5 Sukan Alternatif di Malaysia Semakin Popular

WhatsApp Image 2018-01-20 at 9.55.12 AM 

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Semangat kesukanan sekarang sering diterapkan kepada generasi muda sama ada di sekolah mahupun di universiti untuk mengangkat martabat industri sukan. Tapi Adakah anda mengetahui sukan alternatif yang ada di Malaysia ? Selain daripada sukan yang anda sudah tahu sangat popular di Malaysia seperti Badminton dan Bola Sepak.

Banyak sukan alternatif yang jarang sekali kita lihat dan dengar kini semakin berkembang popular di Malaysia. Setiap sukan yang ada kini mempunyai peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh persatuan sukan masing-masing. Mari kita lihat antara 10 sukan alternatif di Malaysia yang semakin disukai ramai.

metd_jom_randeep_1

1. JOMBOLA - Jombola merupakan antara sukan terbaru yang dicipta oleh rakyat Malaysia sendiri. Sukan ini merupakan gabungan antara badminton, tennis dan ping pong. Cara bermain sukan ini adalah dengan menggunakan raket kayu dan bola getah. Jombola ini juga masih baru dan mula mendapat sambutan dari Universiti tempatan dan luar negara.

s6

2. HOKI KASUT RODA - Hoki Kasut Roda ini sama seperti bermain ais hoki yang sangat popular di Malaysia tetapi kita masih kekurangan gelanggang untuk bermain Hoki ini. Pemain hanya menggunakan kayu hoki dan peralatan keselamatan yang sama cuma menggunakan cakera getah pada kasut roda hoki kerana ianya lebih ringan dan amat sesuai dengan permukaan gelanggang.

RAGBI 1

3. RAGBI SENTUH - Ragbi Sentuh ini merupakan sukan yang menghadkan dalam sentuhan. Ia boleh dimainkan dalam bercampuran jantina seramai enam pemain setiap pasukan. Apabila disentuh oleh pihak lawan, pemain harus menjatuhkan bola untuk rakan sepasukan mengambil bola itu. Tiada pertukaran atau gol dalam ragbi sentuh ini.

20131112111903-attend-a-floorball-practice

4. FLOORBALL - mungkin anda tidak pernah dengar mengenai sukan floorball di Malaysia. Sukan ini memerlukan enam orang pemain termasuk penjaga gol. Ianya berasal dari Sweden, floorball sangat popular di Eropah dan sudah berkembang dan meraih pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 2008.

WhatsApp Image 2018-01-22 at 11.04.01 AM

5. SURFING - Surfing atau luncur air dan agak baru di Malaysia tetapi tak lama akan menjadi hobi bagi mereka yang sukakan laut dan luncur air hehe. Sukan luncur air ini memerlukan ombak sesuai untuk luncur air terutamanya dijumpai di lautan, tetapi juga boleh dijumpai di tasik atau di sungai dalam bentuk ombak berdiri atau bena. Walau bagaimanapun, peluncur air juga boleh digunakan menggunakan ombak buatan manusia seperti yang daripada olak bot dan ombak dicipta di dalam kolam ombak buatan.

Antara 5 Sukan Alternatif di atas mana satu menjadi pilihan anda? hehe. Bagiku sendiri suka sukan Surfing sebab jarang sekali kita dapat lihat dan teringin melihat dan mencuba sukan surfing ini. Kebetulan di pawagam pun bakal ditayangkan cerita Surfing ini. Surf This Love ! mana tahu anda sedang surfing terjumpa dengan cinta sejati ? hehe

WhatsApp Image 2018-01-20 at 9.55.05 AM

Okay baiklah, ku cerita sinopsis pendek cerita Surf This Love ini. Filem ni mengisahkan tentang Billie yang bekerja sebagai pemandu pelancong di Pulau Tioman yang menggemari sukan luncur sejak kecil walaupun tidak pernah bergiat secara serius dalam suka tersebut. Abang Billie, Bobby merupakan seorang peluncur yang popular tetapi telah mati lemas dalam satu pertandingan luncur air di Bali.

Kehadiran seorang blogger yang cantik dari Kuala Lumpur iaitu Mia (20an) yang bertandang ke Pulau Tioman untuk mendapatkan liputan tentang keindahan Pulau Tioman bagi bahan berita dalam blognya akan datang. Walaupun Mia 1st time sampai Tioman dan hanya datang seorang diri, Mia tidak berdepan dengan sebarang masalah kerana di Tioman, Mia mempunyai seorang sahabat yang pernah belajar bersama-sama dengannya di universiti dahulu iaitu Lia (20an). Lia bekerja dengan abangnya Jimmy, yang mengusahakan sebuah café dan bengkel membaiki surf board di tepi pantai.

WhatsApp Image 2018-01-20 at 9.55.12 AM

Seterusnya mesti ada bait-bait cinta bukan ? hehe nantikan Filem Surf This Love di pawagam beerdekatan anda pada 22 Februari 2018 ini

3 comments:

Neyra Shazeyra said...

Menarik jugak ni.

1. surfing mmg cool
2. filem tu ada pasal blogger
3. i love tioman! haha

Syafiera Yamin said...

I tak pernah pergi tioman lagi.. o teringin nak pergi... tapi kalau pergi dengan jericho malaysia ni auummm wehh

Citra said...

Wow... Sounds interesting movie ya...