Masakan Asli Thailand Restoran Mueang Kao Thai Cuisine

Mueang Kao Thai Cuisine

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sudah lama rasanya ku tidak merasa masakan asli Thailand yang terdapat di Malaysia ini. Kali terakhir ke Thailand pun beberapa tahun yang lalu dan ku sangat merindui dan teringin sangat mahu merasa kembali masakan asli Thailand hehe. Alhamdulillah terima satu jemputan satu restoran yang baru sahaja dibuka menyediakan hidangan masakan Thailand. Nak tahu ? Hehe

Restoran yang dimaksudkan itu ialah Mueang Kao Thai Cuisine yang terletak di Damansara Jaya. Baru beroperasi beberapa bulan bermula Tahun Baru Cina baru-baru ini. Lokasi restoran ini amat mudah dicari dan ke sini serta anda jangan risau ianya ada di dalam aplikasi Waze atau Google Map. Tetapi jangan pula terus sampai ke Thailand pula ea ? Hehe

Ini kerana Restoran Mueang Kao Thai ini dinamakan sempena nama salah tempat di Negara Thailand yang kurang kita dengar tetapi amat popular dengan makanannya yang sangat sedap. Mueang Kao adalah sebuah daerah yang terkenal dengan reruntuhan dan bandar kuno sejak lebih dari 900 tahun. Kebanyakan struktur yang ditemui dibina semasa zaman Sukhothai dan Ayutthaya di Thailand.

Mueang Kao Thai Cuisine Mueang Kao Thai Cuisine

Ini bermakna mereka amat pakar kerana telah berkhidmat selama beberapa dekad untuk Masakan Thai yang asli. Setahu ku, kebanyakan rakyat Malaysia seperti kita tidak boleh benar-benar merasa masakan Thai yang asli kerana orang Thailand hidangan mereka lebih  masin atau pedas yang melampau tetapi jangan khuatir Mueang Kao Thai Cuisine menyajikan hidangan ala Fusion Malaysia.

Apabila ku ke sini melihat suasan restoran yang begitu santai dapat mewujudkan persekitaran yang amat selesa apabila anda ke sini. Anda boleh memilih tempat sama ada mahu menikmati makanan Thai di dalam penghawa dingin, di meja makan seperti biasa atau jika anda mahu dari lain yang lain boleh duduk bersila di tempat yang disediakan (gaya Jepun). Bagi yang mahukan udara segar boleh nikmati di bahagian luar restoran.

Okay baiklah, cukuplah eksited bercerita mengenai restoran ini hehe kita kembali kepada makanan yang dihidangkan dan ku tak sabar nak merasa masakan Thai ini ! hehe. Mari kita lihat makanan yang sempat kami rasa dan pastinya ia menu yang sangat disyorkan untuk ada order nanti apabila ke Restoran Mueang Kao Thai Cuisine ini.

Mueang Kao Thai Cuisine

Phalapik - RM40

Mueang Kao Thai Cuisine

 Squid Salted Egg - RM35

Mueang Kao Thai Cuisine

Som Tam - Small RM11, Medium RM20

Mueang Kao Thai Cuisine

Red Curry Chicken - Small RM18, Medium RM35

Mueang Kao Thai Cuisine

Deep Fried Kangkung - Small RM15, Medium RM28

Mueang Kao Thai Cuisine

Thai Style 'Cha Om' Omelette - Small RM13, Medium RM25

Mueang Kao Thai Cuisine

Thai Style 3 Taste - Small RM18, Medium RM35

Mueang Kao Thai Cuisine

Thai Style Fried Brinjal - Small RM13, Medium RM25

Mueang Kao Thai Cuisine

BBQ Chicken Chop (2pcs) - RM25

Mueang Kao Thai Cuisine

Nam Prik Pla To - Small RM25, Medium RM45

Mueang Kao Thai Cuisine Mueang Kao Thai Cuisine Mueang Kao Thai Cuisine

Secara jujurnya ku amat suka dengan makanan Thai yang dihidangkan ini dan layanan mereka yang sangat peramah serta harga makanan pun berpatutan. Dan membuatkan ku akan kembali lagi disini bersama keluarga dan rakan yang suka dengan masakan Thai hehe. Restoran ini dibuka setiap hari pada pukul 11am hingga 3pm dan berehat sebentar dan dibuka semula pada pukul 5pm hingga 11pm untuk hidangan ala carte. Paling penting Restoran ni Pork Free hehe.


Mueang Kao Thai Cuisine Mueang Kao Thai Cuisine

Mueang Kao Thai Cuisine
Alamat : No 21 (Ground Floor),
Jalan SS 22/11, Damansara Jaya ,
Petaling Jaya, Malaysia
Hubungi : 014-273 1512
Waktu Operasi : Setiap Hari 11am - 3pm , 5pm - 11pm

No comments: