On The Table TTDI Buffet Ramadhan Pada Harga Berpatutan

939e6ff2-1c89-416f-9fec-8a0f02367ce9  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Tidak lama lagi Bulan yang dinanti-nantikan akan tiba iaitu Bulan Ramadhan, Bulan Puasa dan bulan yang pastinya meriah dengan menu-menu berbuka dan sajian Buffet Ramadhan hehe. Kali ini ku berpeluang merasa Buffet Ramadhan yang enak tapi pada harga yang berpatutan. Nak tahu lebih lanjut lagi ? Mari kita habiskan baca dulu hehe. 

Okay baiklah, Restoran On The Table TTDI ini yang baru sahaja dibuka pada 14 February 2018 lalu dan berada di lokasi B-01-03, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Senang sahaja mahu ke sini kerana ianya berdekatan dengan MRT TTDI.

On the table TTDI On the table TTDI On the table TTDI

Permulaan On The Table TTDI ini sebenarnya fokus sebelum membuka Restoran ini pemilik hanya fokus kepada perniagaan katering. Dan dengan usaha dan minat dalam makanan ini terbukalah Restoran On The Table TTDI ini. On The Table TTDI dibuka pada tengah hari bermula dari 11:30 pagi sehingga 2:00pm untuk waktu puncak utama pelanggan datang makan tengah hari style nasi campur/buffet.

Almaklumlah kedudukan Strategik On The Table TTDI ini berdekatan dengan kawasan pejabat. Selain menyediakan makan tengahari, On The Table juga menerima tempahan tempat untuk jamuan, acara, mahupun sambutan ulang tahun pada hari Sabtu dan Ahad. Berkaitan dengan bajet anda untuk membuat tempahan boleh dibincangkan sehingga menjadi hehe.

On the table TTDI

Waktu Operasi pula pada hari bekerja dari Isnin hingga Jumaat. Untuk special event pula bergantung kepada 'request customer' pada hari Sabtu dan Ahad dan ruangan restoran ini boleh memuatkan sehingga 41 orang pada satu satu masa. Special event pula kebiasaanya dijalankan selama 3 jam pada satu hari.

Dan ini yang dinanti-nantikan berita baik. Ramadhan semakin hampir tiba dan tujuan utama kami datang ke Restoran On The Table ini adalah untuk merasa kesedapan sajian hidangan secara buffet pada harga yang cukup berpatutan iaitu pada harga RM39.90 per pax ! Menarik bukan harganya ? cukup murah dan berpatutan. Ada lagi berita baik, tapi kita cerita sedikit  apa makanan yang dihidangkan di On The Table TTDI ini.

On the table TTDI

Secara jujurnya setelah ku rasa hampir kesemua makanan Buffet Ramadhan On The Table ini memang sedap-sedap belaka dan mempunyai rasa yang tersendiri membuatkan pelanggan akan bertambah kali kedua makanan disini. Keunikkannya ialah kerana hampir kesemuanya rasa masakan kampung yang jarang sekali kita dapat rasa di bandar. Boleh cuba datang sendiri untuk merasa ataupun bakal berbuka disini hehe.

Okay baiklah, ku senaraikan beberapa hidangan yang bakal dihidangan nanti apabila Ramadhan menjelma untuk menu berbuka Buffet Ramadhan seperti Ayam Goreng,Sayur Goreng Masak Ala Jawa, Sambal Udang, Daging Masak Berlada, Kari Kambing, Rendang Ayam,  Pucuk Paku Masak Lemak, dan lain lain lagi yang menarik.

On the table TTDI On the table TTDI On the table TTDI On the table TTDI On the table TTDI On the table TTDI On the table TTDI On the table TTDI On the Table On the table TTDI

Paling ku tak sangka adalah ada masak lemak Ikan Patin mengikut permintaan anda. Rasanya memang secukup rasa pedasnya dan kepekatannya. Tak lupa juga Char Kue Teow turut ada digoreng atas permintaan hehe. Yang ku suka tauhu sumbat, pecal, kerabu paku-pakis dan kerabu mangga.

Paling penting selepas makan mesti nak kena ada pencuci mulut yang telah menjadi Signature Dish di On The Table iaitu payasam yang terkenal dengan dikalangan masyarakat India. Kuih muih dan Lai Chi Kang rasanya cukup menyegarkan.

On the Table

Okay kembali kembali harga untuk Buffet Ramadhan di On The Table ini. Anda boleh dapat harga lagi murah daripada harga asal RM39.90 iaitu dengan RSVP sebelum 14 April 2018 akan dapat harga RM33.90 (perpax).

Jika anda RSVP diantara 16 April hingga 5 Mei 2018 ( RM35.90 perpax).  RSVP diantara 6 Mei hingga 10 Mei 2018 (RM37.90 perpax). Harga biasa ( RM39.90 perpax ) dan bagi kanak-kanak pula yang berumur 0-7 tahun ( FOC perpax ). Bagi 8-12 tahun ( RM25 perpax) dan  Warga Emas (60 tahun ke atas) RM 25m perpax.

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan tempahan boleh menghubungi Jay 011-26532128 Taufiq 019-3852148. Atau mereka pun ada Instagram mereka kalau anda mahu terjah hehe di http://www.instagram.com/onthetable.ttdi

Alamat :
RESTORAN ON THE TABLE
B1-01-03, Plaza TTDI,
Jalan Wan Kadir 3, 60000
Kuala Lumpur.

Nota : Deposit 50% diperlukan sebelum 1 Mei 2018, untuk penempahan awal. Setiap pelanggan yang telah booking akan diberikan nombor tempahan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

On the Table

2 comments:

Jueliza Jamani said...

halaaa nampak pulak menu sedap2 mcm ni terus perut lapar.. heheheh..

Farahain ZFA said...

hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
sincerely , farahain zfa