Keunikkan Filem Surf This Love

Surf This Love  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini ku berkempatan ke Malam Gala Surf This Love di MM Cineplex The Curve Damansara yang merupakan malam tayangan perdana Filem lain daripada yang lain Surf This Love lakonan utama Shukri Yahya. Pada Malam Gala Surf This Love di mana berkumpul semua artis dan orang kuat untuk Filem ini. Berpeluang juga berjumps dengan artis hihi.

Okay baiklah, Filem Surf This Love yang berdurasi hampir 103 minit ini akan menemui penonton pada 22 Februari 2018 ini di seluruh pawagam di Malaysia. Bagiku sendiri menonton Filem Surf This Love ini mempunyai kelainan sedikit jalan cerita cinta mereka. Selalu memerlukan sesuatu suasana yang romantik tetapi Surf This Love ini disebaliknya bila bibit percintaan bermula daripada Sukan Surfing hehe.
Surf This Love

Filem yang bergenre “Romantic Comedy” yang menjadi salah satu dari genre pilihan penonton tempatan & “Extreme Sport” yang jarang-jarang di ketengahkan oleh mana-mana filem di Malaysia. Merupakan filem yang mengenengahkan “Sub-Culture” sukan luncur air tempatan dan ia adalah Filem pertama di Malaysia memberi fokus pada sukan Luncur Air (Surfing).

Dengan aksi-aksi sukan luncur air yang padu dan kemas, ianya akan membuatkan filem ini menjadi lain dari yang lain. Filem ini bukan sahaja mempunyai jalan cerita yang dinamik, malah di sajikan dengan visual yang cantik dan baik. Tidak seperti filem Romantik Komedi yang lain kerana ku suka dengan elemen persabahatan dan keluarga yang menyentuh hati. 

WhatsApp Image 2018-01-20 at 9.55.12 AM

Okay sedikit sebanyak Sinopsis untuk Filem Surf This Love ini. "Billy (20an) bekerja dengan kakaknya, Siti (30an) sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman. Sejak kecil, Billy sangat suka dengan sukan surfing (luncur ombak) kerana dia mendapat sumber inspirasi dari arwah abangnya iaitu Bobby yang merupakan seorang juara luncur ombak yang terkenal.

Selain Bobby, Mike Malaya (30an) dan Jimmy (30an) yang juga sahabat arwah abangnya juga handal dalam sukan luncur ombak, turut menjadi idola Billy. Walaupun sangat obsess dengan sukan surfing sejak dia berusia 12 tahun hinggalah sekarang Billy tidak pernah betul-betul cekap dan handal bermain dengan surf board dan ombak. Pencapaiannya dalam sukan ini terbantut kerana arwah abangnya Bobby mati dalam satu pertandingan sukan luncur ombak di Bali.

Manakala Jimmy yang masih berkawan dengannya hingga kini dan tinggal tidak jauh dari rumahnya juga enggan mengajarnya kerana Jimmy mengalami kecacatan di kaki. Kesan dari kecederaan di kakinya dan juga sejak kematian Bobby, Jimmy bagaikan sudah ‘patah hati’ dengan sukan luncur ombak.

WhatsApp Image 2018-01-20 at 9.55.05 AM

Mike Malaya pula sejak kematian Bobby, dia telah merantau ke seluruh dunia bagi menyertai sukan luncur ombak. Maka terpaksa lah Billy terkial-kial berlatih surfing sorang diri tanpa tunjuk ajar sesiapa pun. Walaubagaimanapun, apa jua cabaran dan kesusahan, minat Billy dengan sukan ini tidak pernah luntur.

Kini, selain dari menjadi juara luncur ombak, Billy mempunyai satu lagi impian, iaitu mahu memenangi hati Mia. Namun, hancur luluh hati Billy apabila mengetahui yang Mia sudah berpunya malah Billy lebih kecewa lagi apabila mengetahui teman lelaki Mia adalah Mike Malaya, idolanya selama ini. " Selebihnya ? haruslah menonton di pawagan yang berdekatan anda hehe.

Dan yang paling menarik lokasi penggambaran ini dilakukan di Pulau Tioman dan telah memberikan impak yang cantik pada visual. Di barisi pelakon-pelakon handalan, gabungan pelakon-pelakon berpengalaman dan yang sedang meningkat naik seperti Shukri Yahaya, Christina Suzanne, Pekin Ibrahim, Ardell Aryana, Josiah Hogan Mustaqim Bahadon, Syuhaida Abraz dan lain-lain membuatkan jalan cerita filem ini menjadi unik dan cukup dengan segala rasa.

Surf This Love

Baiklah, jangan lupa lagi sekali menonton Filem Surf This Love yang bermula pada 22 Februari 2018 ini di pawagam berdekatan anda. Lets find love ! hehe.

1 comment:

Sally Samsaiman said...

Hahahaha...kalau nak tgk cite cinta & komedi, worth it sgt..Suka kombinasi Syukri & Dotty tapi kalau nak tgk aksi surfing kat Malaysia, 50-50 laa..Pada Sally kurnag sgt akti surfing ditunjukkan.