M Motel @ Meru : Penginapan Strategik di Ipoh

2084590_17031009070051464951  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Berbalik kepada entry yang lalu mengenai Fun Drive To Ipoh 2017. Semasa program tersebut berakhir. Penginapan kami ditaja oleh Selangor Tourism Association iaitu menginap di salah satu Motel yang sangat strategik di Ipoh ini iaitu M Motel yang terletak di Meru, Ipoh. Untuk ke sini tidaklah sukar mana kerana ianya terletak betul-betul di tepi Lebuhraya Ipoh. 

Okay baiklah, M Motel yang bewarna merah jambu ini sangat menarik perhatian kami kerana walaupun ianya digelar sebagai Motel, tetapi fasiliti yang di sediakan seperti berada di Hotel.

m_motel_meru (1)

Setiap bilik yang ada menyediakan fasiliti yang basic untuk kegunaan sementara kita tinggal di M Motel ini seperti penyaman udara, televisyen, peti ais, meja, pemanas air, cawan, iron, dan pemanas air di dalam bilik air, serta katil mengikut pilihan kalian sama ada single, berkembar mahupun Queen.

M Motel juga terletak di kawasan yang sangat strategik kerana berdekatan dengan lebuhraya untuk ke Utara dan Selatan Tanah Air. Kawasan sekitarnya juga amat memudahkan untuk ke Mydin Mall, Lost World of Tambun, MAPS, serta untuk ke Pusat Bandaraya Ipoh.

Kami dapat bilik single bed twin, dan terdapat juga bilik yang boleh berhubung dengan bilik sebelah. Ia amat sesuai bagi mereka yang datang dalam keluarga yang besar dan mahukan dua bilik yang bersambung supaya tidak terasa terasing dengan ahli keluarga yang lain. Tapi harus membuat tempahan yang lebih awal dan paling penting biliknya sangat selesa bersih pada harga yang amat berpatutan.

Fun Drive To Ipoh Fun Drive To Ipoh

Sekiranya kalian ke Ipoh dan mahu berehat sebentar boleh ke M Motel Meru Ipoh sebagai tempat penginapan anda. M Motel ini yang baru sahaja di buka pada Hari Raya yang lalu dan promosi bilik hotel serendah RM35 masih lagi berlangsung. Murah bukan? hehe.

m_motel_meru_7 M Motel Meru

Alamat: Jalan Meru Utama A2, No. 18 & 20, Ipoh Perak
Google Map: M Motel at Meru
Telefon: 013-4143 488

p/s: gambar kredit kepada http://www.byrawlins.com/

No comments: