Keaslian Rasa Asam Pedas Di Empire Assam Pedas Nilai

Empire Assam Pedas  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ramai yang tahu kalau bab makan Assam Pedas ini terkenal di negeri mana, Melaka bukan ? hehe. Kali ini kita dapat rasa masakan tradisi Assam Pedas ini di Empire Assam Pedas yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Bagi mereka yang sangat meminati dan gemar masakan Assam Pedas serta masak lemak ini Empire Assam Pedas di Nilai jawapan untuk anda. 

Empire Assam Pedas

Empire Assam Pedas Nilai yang baru sahaja beroperasi lebih daripada 6 bulan ini semakin lama mendapat sambutan oleh masyarakat yang menggemarkan masakan tradisi Assam Pedas ini. Keistimewaan Empire Assam Pedas ini dihidangkan dalam periuk claypot dan isi di dalamnya bersaiz besar dan puas hati berbaloi dengan harganya. 

Terdapat pelbagai menu Assam Pedas berserta dengan lauk dan masak lemak yang anda boleh pilih mengikut citarasa masin-masing. Alhamdulillah terima kasih kerana memberi ku peluang untuk merasakan sendiri masakan Assam Pedas ini. Dari kata biasa hingga terus jadi minat dan lauk kegemaran untuk dimakan hehe.

Okay baiklah, dibawah adalah menu-menu masakan Assam Pedas dan Masak Lemak di Empire Assam Pedas mengikut citarasa masing-masing hehe. Alhamdulillah kami dapat merasa mencuba kesemuanya hehe. 

Empire Assam Pedas

  • Ikan Patin Masak Tempoyak
  • Udang Galah Masak Lemak
  • Daging Salai
  • Ikan Kembung Assam Pedas
  • Ikan Merah Assam Pedas
  • Ayam Kampung Masak Lemak
  • Ikan Tenggiri Assam Pedas
  • Kepala Ikan Merah Assam Pedas
  • Ayam Penyet
  • Cendol Durian
Empire Assam Pedas

Setiap menu Assam Pedas atau Masak Lemak yang anda order akan diberi Nasi Putih Panas sememangnya wajib bersama dengan telur asin dan ulam ulaman serta sambal belacan. Ku rasa sendiri ianya satu set yang cukup lengkap untuk menikmati Assam Pedas dan Masak Lemak ini. Satu bahagian Claypot jika anda order cukup rasanya untuk makan berdua. Kalau tak cukup boleh tambah lagi hehe. 

Empire Assam Pedas

Asam Pedas Ikan Kembung - RM9.90

Empire Assam Pedas 

Asam Pedas Ikan Kepala Merah - RM 20.00

Empire Assam Pedas

Masak Lemak Ayam Kampung - RM 10.90

Empire Assam Pedas 

Masak Tempoyak Ekor Ikan Patin - RM 16.00

Empire Assam Pedas

Masak Lemak Udang Galah - RM 15.00

Empire Assam Pedas

Masak Lemak Daging Salai - RM 10.90

Empire Assam Pedas

Asam Pedas Ekor Ikan Merah - RM 12.90

Empire Assam Pedas

Asam Pedas Ikan Tenggiri - RM 12.90

Empire Assam Pedas

Nasi Putih + Ayam Penyet - RM 9.90

Empire Assam Pedas

Cendol Durian - RM 10.00

Terliur tak bila tengok gambar Assam Pedas dan Masak Lemak diatas hehe. Itu baru menu utama, belum lagi pencuci mulut Cendol Durian. Cendol dengan tambahan seulas durian diatasnya sememang akan membuat peminat durian ini takkan lepaskan peluang merasa Cendol Durian yang lazat ini. 

Empire Assam Pedas

Nak tahu siapa Chef disebalik Empire Assam Pedas ini yang menyediakan semua menu diatas? Chef Syafiq yang berusia 25 tahun menggunakan resipi Assam Pedas dari Arwah Ibu beliau sendiri. Patutlah rasanya sedap terasa Assam Pedas beliau sehingga ku sendiri berpeluh makan hehe. Bagiku kalau makan sampai berpeluh kepala tandanya sedap hehe. Tahniah Chef Syafiq muda-muda lagi dah pandai masak. Kalau aku? masak yang simple aje boleh hehe. 

Empire Assam Pedas

Okay baiklah, ini ada berita baik bagi mereka yang mengunjung ke Empire Assam Pedas di Nilai ini. Apabila anda ke sana, jangan lupa sertai peraduan Selfie Snap & Win ! Setiap minggu pemenang akan diumumkan memenangi baucar makanan Empire Assam Pedas. Manakala bagi pemenang bulan Februari ini akan memenangi sebuah telefon pintar ! Menarik bukan ? Makan, Selfie dan Menang hehe. 

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai Empire Assam Pedas ini lihat bawah :-

Alamat
Empire Assam Pedas
7341, Jalan BBN 1/2C,
Bandar Baru Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan.

Untuk tempahan atau maklumat lanjut hubungi di talian
+60196205426

Facebook

Instagram

#EmpireAssamPedas
#AssamPedasNilai
#CendolDurian
#empirectss

2 comments:

Sally Samsaiman said...

huihh...daging salai dia, maska lemak dia, ikan patin! duh!

ALONG MURNI said...

Menu yg menarik.. AM kalu singgah situ mesti AM nak cuba kepala patin masak tempoyak (suka mkn bahagian kepala) & udang galah masak lemak!! Look so yummyyy!!