Koleksi Raya 2018 Terbaru PrimaValet Kini Dilancarkan !

Untitled  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tahniah buat PrimaValet atas ulangtahun yang kedua semasa Pelancaran Koleksi Raya Eksklusif sempena lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi dalam satu acara yang sangat gah gemilang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Rasa tidak sabar untuk turut serta melihat Koleksi Raya terbaru Primavalet.

Almaklumlah baru pertama kali sertai event Eksklusif seperti Fashion show yang PrimaValet adakan ini. Majlis yang penuh meriah ini dihoskan oleh tak lain dan tak bukan oleh Faizal Ismail dan tak sangka Elfira Loy juga boleh mengacara pada malam tersebut hehe. Tetamu amat mengejutkan ramai yang hadir hampir 1000 tetamu. Tahniah Primavalet.

DSC_0901 D57U9482 DSC_0921

PrimaValet menghimpunkan lebih daripada 126 orang model jelita dan kacak yang memperagakan busana istimewa untuk Hari Raya Tahun 2018 ini. Ku rasa koleksi raya Primavalet pada tahun dijangkan akan memberikan oimpak yang lebih maksimum berbanding tahun sebelumnya. Dari situ kita boleh lihat ramai yang meminati koleksi fesyen yang Primavalet di tawarkan dan semestinya tahun ini gempak dan istimewa hehe.

Okay baiklah, konsep yang tunjukkan oleh Primavalet ini tidak terikat dan ianya lagi menampilkan dari segi elemen mewah, eksklusif, kontemporari tapi agak ringkas dan amat sesuai serta mampu milik oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia. Menurut pengumuman yang menggembirakan oleh Dr Arshad yang merupakan Pengarah Urusan Primavalet ini.

DSC_0604

"Harga ketika diumumkan semasa Press Conference boleh didapati RM200 kebawah serendah RM70 kecuali Koleksi Ezuwan Ismail dari RM380 dan kebawah" menarik bukan ? dan apabila anda baca dan mengetahui mesti anda tidak sabar untuk mendapatkan koleksi raya 2018 Primavalet ini yang boleh didapatkan secara berperingkat dari bermula MEI 2018 ini !

Antara Koleksi menawan dan cantik yang diperagakan pada malam tersebut termasuk Baju Melayu, Kurta, Baju Kebaya, Baju Kurung, Baju Kanak-Kanak, Koleksi sedondon bersama keluarga dan juga himpuna koleksi baju kurung yang berasaskan fabrik saree yang bagi ku sendiri apabila melihatnya sungguh memukau. Semua koleksi seperti yang ku sebut tadi boleh dapatkan di semua cawangan PrimaValet Mei 2018 ini hehe.

Seperti yang anda nampak dengan jelas ku muat naik gambar-gambar model memperagakan busana istimewa Koleksi Raya Eksklusif. Untuk pengetahuan anda, koleksi raya ini adalah himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, YoumeAndHunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuwan Ismail dan semestinya koleksi utama dan pertama dari PrimaValet sendiri iaitu PV Man, PV Woman dan PV Kids. Selain itu, jenama seperti Syus Couture, Zoud, Kukubesi dan Buranku.co juga akan turut berada di semua Outlet PrimaValet sempena hari raya nanti.

DSC_0673 DSC_0883 DSC_0697 DSC_0689 DSC_0680

Banyak bukan koleksi ? harap anda tidak rambang mata kerana begitu banyak koleksi nanti yang anda boleh pilih untuk diri sendiri dan keluarga tersayang hehe. Turut mencuri tumpuan disini ialah PrimaValet memperkenalkan barisan duta 2018 yang digelar 'Stars of PrimaValet" yang menampilkan selebriti-selebriti yang bukan calang-calang orangnya. Nak tahu ? hehe

Antara Zul Ariffin, Alif Satar, Amar Baharin, Amyra Rosli dan anak beliau Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam. Wow ! barisan bintang yang cukup gah ini mesti dapat menarik perhatian anda semua pelanggan baru dan lama untuk membeli belah nanti di PrimaValet.

Antara Koleksi Busana yang diperagakan

DSC_0874 DSC_0865 DSC_0852 DSC_0850 DSC_0846 DSC_0837 DSC_0831 DSC_0819 DSC_0807 DSC_0789 DSC_0782 DSC_0772 DSC_0748 DSC_0719 DSC_0717 DSC_0710 DSC_0705

Ujar Dr Arshad Pengarah Urusan PrimaValet "pemilihan selebriti dilakukan secara telus berdasarkan imej artis yang sesuai dengan PrimaValet jumlah pengikut yang ramai di media sosial."  Lebih daripada 70 koleksi dan rekaan dilancarkan tampil dengan koleksi dari kanak-kanak sehinggalah dewasa.

Dah bersedia untuk cari baju raya nanti ? hehe. Busana koleksi yang diperagakan pada pertunjukkan fesyen pada 25 April yang lalu akan berada di semua outlet secara berperingkat bermula Mei 2018 ini. Anda juga boleh juga mendapatkan koleksi ini secara online di www.primavalet.com dan juga melalui ejen dan personal shopper rasmi PrimaValet.

PRIMAVALET RAYA DSC_0932

Tahniah juga buat PrimaValet atas bakal pembukaan cawangan terbaru di Wangsa 118, Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 5 Mei 2018 ini. Cawangan lain PrimaValet yang ada boleh dapatkan koleksi eksklusif ini di Ostria Bangi, Senawang Negeri Sembilan dan di Kota Bahru Kelantan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi eksklusif raya anda di PrimaValet mulai sekarang di outlet berdekatan anda. 

Gambar yang awesome dan cantik Kredit pada Papadin https://m.facebook.com/azuddin.ahmadzin

No comments: