Ketakutan Melanda Sunway Lagoon | Nights of Fright 5

eazyizzuddin.com/NightsOfFright5  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 7 Oktober 2017 ku berkesempatan ke Sunway Lagoon Nights of Fright 5 (NOF 5) merupakan tahun ke - lima (5) Sunway Lagoon mengadakan acara sebegini. Kembalinya  NOF 5 akan membawa anda kepada tarikan baru dan pengalaman serta beberapa kegemaran seram klasik untuk keghairahan adrenalin yang lebih berani.

Seperti contoh kembalinya hantu klasik yang sering kita takuti pada zaman kanak-kanak mahupun sekarang seperti Pontianak vs Pocong, The Ghostbusters Adventure LIVE!, Zombie Apocalypse dan Horrorwood Studios. Bagi sesiapa yang penakut itu untuk merasa pengalaman sebegini harus pergi ke NOF 5.

eazyizzuddin.com/NightsOfFright5 eazyizzuddin.com/NightsOfFright5

Tarikan yang terbaru yang dipersembahkan pada kali ini ialah The Island of the Dolls yang merupakan replika tarikan pelancong yang tidak disengajakan di Mexico yang dipenuhi dengan anak patung yang menyeramkan.

Kalian juga boleh cuba tarikan yang menakutkan diilhamkan dari horror movie Ouija yang merupakan rumah pertama ku lalui. Kadang teruja, kadang rasa takut juga kerana semasa memasuki penuh dengan adegan jerit menjerit hehe.

eazyizzuddin.com/NightsOfFright5

Okay baiklah, terdapat juga beberapa attraction terbaru di Night of Fright 5 di Sunway Lagoon yang telah pun berlangsung dari 7 Oktober 2017 sehingga 31 Oktober 2017. Dibuka dari pukul 7:30 petang sehingga 11:30 malam. Jumaat hingga Ahad.

Kalau buka lewat malam pun bagus juga hihi. Tiket berharga RM64 untuk seorang. Untuk maklumat lanjut boleh lawati laman web https://sunwaylagoon.com/ atau https://www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia

eazyizzuddin.com/NightsOfFright5

3 comments:

dayahmy said...

seramnyaa

Nik Khazami Nik aziz said...

nak dekat halloween ni banyak benda mcm ni

J said...

alah tahun ni x sempat nak gi...tahun lepas dah gi.. dengar cite a bit price kan compare tahun lepas...huaaa melepas nak gi :( ke masih berlangsung ke gua yg tak update? hahahahahaha -jojouqez mickovic-