Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Perkenal JJCM Makan Awards !

IMG_1677  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 23 Oktober 2017 yang lalu, ku berpeluang makan tengah hari bersama dengan pengacara Jalan-Jalan Cari Makan Nazrudin Habibur Rahman atau lebih mesra dikenali dengan Abang Naz serta dengan rakan-rakan media lain di sebuah Restoran Thai Baan Kanom Jeen yang terletak di Empire Damansara. 

Dalam sesi lepak makan tengah hari bersama dengan hos Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Abang Naz adalah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jalan-Jalan Cari Makan Awards 2017. Ini merupakan berita sanga baik kepada komuniti yang sangat cintakan dan minat terhadap makanan ! 

Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kini memperkenalkan 'JJCM Makan Awards' buat julung-julung kalinya. Penganjuran JJCM Makan Awards sebegini dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia khususnya komuniti peminat makanan alam maya mengiktirafkan tempat makan kegemaran kalian masing-masing di sekitar Lembah Klang. 

IMG_1709

Ini merupakan berita baik untuk komuniti 'Foodie' alam maya. Kita selalu menonton JJCM di televisyen yang menentukan di mana terdapatnya makanan yang sedap dan berbaloi untuk dikunjungi. Kini kalian sendiri boleh mengundi tempat makanan mana yang menjadi kegemaran kalian untuk lepak makan dan minum.

7 Kategori telah diadakan merangkumi 8 menu kegemaran rakyat Malaysia sepanjang zaman. Hasil pemenang untuk setiap kategori di adili dari segi elemen popular dan terbaik. JJCM Awards menggunakan format permarkahan 50 % undian rakyat Malaysia dan 50 % lagi dari juri profesional yang terdiri daripada figura tersohor dunia kulinari tempatan yang akan diumumkan kelak.

Setiap kategori pencalonan telah pun disenaraikan pendek hasil daripada cadangan kalian yang menggunakan aplikasi Jalan Jalan Cari Makan. Antara 7 kategori makanan kegemaran yang telah disenarai pendekkan ialah :-

Undian

  • Nasi Lemak Popular

    -Nasi Lemak Bumbung - Village Park - Nasi Lemak Tanglin - Nasi Lemak Antarabangsa - Nasi Lemak Famous

  • Nasi Kandar Popular
    - Zainul Nasi Kandar - Mohd Yaseem Nasi Kandar - Restoran Kudu bin Abdul - Suberi Nasi Kandar - Restoran Ibramsha Nasi Kandar

  •  Kuey Teow Basah Popular
    - Mali's Corner - Mamu Penang Char Kuey Teow - Mie Cord Char Kuey Teow - Sany Char Kuey Teow

  • Sate Popular
    - Sate Kajang hj Samuri - Willy Satay - Satay Zainah Ismail - Hj Senen Satay - Zaini Satay

  • Cendol & Rojak Popular
    - Cendol SS15 Subang - Rojak & Cendol Din - Rojak Bellamy - Rojak & Cendol Shah Alam - Sulaiman's Famous Cendol & Rojak

  • Ikan Bakar Popular
    - Sambal Hijau - Kak Jat Ikan Bakar @ Medan Ikan Bakar Jalan Bellamy - Ikan Bakar Pak Din @ Medan Selera Tanglin - Restoran Ikan Bakar FEND - Restoran Arang Ikan Bakar

  • Burger Kaki Lima Popular
    - Brader John Burger - OM Burger - Yazid Burger - Tajima Burger Bangi - The Burger Shop

Pengundian telah pun bermula mulai HARINI 1 November 2017 sehingga 24 November 2017. Undian boleh di buat menerusi laman sesawang http://www.jalanjalancarimakan.com.my . Disitu kalian akan dapati setiap kategori seperti di atas ada pencalonan awal yang telah disenarai pendek. Ku sendiri tengok pun memang setiap kategori lokasi makanan memang sedap-sedap belaka hehe.

Syarat dan Peraturan Undian
  •  Anda hanya boleh memilih SATU (1) calon tempat makan BAGI SETIAP KATEGORI MAKANAN dengan menekan butang berbentuk hati. 
  • Anda dibenarkan mengundi SATU undian bagi setiap kategori makanan setiap hari 
  • Undian anda menyumbang kepada 50% jumlah pemarkahan sementara 50% lagi adalah berdasarkan penjurian profesional. 
  • Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau/dan rayuan tidak akan dilayan. 
  • Undian dibuat menerusi laman sesawang, www.jalanjalancarimakan.com.my. 
  • Tarikh tutup undian pada 24 November 2017, jam 11.59 malam.

Kalau kalian ingin tahu, bagi mereka yang masih belum lagi memuat turun Aplikasi JJCM ini bolehlah membuat sedemikian. Ini kerana Aplikasi JJCM ini telah pun menemui pengguna pada akhir 2015 dan sehingga kini. Telah mencatat lebih dari 250 ribu muat turun. 

Kelebihan Aplikasi JJCM ini setelah pengguna mendaftar akaun mereka ini boleh memuat naik komen dan cadangan mengenai tempat makan yang mereka kunjungi dan ini sekaligus membolehkan pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makanan tersebut melalui Aplikasi JJCM ini. 

IMG_E1856
Jika penggemar makanan ini sesat untuk mencari lokasi tempat makan yang ingin dituju ? Fungsi carian membolehkan melihat senarai restoran yang berhampiran dengan GPS mereka. Sekira pengguna berada di Kuala Lumpur, fungsi ini akan memaparkan senarai tempat pilihan JJCM yang berada di radius Kuala Lumpur. Menarik bukan hehe. 

Untuk pengetahuan semua, Aplikasi JJCM juga bukan sahaja memaparkan tempat makanan yang dikunjungi produksi rancangan JJCM sahaja, malah pasukan editorial aplikasi JJCM juga ke tempat-tempat makan lain yang menarik yang dicadangkan oleh orang ramai. Ini bagi memudahkan lagi kalian untuk mendapat informasi mengenai restoran-restoran lain yang berdekatan dengan anda. 

Okay baiklah, jangan lupa sekali lagi untuk undi kategori pilihan kegemaran anda  menerusi laman sesawang http://www.jalanjalancarimakan.com.my. Pemenang bagi setiap kategori bakal membawa pulang trofi eksklusif JJCM Makan Awards dan hadiah wang tunai. Pemenang akan diumumkan dalam satu majlis kemuncak pada bulan Disember 2017 nanti. 


IMG_1707

No comments: