Komik Edisi Istimewa "Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy : Superior"

Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy Superior  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini ku berkesempatan ke Majlis Pra Pelancaran Komik Edisi Istimewa ‘Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy : Superior di Atria Shopping Gallery Damasara Jaya. Kenapa dengan Komik Lawak Kampus dengan Boboiboy ? Yeah setiap daripada komik ini mempunyai peminatnya yang tersendiri. Apatah lagi dua Komik dan rancangan animasi TV terhebat ini dalam satu gandingan komik. Mesti Meletop ! Hehe.

Okay baiklah, ini adalah antara kolaborasi antara  penerbit komik tempatan dan pemaju kandungan animasi telah terjalin buat julung kalinya di Malaysia ! Pada 26 Mei 2018 yang lalu, Kadokawa Gempak Starz dan Animonsta Studios Sdn Bhd meraikan Pra-Pelancaran mereka Komik Edisi Istimewa berjudul ‘Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy : Superior’ itu baru sahaja pra pelancaran dan belum pelancaran keluarnya komik terhebat itu hehe. 

Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy Superior

Ini kerana kolaborasi mereka adalah sempena ulang tahun yang ke - 15 ‘Lawak Kampus’. Lama juga dan ku mengenali ‘Lawak Kampus’ ini dari zaman persekolahan lagi dan sangat tidak mengecewakan serta dapat mengurangkan stress apabila baca Komik Lawak Kampus ini hehe. Setiap watak dalam Lawak Kampus mempunyai karektor masing-masing yang pastinya kita tahu apa jalan cerita seterusnya. Kelakar dan best ! Hehe

Kadokawa Gempak Starz mencari kerjasama dengan pemaju industri kreatif tempatan bagi penghasilan komik yang sangat istimewa dan signifikan buat peminat-peminat yang setia. Bagi melengkapi projek kolaborasi unik ini, pihak Kadokawa Gempak Starz telah memilih Animonsta Studios dan merupakan pilihan yang tepat dan sesuai bagi mereka. Animonsta Studios merupakan pemaju kandungan animasi tempatan popular untuk siri animasi TV terkenal BOBOIBOY !

Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy Superior Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy Superior

Dengan gabungan kolaborasi ini ku rasa menjadi suatu fenomena yang bakal menarik peminat-peminat disertai kemunculan Komik Edisi Istimewa ‘Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy : Superior’. Bagi pihak Kadokawa Gempak Starz berharap dapat mempersembahkan kandungan kreatif terbitan kedua-dua penerbit dan mencapai pasaran sasaran masing-masing dalam medium tunggal. 

ATRIA SHOPPING GALLERY

Apa ada di Atria Shopping Gallery Damansara Jaya ? Ha yang disini nak bagi tahu ‘Lawak Kampus’ muncul sempena sambutan ulang tahun ke - 15 di Atria Shopping Gallery dengan aktiviti menarik selama sebulan bermula dari 21 Mei 2018 hingga 24 Jun 2018. Dalam tempoh sebulan ini, peminat berpeluang mengambil gambar dan pasti teruja dengan pelbagai paparan kreatif yang mempamerkan sentuhan budaya tempatan Malaysia.

Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy Superior Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy Superior

Acara Pra-pelancaran yang lalu ini merangkumi sesi soal jawab media bersama CEO Kadokawa Gempak Starz Encik Chirs Yew, artis komik ‘Lawak Kampus’ Encik Keith Chong, CEO Animonsta Studios, Encik Nizam Razak dan CCO Encik Anas Abdul Aziz. Beruntung mereka dapat tandatangan artis komik Lawak Kampus X Boboiboy ini. 

Bagi mereka yang tertanya-tanya dan berminat untuk membuat pesanan awal komik ‘Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy : Superior boleh dibuat mulai harini dan pesanan awal ni terhad kepad 1,000 salinan sahaja tau hehe. Peminat yang memesan awal akan menerima hadiah eksklusif dan berpeluang mendapatkan autograf artis komik sesama sesi autograf.

Komik yang berharga RM25 ini tersedia dalam bahasa Melayu yang hanya dijual eksklusif di kedai buku Popular sahaja mulai 31 Ogos 2018 di seluruh negara. Hmmm tak sabar rasanya nak tunggu 31 Ogos 2018 ini hehe. Kenapa ianya dipasarkan pada 31 Ogos 2018? Ianya untuk mengingati Hari Kebangsaan kita yang jatuh pada 31 Ogos 2018 mesti ramai yang akan tarikh ini dan Lawak Kampus pun dilancarkan hehe.

LAWAK KAMPUS X BOBOIBOY GALAXY : SUPERIOR 

Dalam kolaborasi ini bersama dengan artis komik ‘Lawak Kampus’ Encik Keith Chong bersama 10 artis komik Kadokawa Gempak Starz bekerjasama dengan tiga orang artis komik dan dua orang penulis dari Animonsta untuk menghasilkan komik edisi istimewa ini. Crossover nenarik karektor komik dan animasi ini merupakan hadiah buat peminat.

Ku ceritakan serba sedikit sinopsis Lawak Kampus X boboiboy Galaxy : Superios.

‘Apa yang terjadi bila team ‘Lawak Kampus’ bertemu ‘Boboiboy Galaxy’? Perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung antara pelajar SMK Lawak Kampus dan SMK Pulau Rintis menjadi huru-hara apabila kapal angkasa Adu Du mendarat di padang sekolah. Adu Du menjumpai Sfera Kuasa berbahaya yang boleh mengancam keseelamatan, namun tiba-tiba ia melancarkan kuasanya!’

‘Sedang semua orang sibuk selamatkan diri, Cikgu Noodle dan Ciciko tertangkap menyebabkan mereka lenyap sekelip mata. Alamak! Apa yang Vannes, Boboiboy, Froggy dan rakan-rakan harus lakukan ? Adakah Cikgu Noodle dan Ciciko terperangkap dalam dimensi misteri dibawa oleh Sfera Kuassa? Hehe 

Dapatkan pesanan awal di Atrium Shopping Gallery sementara ini. Unutk maklummat lanjut boleh hubungi Wai Ling waiing@gempakstarz.com & Ginie Chong giniechong@gempakstarz.com di talian 03-90561637 ext 222 or 218. 

Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy Superior

1 comment:

Anonymous said...

Nak tanye boleh tak beli boku to online ke?