Pengalaman Sertai Fun Drive To Ipoh 2017

Fun Drive To Ipoh  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 30 September 2017 ku dengan beberapa rakan yang lain menyertai Program Treasure Hunt Fun Drive To Ipoh 2017. Program yang dianjurkan oleh Selangor Tourism Association dan Perak Tourism Association ini. Tujuan utama Fun Drive To Ipoh 2017 ini adalah untuk peserta lebih mengenali tempat-tempat menarik sepanjang perjalan dari Kuala Selangor hingga ke Ipoh. 


Fun Drive To Ipoh

Program yang mengambil masa tidak sampai satu hari ini dimulakan permulaan Treasure Hun di Hotel Goldcoast Klang, Selangor bermula pada 9:00 pagi. Sebelum Treasure Hunt dimulakan, kami diberi penerangan oleh Chief Marshall untuk mengetahui sedikit sebanyak bagaimanan untuk mengharungi dan menyelesaikan teka teki itu nanti. 

Kami diberikan Sticker kereta mengikut kedudukan kereta supaya pihak penganjur dapat mengenali para peserta sepanjang program Fun Drive To Ipoh dijalankan. Permulaan Pit Stop pertama kami wajib mencari pejabat Urusan C.A.M yang merupakan penaja bagi Fun Drive To Ipoh ini. 

Fun Drive To Ipoh Fun Drive To Ipoh

C.A.M dibawah pejabat urusan Sendok Group yang merupakan syarikat pengeluar Van atau Caravan yang terbesar di Malaysia yang boleh memuatkan penumpang sehingga 18 orang pada satu-satu masa. Okay tugasan pertama telah selesai, hanya perlu Selfie bersama dengan Van atau Caravan keluaran C.A.M ini dan muat naik di social media hehe. 

Soalan-soalan Tresure Hunt kali ini sedikit sukar dan kadang kala kami keliru mahu berhenti di mana dan untuk mengetahui jawapan itu tepat atau tidak. Tapi tidak perlu risau kerana setiap program Treasure Hunt akan disediakan marshall untuk membantu jika kita sesat. 

Fun Drive To Ipoh

Bagi ku sendiri mengikut kepada soalan yang diberikan serta Kilometer yang ada disetiap laluan adalah wajib dipatuhi supaya kita tersasar dan sesat dari landasan. Klu-klu yang ada pada soalan semuanya ada di atas jalan raya. Sama ada kita perasan atau tidak menumpu sepenuhnya kepada keadaan sekeliling. 

Nasib ada Co-Pilot di sebelah untuk membantu menjawab soalan setiap Kilometer berdasarkan Klu yang telah diberikan hehe. Memang tidak dinafikan sepanjang menyertai Fun Drive To Ipoh ini agak mencabar dan penat, tapi apabila kita melihat keindahan kawasan sekeliling terus hilang penat dan lelah hehe. 

Almaklumlah sepanjang perjalanan melalui Jalan Persekutuan (Jalan Dalam) tanpa melalui lebuhraya. Semestinya pemandangan kampung yang indah dan cantik membuatkan kami tidak berputus asa meneruskan treasure hunt ini sehingga ke garisan penamat hehe. 

Fun Drive To Ipoh

Alhamdulillah kami telah sampai akhirnya ke perhentian terakhir di Tanjung Tualang Tin Dredge No.5 Perak Darul Ridzuan. Ini kali pertama ku sampai ke Tanjung Tualang Tin Dredge No.5. Disini terdapat sebuah kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar dibuka untuk dilawati oleh sesiapa sahaja yang berminat mengenainya.

Tanjung Tualang amat dikenali pada satu masa dahulu kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar. Pada masa sekarang ini anda masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek ini yang masih terdapat di Batu 5, Jalan Tanjung Tualang, 31000 Batu Gajah dan bakal dijadikan kawasan perlancongan.

Fun Drive To Ipoh Fun Drive To Ipoh Fun Drive To Ipoh Fun Drive To Ipoh

Tinggalan ini adalah dibawah kawal selia Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan. Walaupun anda tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, namun anda boleh mengambil gambar foto untuk kenang-kenangan anda tanpa sekatan. Sempatlah juga bergambar kenang-kenangan bergambar dengan kapal korek ini.

Alhamdulillah setelah semua peserta berkumpul di Tanjung Tualang ini, kami berkumpul dan berkonvoi bersama terus ke Kellie's Castle dengan diiringi pasukan polis. Ku amat mengagumi dengan hasil seni bina Kellie's Castle ini dibina demi cinta terhadap isteri beliau. Banyak juga sejarah dan rahsia Kellie's Castle ini dan memang berhantu hehe. Jika bangunan ini tidak terbiar mesti sekarang masih dijadikan sebuah rumah yang sempurna.

Fun Drive To Ipoh

Berakhirnya pengembaraan Treasure Hunt Fun Drive To Ipoh 2017 ini. Dengan penat dan lelah kami ke tempat penginapan kami yang telah ditaja oleh M Motel Ipoh. Hotel berwarna pink putih yang sangat menarik perhatian kerana ianya simple dan selesa untuk didiami.

Setiap bilik yang ada menyediakan fasiliti yang basic untuk kegunaan sementara kita tinggal di M Motel ini seperti penyaman udara, televisyen, peti ais, meja, pemanas air, cawan, iron, dan pemanas air di dalam bilik air, serta katil mengikut pilihan kalian sama ada single, berkembar mahupun Queen.

m_motel_meru (1)
gambar kredit kepada http://www.byrawlins.com/

Sekiranya kalian ke Ipoh dan mahu berehat sebentar boleh ke M Motel Meru Ipoh sebagai tempat penginapan anda. M Motel ini yang baru sahaja di buka pada Hari Raya yang lalu dan promosi bilik hotel serendah RM35 masih lagi berlangsung. Murah bukan? hehe.

Fun Drive To Ipoh

Okay baiklah, tiba sudah malam penutup Fun Drive To Ipoh ini yang berlangsung di Lost World of Tambun. Walaupun tiada rezeki kami untuk menang hadiah, tapi kami hargai pengalaman menarik yang berlaku sepanjang perjalanan Fun Drive To Ipoh ini. Best ! boleh mengeratkan silaturahim bersama keluarga dan rakan.

Dikesempatan  itu, sempat ku ke Kolam Air Panas yang amat terkenal di Lost World of Tambun untuk berendam dan amat menyegarkan setelah seharian berada di jalanan menyertai Program Treasure Hunt.

Fun Drive To Ipoh

Terima kasih kepada Selangor Tourism Association bersama - sama dengan Perak Tourism Association atas penganjuran acara Treasure Hunt Fun Drive To Ipoh 2017 ini.

1 comment:

Anisa Anuar said...

seronoknyaaa... muka tu ada nampak letih..