Majlis Pelancaran Produk Terbaru WidWid Skincare Serum !

WidWid Skincare Serum  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Baru-baru ini ku berpeluang ke Malam Gala Majlis Pelancaran Produk Terbaru dari WidWid Skin yang berlangsung di Kelab Royal Shah Alam. Sedikit pengenalan mengenai WidWid Skincare ini sebenarnya telah berada dipasaran semenjak dari Januari 2016 lagi yang diasaskan oleh Puan Widyatulila Basuni. 

Produk WidWid Skincare ini mendapat sambutan yang hangat semenjak pengeluaran dan pelancaran Skincare dari awal Tahun 2016 lagi. Serum yang mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna menambah lagi keyakinan buat Pengasas Puan Widyatulila Basuni bahawa walaupun produk ini baru sahaja di pasaran tetapi mampu untuk mencapai sasaran penjualan. 

WidWid Skincare Serum WidWid Skincare Serum

WidWid Skincare telah melancarkan dua produk serum terbaru mereka iaitu Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum khas untuk para wanita diluar sana dalam untuk penjagaan kulit muka dan juga bahagian yang paling penting di bawah mata yang pasti menjadi kerisauan utama dihadapi oleh para wanita masa kini.

Tapi pada masa sekarang bukan sahaja wanita menitik beratkan dalam penjagaan kulit muka bahkan kaum lelaki juga amat mengambil berat untuk menjaga kulit muka mereka. Untuk produk serum ini tiada masalah untuk kaum lelaki pakai bagi memastikan kulit sentiasa kekal segar, cantik dan sihat.

WidWid Skincare Serum

Okay baiklah, mari kita lihat apa kebaikkan dan keistimewaan produk terbaru keluaran WidWid Skincare ini :-

Dazzle Face Serum (30ml)

Dazzle Face Serum ini mempunyai Infra-guard yang merupakan produk pertama mempunyai teknologi ini yang mampu melindungi penuaan kulit akibat pancaran dari sinar infra merah dan ultra ungu. Ianya juga dapat melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran alam sekitar serta meningkatkan densiti epidermis kulit.

Face serum ini juga mengandungi Witch Hazel yang dapat membantuk mengurangkan jerawat, melembapkan kulit dan melindungi kulit dari pancaran sinar matahari. Terdapat Revinage dalam serum ini yang melambatkan proses penuaan kulit, fungsi anti oksida, memutihkan kulit dan menghaluskan tekstur kulit.

Dan yang paling penting mengandungi ET-VC Vitamin C yang bertindak sebagai ejen pemutih kulit dan dapat menggalakan kolagen serta berfungsi untuk memudarkan parut.

Nourish Eye Serum (10ml)

Nourish Eye Serum ini mengandungi Cucumis Sativus Extract mentimun yang dapat membantu mencegah sembab di bahagian mata. Juga mempunyai Revinage yang melambatkan proses penuaan kulit, fungsi anti oksida, memutihkan kulit dan menghaluskan tekstur kulit.

Infra-guard yang mampu melindungi penuaan kulit akibat pancaran dari sinar infra merah dan ultra ungu. Ianya juga dapat melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran alam sekitar serta meningkatkan densiti epidermis kulit. Dan Genowhite ejen pemutihan dan untuk pembaikkan kulit.


WidWid Skincare Serum

Ku sendiri baca keistimewaan produk WidWid Serum ini pun teruja apa yang boleh diperbaikkan. Ini kerana ku sendiri mempunyai masalah kulit dan sedang mencari penyelesaian yang terbaik untuk merawat kulit wajah ini.

Okay baiklah, Produk terbaru WidWid serum Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum ini didatangi dengan Pek Edisi Istimewa dua dalam satu pek. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan kedua-dua produk ini hanya dengan satu pek pembelian sahaja dengan harga RM150 sahaja.

WidWid Skincare Serum WidWid Skincare Serum

Menarik bukan? Diakhir majlis Pelancaran Produk Dazzle Face Serum dan Nourish Eye Serum ini dikejutkan dengan persembahan istimewa daripada artis terkenal tanah air dengan lagu Jampi beliau tak lain tak bukan Hael Husaini. Terima kasih atas jemputan ke Majlis Pelancaran Produk terbaru WidWid Serum ini.