8coin Ganjaran Informasi di Media Sosial

8coinMy  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 5 April 2018 ku ke Majlis Pelancaran laman sesawang ganjaran dan aplikasi mudah alih terbaru "8coin" yang dahulunya dikenali sebagai 8Share oleh REV Asia Berhad dan Media Prima Labs. Pada mula ku agak kabur mengenai '8coin' ini. Apa yang boleh dilakukan apabila muat turun aplikasi '8coin' ini. Bila ke majlis pelancaran 8 coin baru lah ku faham sepenuhnya.

Okay baiklah, '8coin' ini merupakan kelab ganjaran peribadi untuk pengguna media sosial yang gemar mendapatkan barangan percuma, menjana pendapatan tambahan dan menjadi yang pertama untuk memperkenalkan sesuatu yang baru kepada keluarga dan rakan-rakan.'8coin' ini juga berfungsi sebagai platform untuk para pemasar melibatkan pengguna 8coin sebagai penyokong kandungan sosial bagi mempromosikan jenama mereka di media sosial. 

Hmm menarik bukan ? tentang 8coin ini, baru ku tahu serba sedikit mengenai 8coin ini dan ku sendiri muat turun aplikasi mudah alih 8 coin ini dan sekarang telah mempunyai komuniti yang terdiri daripada lebih 770,000 pengguna media sosial di seluruh Malaysia. Wow ! banyak juga pengguna aplikasi 8coin ini. 

Cara penggunaan untuk kita lebih memahami 8coin ini apabila anda telah muat turun dan mendaftar, terdapat satu bahagian 'specials' yang menawarkan kandungan tajaan merangkumi filem, permainan, acara, produk dan pertandingan terkini yang anda boleh lihat daripada 'print screen' yang ku telah muat naik ini hehe. 

Anda yang telah muat turun aplikasi 8coin ini dan telah menggunakan 8coin ini berkongsi ruangan 'special' 8coin di media sosial anda akan diberikan ganjaran bagi setiap lawatan unik yang anda terima dari media sosial. Untuk pengetahuan anda, sejak 2010 komuniti platform ganjaran ini telah pun mendapat ganjaran melebihi RM8 juta!


8coinMy 8coinMy 8coinMy

Sekarang permulaan apabila anda sertai dan menggunakan 8coin ini akan diberi pilihan untuk sama ada mendapatkan ganjaran wang tunai atau pun menebus pelbagai barangan menarik dengan 8coin yang telah mereka perolehi. Itulah serba sedikit mengenai 8coin jika anda masih kabur lagi dan kini telah memahami nya hehe. 

Semasa majlis perasmian 8coin ini dilancarkan turut ada ialah bersama dengan Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital dan Voon Tze Khay Pengarah Urusan REV Asia Berhad dan kami turut serta semasa majlis menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan untuk mendapatkan point tambahan dan hadiah saguhati. Manalah tahu dapat hadiah utama cabutan bertuah hehe.

8coinMy 8coinMy

Just a simple step kalau permulaan anda hendak memulakan dengan 8coin ini. Boleh tengok contoh dibawah hehe. Jangan lupa muat turun aplikasi 8coin ini di :-




8coinMy 8coinMy 8coinMy 8coinMy

Akhir kata Objektif utama 8coin adalah untuk memberi pengguna pengalaman perkongsian sosial dan program tunai dan ganjaran tanpa had yang lebih baik. Selamat ber '8coin' hehe.

No comments: