasi ini di ..

No comments: