Teh Tarik Dairy Go Dengan Pek Mudah Bawa

Teh Tarik DairyGo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Bercakap mengenai satu minuman yang menjadi kegemaran Rakyat Malaysia iaitu Teh Tarik. Ku sendiri menggemari minuman ini dan setiap kali makan di luar mahupun dirumah akan memesan minuman teh tarik ini. Tapi bagaimana jika anda berada di luar kawasan dan teringin sangat untuk minum minuman teh tarik ini secara segera ? Kini DairyGo telah mengeluarkan minuman teh tarik pek mudah bawa ke mana sahaja. 

Baru-baru ini ku berkesempatan ke majlis pelancaran produk DairyGo Teh Tarik di IDCC Shah Alam. Perancangan untuk menjadi produk Teh Tarik ini dari awal tahun 2017 kini menjadi kenyataan kerana pihak DairyGo mahu memastikan kualiti Teh Tarik yang dihasilkan ini terbaik untuk peminat minum ini. Ku dapat rasakan ini merupakan satu produk inovasi untuk memudahkan pelanggan untuk membeli. 

Teh Tarik DairyGo Teh Tarik DairyGo Teh Tarik DairyGo

Pengasasnya memang kita sendiri kenal beliau dengan nama Bella Ammara Puan Bella Yahya dan menyaksikan Puan Bella Yahya membuat gimik 'menarik teh tarik' semasa majlis pelancaran produk beliau hehe. Ku sendiri sangat teruja dengan pelancaran Teh Tarik minuman kegemaran ku dan tidak sabar untuk mencubanya sendiri. 

Okay baiklah, untuk pengetahuan anda, Teh Tarik DairyGo ini dapat bertahan selama 1 tahun 6 bulan dan semasa proses pembuatan Teh Tarik ini amat teliti dan mengambil masa yang cukup lama dalam pemilihan ramuannya. Ini termasuk dalam pilihan daun teh yang terbaik dan susu yang berkualiti susu segar dari New Zealand. Wow ! patutlah setelah ku rasa memang rasanya terbaik.

Teh Tarik DairyGo Teh Tarik DairyGo

Yang penting Teh Tarik DairyGo ini bebas daripada bahan pengawet, tiada kolestrol, tiada pewarna dan yang paling penting ianya halal serta dapat menjaga kesihatan dari minum minuman teh tarik di luar hehe. Mesti anda tertanya-tanya bagaimana Teh Tarik DairyGo ini dapat bertahan lama selama 1 tahun 6 bulan tanpa bahan pengawet ? Apa yang dimaklumkan oleh pihak DairyGo ..

Pembuatan pemprosesan pembungkusan pek ini adalah secara vakum pada tahap yang paling tinggi dan dengan cara ini dapat mengelakkan minuman Teh Tarik ini daripada rosak kerana terdedah daripada bakteria atau kuman. Jadi anda tidak perlu risau untuk menyimpan stok Teh Tarik DairyGo ini tidak lebih dari 1 tahun 6 bulan daripada tarikh pengeluarannya.

Paling penting dalam tempoh 24 jam anda buka pek ini perlu dihabiskan untuk mengelak basi. Anda boleh nikmati Teh Tarik ini pada suhu biasa dan mahu lagi sedap boleh letak dalam peti ais bagi ia sejuk dan terus menikmatinya. Sedap !

Teh Tarik DairyGo Teh Tarik DairyGo

Dan jangan risau bukan sahaja Teh Tarik produk keluaran DairyGo ini dan nantikan produk tidak lama lagi seperti susu kurma dan sebagainya. Di mana untuk mendapatkan DairyGo Teh Tarik ini ? Anda boleh dapatkannya secara online di Instagram Dairy Go https://www.instagram.com/dairygo_/ . Permintaan pun amat memberangsangkan almaklumlah waktu puasa ini untuk dinikmati pada berbuka nanti atau Hari Raya nanti bukan ? hehe

Harga yang dimaklumkan satu pek 200ml hanya RM4.00 dan tidak lama akan berada di kedai dan pasaraya terdekat anda. Mari rasa Teh Tarik DairyGo ! Terbaik. 

Teh Tarik DairyGo

No comments: