Mengembara ke Singapura Bersama Raini Travel

Untitled  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada penghujung tahun 23 Disember 2017 yang baru sahaja berlalu ku menyertai pengembaraan bersama blogger ke Singapura. Pengembaraan yang mengambil masa satu hari penuh ke tempat-tempat menarik yang sering menjadi tumpuan para pengunjung jika datang ke Singapura. Walaupun singkat tetapi hampir kesemua tempat yang berkesempatan kami kunjungi.

Okay baiklah ramai pasti tertanya-tanya satu hari aje mengembara ke Singapura sempat ke? Bagiku kepada anda yang belum pernah lagi ke Singapura ini peluang terbaik anda menjelajah Singapura hehe. Mengikut kepada jadual dari pihak Raini Travel selalunya akan membawa pelancong pada hujung minggu.

Kami pada Jumaat malam masing-masing datang berkumpul di KL Sentral untuk menaiki Van ke Singapura. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dalam 4 jam dari Kuala Lumpur ke Gelang Patah Johor untuk masuk ke Singapura. Alhamdulillah tiba tepat pagi dan terus masuk Subuh dan sempat mandi dan tukar baju di RnR Gelang Patah Johor.

Satu tips disini bawa baju persalinan mengikut keperluan dan juga keperluan yang lain juga. Anda faham maksud saya? Hehe kita travel pun satu hari suntuk dan takkan anda nak membebankan diri anda untuk bawa beg besar-besar hehe. Pastikan passport sudah dikemaskini dan yang paling penting roaming di sana mengikut plan telco masing-masing hehe.


MERLION PARK

Singapore Trip with Raini Travel

Merlion Park adalah mercu tanda Singapura dan tarikan pelancongan utama, yang terletak di One Fullerton, Singapura, berhampiran Central Business District (CBD). Merlion adalah makhluk mitos dengan kepala singa dan badan ikan yang digunakan secara meluas sebagai maskot dan pengenalan bangsa Singapura.

Dua patung Merlion terletak di taman. Struktur Merlion asalnya berukuran 8.6 meter dan spout air dari mulutnya. Ia kemudiannya disertai oleh anak Merlion, yang terletak berhampiran dengan patung asal dan berukuran hanya 2 meter. Di sini anda boleh bergambar dengan pemandangan belakang yang menakjubkan. Dikelilingi bangunan moden tinggi yang cantik.

Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel

Ramai pengunjung akan bergambar dengan Patung Merlion yang sedang mengeluarkan air dari mulut dan yang bergambar itu seolah-olah menelan air pancut tersebut. Kreatif bukan? Tetapi ku tak berkesempatan kerana begitu teruja mengambil gambar pemandangan Bandar Singapura ini hehe.

Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel

Tempat menarik berdekatan dengan Merlion Park lokasi pemandangan cantik yang anda boleh bergambar seperti Marina Bay Hotel Singapore yang mempunyai tiga Menara serta berbentuk kapal di aras paling atas dan Esplanade – Theatre on the Bay merupakan pusat seni persembahan yang terletak di Marina Bay berhampiran Sungai Singapura.


BUGIS STREET

Singapore Trip with Raini Travel

Destinasi seterusnya ke Bugis Street yang tak jauh dari Merlion Park itu tadi. Bugis Street adalah salah satu tempat membeli-belah terbaik yang menarik kebanyakan peminat membeli-belah di Singapura. Ia menawarkan fesyen terbaru dan paling bergaya pada harga yang berpatutan dan pembeli mungkin mengalami pengalaman membeli-belah jalan yang menarik di sini.

Beberapa perkara yang boleh ditekankan mengenai Bugis Street ini ianya merupakan tempat Syurga membeli-belah untuk fesyen dan lain-lain Bugis Street mempunyai lebih daripada 600 kedai, dan kebanyakan mereka menawarkan pakaian, kasut dan aksesori fesyen. Fashionistas pasti akan kagum dengan semua perkara terkini dan paling trendi yang dikemaskini hampir setiap hari.

Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel

Dengan harga amat berpatutan, Bugis Street telah menarik sejumlah besar pecinta shoppers untuk berbelanja. Dengan hanya S $ 10, anda boleh mendapatkan pakaian kasual yang bagus. Anda juga boleh membeli jam tangan, aksesori dan cenderahati pada harga tidak melebihi S $ 5 hehe. Lebih kurang suasana Uptown dan Downtown di Negara kita.


SINGAPORE ZAM ZAM RESTAURANT

Singapore Trip with Raini Travel

Apabila hampir setengah hari meneroka Singapura, perut pun sudah lapar dan berbunyi-bunyi hehe. Kami di bawa ke Singapore Zam Zam Restaurant yang terletak di 697-699 N Bridge Rd, Singapore. Restoran terletak betul-betul di seberang jalan dari Masjid Sultan, di sudut Arab Street dan Bridge Road, hanya berjalan kaki singkat dari kawasan Bugis Singapura.

Keistimewaan dan menu menjadi pilihan di sini ialah pelbagai pilihan murtabak ! Mereka membuat murtabak di bilik dapur terbuka depan, menghadap jalan kaki, dengan tingkap besar, supaya anda dapat menonton mereka membuatnya, jadi apabila anda berjalan melewati, anda tergoda untuk berhenti di murtabak hehe.

Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel

Terdapat pelbagai pilihan Murtabak yang anda boleh pilih mengikut tekak masing seperti Murtabak Ayam, Murtabak Kambing, Murtabak daging Lembu, Murtabak Sardin dan Murtabak Rusa. Selain Murtabak, anda boleh pilih menu lain seperti Nasi Briyani. Sama juga pelbagai jenis nasi briyani yang anda boleh pilih seperti murtabak kecuali Sardin hehe.


MASJID SULTAN

Singapore Trip with Raini Travel

Setelah kekenyangan makan amanat wajib tidak dilupakan, Alhamdulillah terdapat Masjid terbesar di Singapura hanya seberang jalan Singapore Zam Zam Restaurant. Ia dinamakan Masjid Sultan, Masjid Sultan, adalah sebuah masjid yang terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di kawasan Kampong Glam di daerah Rochor di Singapura.

Daerah ini merupakan kesungguhan bagi pelancong untuk belajar, memahami agama, kebudayaan dan pelbagai kumpulan etnik yang membentuk umat Islam Singapura hari ini. Masjid Sultan ini dianggap sebagai salah satu masjid paling penting di Singapura. Masjid Sultan mempunyai sejarah yang panjang yang kembali ke 1824 dan telah melalui banyak peringkat pembangunan sebelum menjadi apa hari ini.

Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel

Masjid ini mempunyai dewan doa yang dapat menampung sehingga 5000 orang dalam satu massa. Dewan solat dan kubah menyerlahkan ciri bintang masjid. Ku sendiri solat disini berasa amat menenangkan dan tidak susah menggunakan kemudahan di sini. Semuanya ada di depan mata. Masjid Sultan ini juga dibuka kepada orang ramai untuk melihat tersergam indah Masjid Sultan.


PULAU SENTOSA

Singapore Trip with Raini Travel

Seterusnya kami ke Pulau Sentosa yang terletak di Selatan Singapura yang terkenal dengan tempat berhibur bercuti bersama seisi keluarga dan rakan-rakan. Tarikan yang paling utama apabila ke Pulau Sentosa ini ialah ke Universal Studio Singapore (USS). Ini kali kedua ke sini tapi kali ini tidak masuk ke dalam USS dan kami hanya mengelilingi sekitar Pulau Sentosa.

Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel Singapore Trip with Raini Travel

Kami menaiki kemudahan Monorail yang disediakan di Pulau Sentosa ini dipanggil Sentosa Express untuk ke Beach Station yang merupakan stesen yang paling hujung. Di sini kami dapat menikmati pemandangan pantai yang begitu menenangkan dengan air bertiup sepoi bahasa. Sambil melihat kesibukkan pelabuhan di Selatan Pulau Sentosa.


GARDENS BY THE BAY

Singapore Trip with Raini Travel

Tempat terakhir sebelum tamatnya pengembaraan di Singapura ialah tempat yang penuh lampu warna warni pada waktu malam hehe. Kebetulan pada tarikh yang kami pergi ini berdekatan dengan perayaan Krismas memang sangat meriah dengan lampu warna warni hehe.

Gardens by the Bay adalah taman semula jadi yang merangkumi 101 hektar (250 ekar) tanah yang ditebus [2] di tengah Singapura, bersebelahan dengan Reservoir Marina. Taman ini terdiri daripada tiga taman tepi pantai: Bay South Garden, Bay East Garden dan Bay Central Garden. Kebun yang terbesar adalah Bay South Garden di 54 hektar (130 ekar).

  Singapore Trip with Raini TravelSingapore Trip with Raini Travel

Banyak tempat tak kami pergi dalam masa satu hari mengembara di Singapore hehe. Terima kasih kepada Raini Travel untuk pengembaraan ke Singapore kali ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh email ke admin@rainitravel.com atau ke laman sesawang http://www.rainitravel.com .

No comments: