Sesi Santai Malam Dialog Bersama Menteri KPDNKK

Untitled  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini ku berkesempatan ke Sesi Dialog bersama Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK) YB Dato Seri Hamzah Bin Zainudin bertempatan di Hotel Istana Kuala Lumpur. Dalam sesi ini apa yang dapat dikongsikan bersama ialah mengenai harga barangan keperluan harian yang setiap hari kita guna.

Almaklumlah kita sebagai Rakyat Malaysia sering merungut dengan kenaikan harga barangan dari masa ke semasa tanpa kita sedari. Oleh itu, Kementerian yang bertanggungjawab memantau tentang perkara sebegini ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK). 

Sesi Dialog bersama Menteri KPDNKK YB Dato Seri Hamzah Bin Zainudin yang berkonsepkan santai bersama dengan media yang terlibat membincangkan soal dan isu-isu semasa berkaitan dengan penggunaan oleh Rakyat Malaysia. Semestinya kita mahu sesuatu barangan yang berbaloi mengikut kemampuan masing-masing. 

Kpdnkk

Okay baiklah, isu kepengunaan ini merupakan suatu isu yang sudah lama diperkatakan dimana peranan pengguna amat penting bagi pihak KPDKK untuk mengawal dengan harga barangan. Antara yang menjadi tajuk utama adalah masalah pengguna di dalam menghadapi harga pasaran barangan sekarang. 

Selain itu, penerangan secara ringkas oleh YB Dato Seri Hamzah Bin Zainudin bagaimana dari pihak Kementerian itu sendiri memastikan peniaga-peniaga ini tidak sesuka hati meletakkan harga sesuatu barangan pada harga yang tinggi. Terutama barangan asas keperluan pengguna seperti gula, minyak masak, beras, tepung dan gas memasak (LPG) merupakan barangan kawalan utama oleh pihak KPDNKK. 

Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.

Tahu atau tidak sebenarnya banyak cara panduan dan penyelesaian masalah ini pihak dari KPDNKK untuk membantu kita sebagai pengguna bagi menangani isu-isu kepenggunaan ini. Apa yang ku sendiri baru tahu anda boleh muat turun beberapa aplikasi untuk informasi dan aduan dari dan kepada pihak Kementerian seperti di bawah.


EZ ADU KPDNKK

Kpdnkk

Ini paling utama ku rasa jika ada peniaga-peniaga di sekeliling anda suka hati menaikan barangan daripada harga yang sepatutnya. Aplikasi EZ ADU KPDNKK yang telah diperkenalkan. Melalui aplikasi ini anda boleh membuat sebarang aduan mengenai isu kepenggunaan yang mana ianya akan terus dimajukan kepada pihak KPDNKK agar tindakan yang sewajarkanya dapat di ambil.


PRICE CATCHER

Untitled

Apa yang membuat ku tertarik dengan aplikasi Price Catcher ini membolehkan kita membuat semakan dan perbandingan harga barangan yang ditawarkan di kedai sekitar kawasan yang  berhampiran dengan rumah kita. Maka dengan adanya aplikasi Price Catcher ini anda boleh memilih dan menentukan kedai atau pasaraya yang mana menawarkan harga yang berpatutan mengikut bajet anda. Penjimatan itu adalah paling penting dari kita terlebih hihi.


FRIENDS OF KPDNKK

Kpdnkk

Kita sebagai pengguna dan Rakyat Malaysia memang ada hak untuk bersuara iaitu dengan menjadi rakan kepada KPDNKK dengan hanya mendaftar sebagai Friends of KPDNKK . Friends of KPDNKK ini merupakan satu platform dimana anda boleh bertindak sebagai membantu pihak kementerian untuk memberi info dalam memantau dan menangani isu kepenggunaan ini.

Malam santai bersama Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan (KPDNKK) YB Dato Seri Hamzah Bin Zainudin boleh ku katakan disini amat bermanfaat dalam perkongsian beliau termasuk dengan sesi soal jawab. Terima kasih YB Dato Seri Hamzah Bin Zainudin dan KPDNKK kerana menjemput.

Untuk maklumat lanjut mengenai KPDNKK ini anda boleh tekan pautan di bawah ini.


  Kpdnkk

No comments: