Penginapan Selesa Elvara Guest House Malaysia

Elvara Guest House Empire Damansara  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Ramai orang sekarang jika berjalan ke suatu tempat mesti akan mencari tempat penginapan yang selesa, dekat dan paling penting murah. Selalunya mereka akan menginap di hotel-hotel yang berdekatan tetapi kalau hotel tersebut penuh bagaimana anda mahu menginap ? Sekarang banyak Homestay telah diperkenalkkan untuk kemudahan para pengunjung untuk ruangan yang besar dan selesa tetapi pada harga murah berbanding Hotel.

Homestay atau Guest House adalah satu bentuk penginapan yang popular di mana pengunjung tinggal di sebuah rumah atau apartmen dari sebuah bandaraya yang mereka jalani. Tempoh penginapan boleh berbeza-beza dari satu malam hingga satu tahun dan boleh menjadi percuma, sebagai ganti ganti rugi kewangan, sebagai pertukaran untuk tinggal di harta tetamu sama ada secara serentak atau pada masa lain.

Baru-baru ini ku berkesempatan merasa menginap di salah satu Guest House Elvara Malaysia yang terletak di Empire Damansara. Satu kawasan yang kurasakan sangat strategik berdekatan dengan pengankutan awam dan pusat membeli belah yang terkemuka. Jika datang ke Empire Damasara menaiki kenderaan, tempat letak kereta ada di basement dengan rate harga yang berpatutan dari RM2.00 sahaja sekali masuk.

STUDIO (3 PAX)

Elvara Guest House Empire Damansara Elvara Guest House Empire Damansara Elvara Guest House Empire Damansara Elvara Guest House Empire Damansara Elvara Guest House Empire Damansara

Ku menginap di Guest House jenis Studio untuk 3 pax. Satu katil Queen dan satu sofa yang boleh dijadikan katil jika anda bawa extra seorang hehe serta satu bilik air. Selain studio terdapat juga jenis Duplex untuk 5 pax bagi mereka yang ada keluarga besar. Bagi Guest House jenis Duplex ini terdapat dua (2) katil jenis Queen dan satu sofa yang boleh dijadikan katil serta terdapat dua bilik air.

DUPLEX (5 PAX)

Elvara Guest House Empire Damansara Elvara Guest House Empire Damansara Elvara Guest House Empire Damansara Elvara Guest House Empire Damansara Elvara Guest House Empire Damansara Elvara Guest House Empire Damansara

Paling penting jika bermalam di Guest House yang terletak di tengah kota adalah kemudahan Internet Wifi yang berkelajuan tinggi amat penting sekali. Ini kerena Guest House Elvara ini mengamalkan konsep Digital Nomad. Apa itu Digital Nomad? hehe.

Digital Nomad adalah individu yang memanfaatkan teknologi digital tanpa wayar (wireless) untuk melaksanakan tugas kerja mereka, dan secara umumnya menjalankan gaya hidup mereka dengan cara nomad. Memang sesuai dengan bagi blogger macam ku sendiri apabila dalam suasana bercuti, ada kerja yang memerlukan internet untuk melaksanakan sesuatu kerja.

Elvara Guest House Empire Damansara

Trend yang agak baru ini membolehkan anda menjadi lokasi yang bebas dan sentiasa bergerak antara bandar sebagai negara semasa anda melalukan kerja dari jauh. Tidak hairanlah jika setiap tetamu yang datang akan memilih homestay atau guest house yang mempunyai pelbagai kemudahan bagi merasa apa yang mereka bayar itu berbaloi dengan yang penggunaanya.

Okay baiklah, untuk tempahan dan maklumat lanjut bagi mereka yang ingin menginap di Guest House Elvara Malaysia boleh terus menghubungi Hazel di talian +6019-4569155 .

Elvara Guest House Empire Damansara

Harga Elvara Guest House untuk satu malam  :

STUDIO 3 pax
RM120 ( Ahad - Khamis )
RM150 ( Jumaat & Sabtu )

DUPLEX 5 pax
RM150 ( Ahad - Khamis )
RM180 (Jumaat & Sabtu )

Menarik bukan?  Penginapan yang selesa di Elvara Guest House ini pada harga yang berpatutan. Jika bawa rakan-rakan atau keluarga yang datang dari jauh lagi meriah, sesuai dan selesa. Elvara Guest House ini beralamat di :-

Elvara Guest House
Empire Damansara,
Jalan PJU 8/8,
Damansara Perdana,
47820 Petaling Jaya, Selangor

No comments: