Zarina Zainuddin Sebagai Ikon Variation Zone Festival

Variation Zone Festival  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 20 September 2017 lalu berlangsungnya Majlis Sidang Media Variation Zone Festival. Untuk makluman kalian sendiri, Variation Zone Festival ini yang akan berlangsung selama lima (5) hari bermula dari 13 Disember hingga 17 Disember 2017 ini. 

Variation Zone Festival menggabungkan pelbagai aktiviti yang sangat menarik berada di satu lokasi strategik, The Strand, Kota Damansara bermula dari 10 pagi hingga 10 malam. Variation Zone Festival ini mampu menjadi satu acara komuniti dan menjadi acara tradisi untuk masyarkaat temptatan.

Variation Zone Festival Variation Zone Festival


Kenapa Variation Zon Festival ? Ini kerana ia akan memberi peluang kepada pengunjung yang hadir dapat melihat dan membeli pelbagai produk daripada 150 booth . Antaranya makanan, pakaian, barangan keperluan harian, hartanah dan banyak lagi.

Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung  di Variation Zon Festival ini adalah :-

  • Promosi Jualan Penghujung Tahun
  • Gunting Rambut Perdana
  • The Longest Slime Created
  • Pameran Kereta & Auto
  • Persembahan Kebudayaan & Persembahan Pentas
  • Pertandingan Fotografi Variation
  • Pertandingan Memasak
  • Pertandingan Spelling Bee
  • Battle of Buskers
  • Gerai Vapers  

Ku sendiri melihat pelbagai aktiviti yang bakal diadakan di Variation Zon Festival ini amat menarik. Dan yang paling menarik ialah melibatkan pelbagai golongan masyarakat yang akan sertai dari muda hingga tua. Seperti pertandingan spelling bee, bercerita, mewarna dan pelbagai lagi sesuai untuk membawa seisi keluarga ke sini memandangkan ia berlangsung pada musim cuti sekolah.

Selain aktiviti yang diadakan seperti diatas, banyak artis yang berniaga juga akan terlibat dalam Variation Zon Festival ini. Bukan hanya takat datang untuk tunjuk muka, malah akan sertai dari permulaan hingga habis aktiviti sepanjang aktiviti yang berlangsung. Boleh la kalian berjumpa dengan artis kegemaran untuk bergambar dan membeli produk keluaran mereka.

Variation Zone Festival


ZARINA ZAINUDDIN SEBAGAI IKON VARIATION FESTIVAL

Selebriti yang dipilih untuk menjadi Ikon Variation Zone Festival ini agak terkenal di Malaysia dan merupakan seorang pelakon terkenal. Pelakon yang dimaksudkan menjadi Ikon ini ialah Zarina Zainuddin.

Ini kerana Zarina dipilih sebagai Ikon Variation Zone Festival yang akan berlangsung pada 13 Disember hingga 17 Disember 2017 kerana beliau dilihat sebagai wanita yang sangat bersemangat dan berjuang menjalani kerjaya seni sebagai pelakon, dan pada masa yang sama membesarkan dua anak istimewa di samping berjaya dalam perniagaan.

Variation Zone Festival

Semangat Zarina mampu menjadi pendorong kepada usahawan, terutamanya usahawan wanita untuk berjaya dalam bidang perniagaan, sekaligus tidak mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga. Bagi beliau sendiri ingin membuktikan bahawa setiap wanita punya peluang untuk berjaya walaupun sekadar menjalankan perniagaan online.

Jangan lupa temu janji kita untuk Variation Zone Festival

THE STRAND KOTA DAMANSARA
13 - 17 DISEMBER 2017
10 pagi - 10 malam

No comments: