Eat Travel Ride 2017 Kembara Bersama Kingz MG Malaysia

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 8 - 10 Disember 2017 yang lalu ku berpeluang mengikuti Program Eat Trave Ride 2017 Sayang Malaysia anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dengan kerjasama Gaya Travel Magazine termasuk kumpulan riders bermotorsikal kuasa tinggi Kingz MZ Malaysia menjelajah ke Johor dan Singapura dan kembali semula ke Kuala Lumpur selama 3 hari ini.

Aktiviti kali ini sangat menarik bukan selalunya ku dapat sertai bersama Gaya Travel dan konvoi bersama Kingz MG Malaysia yang menunggang motorsikal berkuasa tinggi sambil menikmati keindahan Malaysia hingga ke Selatan menerusi makanan dan lokasi pelancongan yang menarik bakal dikongsikan menerusi program Eat Travel Ride 2017 ini.

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Apa yang membuat ku lebih teruja ialah hampir lebih dari 50 motorsikal berkuasa tinggi Harley Davidson berkumpul di perkarangan WOW KL (dahulunya Saloma Bistro) dengan pelbagai model bentuk dan warna serta kita akan mengembara bersama mereka ini sepanjang 3 hari. Dengar sahaja bunyi enjin mereka semua orang dah tahu motor jenis apa yang ditunggang hehe.

Kembara kali ini lain sedikit kerana tidak ramai blogger yang dapat peluang keemasan ini membuat liputan hehe. Selalunya akan beramai menaiki bas untuk satu-satu program, tetapi kali ini menaiki MPV yang sangat selesa hehe. Almaklumlah mengikuti Kembara diiringi dengan pasukan PDRM sepanjang 3 hari agar lebih lancar dan menepati masa.


KL CITY GALLERY


Eat Travel Ride 2017

Kunjungi pertama kami ke KL City Gallery KLCG terletak betul-betul di tengah-tengah kawasan warisan Kuala Lumpur - Dataran Merdeka (Merdeka Square), di depan tiang bendera 100 meter di mana Kesatuan Jack diturunkan, dan bendera Malayan dinaikkan untuk pertama kalinya. Enklaf ini, yang dilindungi di bawah Lembaga Perlindungan & Perlindungan Warisan, adalah destinasi warisan yang mesti dikunjungi. Ia menempatkan banyak bangunan bersejarah, struktur dan ikon yang bermula sejak lebih dari satu abad, seperti:

  • Sultan Abdul Samad Building (1897) 
  • Government Office (1896) 
  • National Textiles Museum (1905) 
  • Former National History Museum (1919) 
  • KL City Library (1989) 
  • Victorian Fountain (1897) 
  • Royal Selangor Club (1889) 
  • St Mary’s Cathedral (1894) 
  • City Theatre, built (1896) 
  • Sessions & Magistrates Court (1910) 
  • The High Court Building (1909) 
  • Jamek Mosque (1909)
Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Perjalanan diteruskan ke Selatan Malaysia Johor Bahru melalui Lebuhraya Utara Selatan PLUS dengan diringi anggota PDRM sepanjang perjalanan ini. Kerap juga kami berhenti rehat di RnR untuk minum atau mengisi minyak. Almaklumlah menaiki motorsikal berkuasa besar ini perlu juga untuk berehat, kalau tidak memang akan lenguh badan hehe. 

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan ialah kereta ku naiki berpeluang untuk merakam detik-detik kembara Kingz MG Malaysia ini dengan mengambil gambar dan video di tengah lebuhraya. Mereka sangat happening dan sporting apabila mengambil gambar mereka dari atas kereta yang mempunyai kemudahan 'Sunroof' hehe. 

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017


MELAKA

Kami singgah di Negeri Melaka untuk makan tengah hari, tapi sebelum itu kami ke Mini Malaysia & Asean Cultural Park untuk menonton persembahan tarian kebudayaan Negeri Melaka. Taman Budaya Mini Malaysia & ASEAN adalah taman kebudayaan di mana replika menarik rumah-rumah tradisional Malaysia dan ASEAN dapat dilihat.


Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Sama seperti Pusat Kraftangan Karyaneka di KL, setiap rumah mengandungi hiasan, lekapan dan karya seni yang menggambarkan budaya setiap negara atau negara. Terletak di Ayer Keroh, Taman Budaya Mini Malaysia & ASEAN mempamerkan 13 negeri negara yang diwakili dengan rumah-rumah yang kelihatan sama dengan mata yang tidak terlatih (kecuali untuk rumah Borneo).

Kemudian barulah singgah untuk makan tengah hari di Restoran Lot Lapan Lima Melaka yang menyediakan pelbagai variasi makanan seperti Nasi Beryani, Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng, Rojak, Asam Pedas dan macam-macam lagi.

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017


JOHOR BAHRU


Eat Travel Ride 2017

Alhamdulillah kami selamat tiba di Johor Bahru setelah banyak berhenti di RNR untuk Rehat dan refuel hehe. Tiba juga di tempat penginapan selama 3 hari ini di Milesime Hotel Iskandar Puteri. Berehat sebentar sebelum Majlis Makan Malam di tempat yang sama bersama-sama dengan Kingz MG Malaysia dan Singapura.

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Pada keesokkan harinya memang aktiviti penuh satu hari melawati tempat-tempat yang menarik di Johor Bahru ini. Kami media akan jalan-jalan di Johor Bahru manakala Kingz MG Malaysia dan Singapura mereka akan masuk ke Singapura. Terpisah kejap disitu hehe.


Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos


Eat Travel Ride 2017

Tempat yang pertama kami lawati ialah Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos atau juga dikenali sebagai Stadium Larkin, ialah sebuah stadium pelbagai guna yang terletak di Larkin, Johor Bahru, Malaysia. Ia dinamakan sempena mengenang jasa bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos.

Eat Travel Ride 2017

Stadium yang mula dibina pada tahun 1964 mampu menampung kapasiti 15,000 orang sebelum diubahsuai pada tahun 1991 menjadi kapasiti 30,000 orang penonton. Pada 2013, Perbadanan Stadium Johor telah menyerahkan stadium ini dengan hakmilik penuh kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor dengan diselenggara oleh Johor Corporation.

Bermula tahun 2013, nama Stadium Tan Sri Dato' Hj. Hassan Yunos semakin dikenali tidak kira di dalam negara dan mahupun di peringkat antarabangsa. Ianya adalah disebabkan fenomena yang dibawa oleh pasukan Johor Darul Ta'zim FC hasil dari transformasi oleh DYAM Tunku Mahkota Johor menjadi pasukan yang digeruni di Asia Tenggara. Malah menjadi saksi puluhan ribu penonton tak kira yang hadir di stadium mahupun menontonnya di kaca televisyen.

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Paling menarik ialah Bas berwarna Chrome yang merupakan bas utama pasukan Johor Darul Ta’zim tampil unik dengan penukaran warna badan yang sangat menarik apabila DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bersetuju untuk memilih warna ‘chrome’ sebagai warna bas tersebut. Baginda yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) mahukan kelainan terhadap bas utama pasukan JDT dan ianya akan digunakan untuk membawa pemain pada perlawanan yang akan datang


Markaz Boy Of Straits


Eat Travel Ride 2017

Di bahagian belakang Stadium pula terdapat Markaz Boys Of Straits yang merupakan kerjasama rapat pihak pengurusan pasukan Bolasepak JDT yang telah menyediakan satu kawasan untuk beroperasi dan dirasmikan dengan perkenan DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Dengan wujudnya Markaz Boys Of Straits di kawasan stadium ini bagi memudahkan kelab penyokong ini menjalankan aktiviti melibatkan penyokong seperti pergerakan, jualan barangan atau koleksi pasukan JDT.


Istana Bukit Serene


Eat Travel Ride 2017

Berkesempatan melawat ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru hanya di bahagian luaran sahaja tetapi amat mengagumkan kerana di pintu gerbang masuk Istana ini terdapat Mahkota Raja besar dan menarik. Kalau pergi pada waktu malam lagi cantik kerana terdapat lampu-lampu warna warni dan air pancut yang sangat meriah.

Eat Travel Ride 2017

Kalau ke sini jika anda ingin bergambar, cuba samakan kepala anda dengan Mahkota tersebut seakan-akan anda memakai Mahkota tersebut hehe. Sedikit Informasi mengenai Istana Bukit Serene ini. Istana Bukit Serene ialah istana kediaman rasmi Sultan Johor. Almarhum Sultan Iskandar yang mula menjadikan istana ini sebagai kediaman rasmi baginda dengan mengisytiharkan Istana Besar Johor dijadikan muzium diraja negeri untuk tatapan rakyat jelata. Istana ini terletak di Bukit Serene, Johor Bahru, dan menghadap Selat Johor.


Forest City

Eat Travel Ride 2017

Forest City adalah projek usahasama antara China dan Malaysia dan akan menjadi zon demonstrasi standard "One Belt One Road" di Asia Tenggara. Ia terletak bersebelahan dengan Singapura, kira-kira 5km dari Link Kedua dan 40 minit ke CBD Singapura. Ia bersedia untuk menikmati semua insentif Iskandar Malaysia, dan insentif tambahan lain seperti pengecualian tarif, menyusun kedudukannya sebagai permata mahkota Iskandar Malaysia.

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Bagiku sendiri ianya merupakan satu pembangunan di masa hadapan yang mempunyai semua kelengkapan dan kemudahan di dalam satu kawasan. Yang paling penting ialah hampir keseluruhan Forest City ini hijau dengan tumbuh tumbuhan.


Ronda Johor Bahru Naik Beca


Eat Travel Ride 2017

Beca di Johor Bahru ini telah diperkenalkan perkhidmatan tersebut mulai 1 November lalu. Uniknya, perkhidmatan beca berkenaan beroperasi mulai pukul 5 petang bagi memberi pengalaman berbeza kepada pengunjung dan pelancong bagi menikmati keindahan bandar raya ini pada waktu malam. Bagi perjalanan sejauh 2.2 kilo­meter dari Hotel Amari yang melalui beberapa batang jalan seperti Jalan Wong Ah Fook, Jalan Gereja serta Persiaran Muafakat Bangsa Johor, setiap pelanggan hanya dikenakan bayaran RM15.

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Bagiku suatu pengalaman terbaru ketika berada di Johor Bahru ini dan sempat lagi ku sembang-sembang dengan adik-adik yang membawa beca ini ada dikalangan mereka berumur dari 11 hingga 18 tahun. Muda lagi tu dah cari rezeki tambahan hehe. Almaklumlah sekarang kan musim cuti sekolah.


Kari Kambing 40 Hari

Eat Travel Ride 2017

Hari terakhir kami berada di Johor Bahru dan bersiap sedia untuk berangkat pulang ke Kuala Lumpur bersama-sama dengan Kingz MG Malaysia. Ini yang dinanti-nantikan ialah waktu makan tengah hari di Restoran Kari Kambing 40 hari. Nama Kari Kambing 40 Hari sudah gah di Johor dan juga terkenal kepada warga Singapura yang suka mencari tempat makan menarik di Johor. Walaupun agak jauh dari Johor Bahru, ia tetap menjadi destinasi menari untuk dikunjungi bagi penggemar kambing.

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Dihidangkan dengan sedulang Nasi Arab yang berlaukkan Kari Kambing / Ayam hanya RM48 sedulang. Kalau makan sepinggan mungkin dalam RM13 rasanya. Cukup murah, sedap dan berbaloi untuk datang sini dari jauh semata-mata untuk makan di Kari Kambing 40 Hari ini. Bagi yang tak makan daging kambing, jangan risau lauk ayam pun ada hehe.


Hype Motorsport Hotel Nilai

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Perhentian terakhir kami di Hype Motorsport Hotel Nilai telah memperkenalkan hotel butik pertama di Asia yang sepenuhnya didasarkan pada konsep motor yang digambarkan melalui imej, gaya serta reka bentuk dalaman dan luaran. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Nilai dengan kemudahan asas. Hotel ini berjarak 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Litar Antarabangsa Sepang dan kira-kira 40 minit dari bandar Kuala Lumpur.

 Hype Motorsports Hotel Nilai menawarkan 75 bilik yang unik dan direka bentuk secara konseptual selepas sukan bermotor. Sesetengah bilik bertemakan beberapa legenda seperti Ferrari Formula One (F1) Michael Schumacher, terkenal MotoGP ace Valentino Rossi, pelumba motosikal Tony Cairoli, pemandu rali Sebastian Loeb dan lain-lain.

Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017 Eat Travel Ride 2017

Pemilik Hotel En Johari merupakan seorang pelumba juga serta Tuan Haji Anuar dan Mr Chong. Anda nak tahu? Hype Motorsport Hotel Nilai ini Hafizh Sharin merupakan pelumba motorsikal Malaysia pernah menginap di sini. Rate hotel antara RM150 hingga RM 280 mengikut jenis bilik. Agak murah dan berkemampuan ku rasa dan Coffee House pun ada dibuka sehingga 11pm.

Akhir sekali mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur Gaya Travel dan Kingz MG Malaysia dan tidak lupa kepada anggota PDRM dan JPAM yang terlibat bagi memudahkan lagi perjalanan Eat Travel Ride 2017 selama 3 hari ini.

  Eat Travel Ride 2017Eat Travel Ride 2017

2 comments:

Mawardi Yunus said...

ruginya x follow trip korang, apakan daya kita sakit huhu

Tantri said...

Wouww...sangat seru sekali, epengalaman yang tidak akan terlupakan