Rasa Hebat Aroma Chicken Di Restoran A&W !

Chicken Fiestaaa  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Pada 29 Oktober 2017 yang lalu ku berpeluang ke Restoran A&W untuk membuat satu 'Product Review' yang pasti bakal menjadi kegemaran untuk anda semua. Untuk pengetahuan anda, Restoran A&W  di Batu Road, Jalan Tunku Abdul Rahman Kuala Lumpur merupakan Restoran 'Fast Food' yang pertama dibuka di Malaysia.

Ianya dibuka pada 31 Oktober 1963 telah menjadi tempat kenangan pastinya orang ramai yang pernah makan di A&W Batu Road ini. Kini A&W terus mengekalkan identitinya dengan produk signature mereka yang terkenal sehingga kini seperti RB Float yang dahulunya dikenali sebagai Root Beer Float, Beef Coney dan Golden Aroma Chicken yang tidak pernah berubah rasa sejak ia diperkenalkan. 

Chicken Fiestaaa

Tipulah dalam seumur hidup anda tidak pernah ke Restoran A&W hehe. Bila lihat sahaja Restoran A&W ini pasti akan teringat minuman yang cukup terkenal iaitu RB Float yang sangat sedap dan mengancam ini. Memang tidak dapat dilupakan rasanya. Air sarsi lain belum tentu dapat menandingi rasa RB Float ini hehe. 

UOWT4836

Okay baiklah, berita baik kepada semua peminat Ayam Goreng terutamanya Ayam Goreng di A&W. Sekarang A&W Malaysia sedang mengadakan promosi Chicken Fiesta. Almaklumlah A&W selaku restoran perkhidmatan segera atau fast food yang pertama dibuka di Malaysia bagi memperkenalkan semula ayam gorengnya secara besar-besaran. 

Ayam goreng mereka adalah Golden Aroma Chicken untuk ayam goreng yang original tidak rasa pedas tetapi rangup diluar. Bagi Spicy Aroma Chicken pula rasa ayam goreng yang pedas tetapi sedap hehe. Kini anda boleh memilih mengikut citarasa sendiri dengan pilihan ayam goreng Golden Aroma Chicken ataupun Spicy Aroma Chicken. 

IMG_2042 IMG_2043 IMG_2044

Bagiku sendiri suka Spicy Aroma Chicken, pedasnya memang menambahkan lagi nikmat untuk makan ayam goreng A&W ini hehe. Kalau anda nak tahu pedasnya macam mana? kena datang ke Restoran A&W Malaysia dan mencubanya sendiri. Lagi sedap apabila untuk hilangkan pedas sambil minum RB Float yang terkenal itu. 

A&W kali ini menyediakan Set Golden Aroma Chicken dan Spicy Aroma Chicken yang akan dihidangkan bersam RB Float dalam kombo dua (2) ketul ayam, enam (6) ketul ayam dan sembilan (9) ketul ayam goreng bermula pada harga RM15.45 sehingga RM53.99. Pelbagai jenis set yang boleh dipilih mengikut citarasa. Janganlah asyik benda yang sama aje hehe.

Chicken Fiesta Chicken Fiesta Chicken Fiesta Chicken Fiesta

Selain itu, promosi Chicken Fiesta ini juga didatangi dengan beberapa menu 'add on' daripada daging ayam juga iaitu Chicken Poppers. Chicken Poppers ini yang berbentuk seakan-akan seperti popcorn ayam goreng datang dengan sos istimewa mereka. Chicken Poppers dengan hanya RM5.30 sahaja sesuai untuk kanak-kanak.

Menarik bukan? tambahan pula promosi Chicken Fiesta yang telah pun berlangsung dari 7 November yang lalu sehingga hujung Disember itu nanti pasti anda tertarik dengan A&W Limited Edition RB Mug yang hanya boleh didapati di cawangan A&W Malaysia sahaja dengan hanya RM49.90 sahaja !

IMG_2041

Sedikit tips jika anda membeli A&W Limited Edition RB Mug dan mahukan rasa seperti minum di Restoran A&W adalah meletakan RB Mug tersebut didalam peti sejuk beku seharian. Kemudian baru anda keluarkan dan tuangkan air RB bersama Float Vanilla. Serius akan rasa sama minum di Restoran A&W. 

Tunggu apa lagi sementara promosi ini sedang berlangsung dan pergi ke mana-mana cawangan A&W Malaysia yang berdekatan dengan anda sebelum ianya berakhir hujung tahun ini. Selamat Mencuba. 

IMG_2046 Chicken Fiesta

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari :-

Web : www.anwmalaysia.com.my
Instagram : https://www.instagram.com/anwmalaysia
Facebook : https://www.facebook.com/AnWMalaysiaOfficial
Twitter : https://twitter.com/anwmalaysia


2 comments:

Migha said...

terliurnyaa tengok makanan..paling best RB Float tue...

Jueliza Jamani said...

sedap kan yg spicy tu.. hehhehe