Best Cook Is At Home Bersama Pacific West & Tefal

TGYFE3086 IMG_E3128  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Program memasak ini sering kali menjadi perhatian terutamanya bagi kaum wanita yang saban hari memikirkan apa yang mahu dimasak untuk keluarga. Itulah yang terbaik bagi setiap keluarga memasak dirumah daripada makan diluar. Kita pun tak tahu apa yang diletakkan makanan diluar bukan ? hehe

Baru-baru ini ku berkesempatan ke Program Memasak Best Cook is at Home yang dianjurkan oleh Pacific West dengan kerjasama Tefal di Shah Alam Convention Central. Program memasak yang dihoskan oleh 3 Chef yang terkenal dan berpengalaman dalam bidang masakan ini. Yang menariknya ketiga-tiga Chef ini masak dengan menggunakan Produk Pacific West ini. 

Apa itu Pacific West ? Pacific West yang ditubuhkan sejak Tahun 1995 di Australia dan produk Pacific West ini mendapat sambutan menjadi jenama makan laut segera yang perlu ada setiap isi rumah. Terdapat pelbagai produk Pacific West yang menjadi pilihan suri rumah mahupun bujang seperti Tempura Fish Fillets, Tempura Fish Cocktails dan Cod Fish Finger. 

IMG_3223

Yang terbaiknya ialah Pacific West baru-baru ini melancarkan produk terbaru beliau iaitu Cheezy Fish Fillet dengan pembaharuan tambahan Cheese. Siapa tak suka Cheese kan ? Mesti ramai peminat Cheese dekat sini. Ku sendiri merasa Cheezy Fish Fillet ini sangat sedap dan sesuai di setiap golongan sama ada kanak-kanak mahupun dewasa. 

Cheezy Fish Fillet ini terdapat dua jenis keju yang digunakan iaitu Nacho Premium dan Mozzarella. Paling best apabila ketiga-tiga Chef kita akan menggunakan Cheezy Fish Fillet dalam menu masakan mereka. Boleh dimakan begitu sahaja ataupun jika anda mempunyai idea yang lebih kreatif untuk menambah baik lagi resepi ini ? hehe

IMG_3174

Inilah yang tujuan Program Memasak Best Cook is at Home dilakukan dan kita dapat lihat demonstrasi apa yang chef-chef akan masak menggunakan Produk Pacific West ini. 3 Chef yang ku umumkan tadi ialah Chef dari Pacific West iaitu Chef Leong, Dr Ezani, pemenang Master Chef Malaysia dan Chef Bryan dari Yum Yum Publications.

Mari kita lihat demonstrasi memasak Chef-chef hebat kita ini :-

1. Chef Leong Main Choy (Pacific West)

IMG_3176

Trio Canape Cheezy Fish Fillets

IMG_3228  

Cheezy Fish Wholemeal Sandwich

IMG_3226  

Cheezy Fish, Caesar Salad & Cajun Crisp Onion Flower

IMG_3227


2. Dr. Ezani (Masterchef)

IMG_3177

Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce

IMG_3229  

Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets

IMG_3178


3. Chef Bryan (Yum-Yum Publications)

IMG_3179

Crispy Calamari with Pickles

IMG_3224 

Tempura Fish Fillets & Mixed Vege Spring Rolls

IMG_3225

Dengan masakan ini dengan menggunakkan produk Pacific West ini sedikit sebanyak memberi idea kepada pengguna untuk memasak dengan cara masing-masing. Tambahan dengan kemudah produk Pacific West ini yang siap sedia dimasak dalam masa beberapa minit sahaja. Paling penting produk baru ini terdapat pelbagai pilihan mengikut kemahuan pengguna hehe.

Jangan risau produk Pacific West apabila anda membeli ialah telah menjalani pelbagai pemeriksaan kualiti dengan pilihan makanan laut dan bahan yang terbaik mengikut kepiawaian keselamatan dan proses makanan antarabangsa yang mendapat akreditasi serta yang paling penting juga disahkan Halal.

Nak dapatkan produk Pacific West ini dimana? Anda boleh dapati produk Frozen Pacific West ini di AEON, AEON Big, Cold Storage, Tesco, Giant, dan banyak lagi pasaraya utama di Malaysia ini. Senang bukan ? Dan yang paling menarik di dalam produk terbaru Cheezy Fish Fillets ada free gift menanti hehe. Hanya dengan produk Pacific West sahaja, dekat luar tak dapat hehe.

IMG_3303

Berita baik juga Pacific West ada peraduan dengan hadiah yang sangat menarik. Anda boleh rujuk dekat poster atau untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pacific West ditalian 1800-888-389 serta melayari laman sesawang mereka di http://www.pacificwestfoods.com . Mereka juga ada Facebook https://www.facebook.com/PacificWest.my . Selamat mencuba dan memasak ! hehe.

No comments: