Keterujaan Seisi Keluarga di Sunway Lagoon Menyambut Tahun Yang Ke-25

Sunway Lagoon  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Alhamdulillah kita sudah sampai kepada penghujung tahun 2017 dan hello 2018! Baru-baru ini ku berpeluang ke Sunway Lagoon Malaysia untuk meraikan Wonder Year Sunway Lagoon yang ke 25 ! tak sangka pejam celik Sunway Lagoon pun sudah 25 tahun menghiburkan kita seisi keluarga dengan keseronokan yang ada di Sunway Lagoon.

Okay baiklah, ku sendiri teruja dengan keseronokan yang telah dialami di Sunway Lagoon. Ianya menyajikan pelbagai tarikan menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga menjadikan ia taman tema yang terbaik untuk bersama dengan rakan dan keluarga tersayang.

Sunway Lagoon Sunway Lagoon

Penantian untuk menunggu Sunway Lagoon dibuka sangat berbaloi kerana ada beberapa gimik kawad kaki oleh Pasukan Polis Bantuan Sunway Lagoon dan diceriakan lagi dengan persembahan pembukaan istimewa dari penari-penari membuatkan orang ramai begitu teruja untuk menerokai Sunway Lagoon.

Sunway Lagoon Sunway Lagoon

Pastinya ramai pengunjung yang ke Sunway Lagoon akan menumpu ke taman tema air tetapi di Sunway Lagoon juga terdapat Wildlife Park Sunway Lagoon yang patut anda kunjungi. Ia merupakan tarikan sepenuhnya bertemakan haiwan dan berinteraktif pertama di Malaysia. Wildlife Park merupakan kepada lebih daripada 150 spesies haiwan dari seluruh dunia.

Sunway Lagoon Sunway Lagoon

Ia menempatkan Samson dan Asha, dua ekor Harimau Putih yang megah dan jarang sekali kita dapat lihat. Keindahan taman hidupan liar ini diserikan lagi dengan kehadiran istimewa keluarga kucing besar Sunway Lagoon. Zola dan Zuri, dua ekor Singa Putih dan Harimau Kumbang.

Sunway Lagoon 
Tidak lupa juga pengalaman menonton Wildlife Show yang bermula pada pukul 11:20am di Wildlife Theatre. Waktu normalnya selalu pada pukul 3.00pm setiap hari. Ku pun terfikir bagaimana mereka melatih burung-burung ini untuk membuat persembahan dihadapan kami. Tak lari keluar pula tu dari sangkar selepas membuat persembahan dan ku amat kagum sekali persembahan Wildlife Show ini hehe.

Sunway Lagoon Sunway Lagoon Sunway Lagoon

Perhentian terakhir sebelum kami menikmati mandi di Sunway Lagoon ini ialah menerokai Taman Tema Nickelodeon pertama di Asia! Nickelodeon Lost Lagoon untuk merasai pengalaman lain dari yang lain kerana terdapat watak-watak Nickelodeon kegemaran ku semasa kecil seperti SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer dan Teenange Mutan Ninja Turtles menanti di sana.

Sunway Lagoon Sunway Lagoon

Pastinya ramai kanak-kanak ingin bersama dan berjumpa dengan watak-watak Nickelodeon kegemaran mereka dan pasti mahu bergambar sekali. Waktu Meet & Greet watak-watak Nickelodeon SpongeBob SquarePants, Dora the Explorer dan Teenange Mutan Ninja anda boleh rujuk gambar yang sempat ku muatnaik ini. Pastikan jangan ketinggalan hehe.

Sunway Lagoon

Akhir sekali waktu yang dinanti-nantikan ialah untuk menerokai Sunway Lagoon ! hehe. Bagi mereka yang membawa lebih barangan boleh menyewa loker kecil hanya RM22 dan loker besar RM41 sahaja dengan unlimited buka dan tutup dan pastikan anda menjaga dengan baik bar code wrist band yang dipakaikan pada pengelangan tangan anda.

Kami dapat merasai pengalaman dan menikmati Pantai Terbuka Buatan Manusia Terbesar di Malaysia yang menghasilkan ombak setinggi 8 meter. Ianya berkeluasan lebih dari 13,000 meter persegi dan menghasilkan ombak sempurna yang akan mengujakan seisi keluarga.

Sunway Lagoon Sunway Lagoon

Apa yang boleh ditekankan disini apabila anda ke Sunway Lagoon, jangan lupa untuk menyaksikan persembahan Pirates of the Wonderland Show Pirate’s Revenge pada pukul 2.20pm. SLIME Time di SpongeBob Splash Adventure pada pukul 3:30pm. Dan Tale of Mount Berapi & Volcano Show pada pukul 4:00pm.

Jangan lupa rebut peluang menikmati harga terbaru seperti FamFun untuk 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak hanya RM390* atau 4-To-Go untuk 4 orang dewasa hanya RM456* atau beli 3 percuma 3 – (Beli 3 dewasa, Percuma 3 Dewasa) pada harga RM510. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari http://www.sunwaylagoo.com atau hubungi di talian +60356390000.

3 comments:

Rahsia Melancong said...

Congratulations!

Blog Eazy Izzuddin was listed in Top 55 Blog Travel Malaysia 2017.

Najish Ahmed said...

Beautiful blog, Lovely pics. Best vashikaran specialist in pune. Keep blogging.

Tantri said...

Tentu hari yang sangat menggembirakan bisa bersama keluarga menikmati berbagai keseruan-keseruan yang menyenangkan.