Fiesta NBOS #SayangMalaysia Mendapat Sambutan Ramai !

Fiesta NBOS Sayang Malaysia  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 19 November 2017 yang lalu ku berkesempatan ke Fiesta NBOS (National Blue Ocean Strategy) Sayang Malaysia yang diadakan di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak Darul Ridzuan. Program yang memasuki fasa kedua itu dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 

Program Fiesta NBOS Sayang Malaysia ini yang dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi ini yang berlangsung selama satu hari ini berkata program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) adalah yang terbaik seumpamanya di dunia. Menerusi NBOS ini, pelbagai program dan inisiatif boleh diadakan dengan menekankan kepada tiga elemen iaitu impak yang tinggi, kos penganjuran rendah serta pelaksanaan segera.

Bagi mereka yang kurang mengetahui apa itu NBOS (National Blue Ocean Strategy)  Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Ianya visi Sebuah negara berpendapatan tinggi dan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Malaysia kian menghampiri matlamat menjadi negara maju seiring dengan wawasan 2020.

Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia

Untuk mencapai aspirasi ini, kerajaan menggunakan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy) atau NBOS menekankan kepada prinsip inpak yang tinggi, kos rendah, pelaksanaan pantas dan mampan dalam program-program pembangunan negara.

NBOS merupakan platform strategi yang unik dan dinamik yang melibatkan semua peringkat kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, serta sektor swasta secara sukarela untuk membangunkan dan memantau inisiatif yang berimpak tinggi. Okay sekarang anda faham ? hehe .

Okay baiklah, semasa program Fiesta NBOS Sayang Malaysia dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri berkata "Tidak ada satu program sebaik NBOS di mana-mana di dunia ini. Kita sangat berterima kasih dan teruja dengan pelbagai inisiatif baharu yang dilaksanakan menerusi NBOS," katanya.

YAB Dato' Sri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi yang juga anggota Parlimen Bagan Datuk memainkan peranan untuk membangunkan kawasan atau daerah baharu seperti Bagan Datuk yang diisytihar sebagai daerah ke-12 di Perak.

Fiesta NBOS Sayang Malaysia

Apa aktiviti yang terdapat di Fiesta NBOS Sayang Malaysia?

  • Terdapat pelbagai jenis gerai jualan yang dijual pada harga yang berpatutan.
  • Street Soccer
  • Sukaneka Rakyat
  • Pertandingan Karoke
  • Pertandingan memasak
  • Diskaun saman JPJ & Polis
  • Lelongan ikan pada harga yang terbaik
  • Persembahan Artis tempatan
  • Memenangi hadiah cabutan utama sebuah motosikal
  • Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia

Dan macam-macam lagi aktiviti yang diadakan untuk rakyat. Memang ku sendiri melihat begitu meriahnya ramai yang datang ke Fiesta NBOS Sayang Malaysia ini. Anda boleh lihat sendiri dengan gambar-gambar yang sempat ku muat naik ini hehe. 


PAVILION SAYANG MALAYSIA

Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia

Setelah kita melihat majlis perasmian Fiesta NBOS Sayang Malaysia ini dikhemah utama yang sangat meriah dengan kunjungi ramai dari penduduk setempat mahupun di luar kawasan. Kita ke Khemah Pavilion Sayang Malaysia yang bersebelahan sahaja di khemah utama.

Di pentas Pavilion Sayang Malaysia bakal berlangsung perasmian oleh YAB Dato' Sri Diraja Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi dan terdapat juga persembahan daripada artis Jay jay dan Dafi AF. Di Pavilion Sayang Malaysia ini bertujuan untuk ramai-ramai Sayang Malaysia dengan menggunakan Hashtag #SayangMalaysia.

Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia

Yang paling menarik ialah di Pavilion Sayang Malaysia mereka membawakan masakan-masakan terkenal, persembahan-persembahan tradisional Negeri Perak, VESPA Auto show yang terkenal, permainan tradisional  dan lain-lain lagi. Ini menunjukkan kita memang Sayang Malaysia kerana sememangnya ada di Malaysia tau. hehe.

Bukan itu sahaja, di khemah Pavilion Sayang Malaysia pelbagai booth disediakan seperti Citarasa Sayang Malaysia, Jabatan Muzium Negara, Kraftangan, Urutan Malaysia, ASWARA, MATIC.fm dan booth NBOS itu sendiri.

Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia

Dapat juga jumpa artis seperti Adeline Tsen dan Arja Lee yang memeriahkan lagi pengunjung ke Pavilion Sayang Malaysia ini. Lagi untuk dapat selfie bersama mereka ini dan upload di Social Media masing-masing hehe. Tapi paling penting jangan dilupakan hashtag utama #SayangMalaysia.

Tapi acara paling penting dan yang dinantikan ialah acara cabutan bertuah. Ini kerana pelbagai hadiah menarik seperti barangan elektrik untuk dimenangi. Ku pun sendiri turut serta mendaftarkan diri untuk mendapat tempat cabutan bertuah ini. Mana tahu rezeki masing-masing apabila menang cabutan itu nanti hehe.

Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia

Pada keseluruhan untuk Fiesta NBOS Sayang Malaysia ini adalah sangat berjaya. Tak sangka begitu ramai yang datang ke Fiesta NBOS Sayang Malaysia ini. Harap program-program seperti ini dapat lagi diadakan untuk rakyat. Terutamanya dikawasan yang terpencil. Yang jauh kita dekatkan hehe.

Fiesta NBOS Sayang Malaysia Fiesta NBOS Sayang Malaysia

No comments: