GreenAcres Retirement Village Pertama di Malaysia

GreenAcres GreenAcres  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera. 

Pada 7 Oktober 2017 yang lalu penulis berpeluang ke pembukaan rasmi GreenAcres Malaysia's Premier Retirement Village yang terletak di Meru, Ipoh Perak Darul Ridzuan. Pembukaan Rasmi GreenAcres ini di rasmikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Mah Siew Keong dengan keseluruhan pembangunan bernilai RM100 juta.

GreenAcres GreenAcres

Pembukaan GreenAcres Malaysia's Premier Retirement Village yang diilhamkan oleh Madam Siew Yin Leng dalam pengembaraan beliau ke luar negara dan dapat mengetahui perkampungan pesaraan (retirement village) ini telah lama wujud sebenarnya dan beliau amat mengaguminya kerana ianya menawarkan alternatif gaya hidup berkualiti untuk pesara.

GreenAcres

Beliau menginginkan untuk membawa gaya hidup sedemikian ke Malaysia, dan telah mengambil kesempatan untuk melawat dan bercakap dengan pesara yang tinggal di kampung pesaraan di Australia dan Amerika. Madam Siew Yin Leng juga telah membuat pemerhatian dan beliau sendiri merasakan pesara yang tinggal di perkampungan persaraan ini sangat memuaskan dengan suasana komuniti persahabatan dan penyayang.

Akhirnya impian Madam Siew Yin Leng membawa Perkampungan persaraan ini ke Malaysia telah menjadi kenyataan setelah hampir dua dekad menyimpan hasrat ini. GreenAcres dibawa khas kepada anda oleh Total Investment Sdn Bhd, sebuah pemaju perbandaran terkemuka yang terkenal dengan rumah yang dirancang dengan baik, berkualiti tinggi dan berpatutan di Ipoh.

GreenAcres

Sedikit sebanyak mengenai informasi mengapa GreenAcres diwujudkan adalah tempat untuk pesara menjalani hidup dengan kadar anda sendiri, di mana anda boleh mencari semula diri anda, mewujudkan hubungan sesama rakan dan hubungan yang bermakna, sementara dikelilingi oleh semua perkara yang positif serta memberi anda kehidupan yang sihat dan bahagia.


GreenAcres BUKAN PUSAT PENJAGAAN WARGA TUA

Bagiku sendiri dari konsep positif, bukanlah seperti anak-anak menghantar orang tua mereka ke rumah orang tua-tua kerana kekangan untuk menjaga atau ingin melepaskan tanggungjawab. Seperti contoh apabila anak-anak semua sudah meningkat dewasa dan kadang kala ibu bapa kita sunyi dan kurang pergaulan dengan orang luar.

GreenAcres ini juga jika ada diantara kalian masih kurang memahami, ianya bukan pusat penjagaan orang-orang tua. Tapi lebih kepada taman perumahan yang dibuka kepada pesara yang berumur 55 tahun dan ke atas yang berminat untuk membeli rumah ini. Ala - ala seperti contoh menjual taman-taman perumahan biasa atau kondominium, cuma bezanya di GreenAcres ini dari servis lebih kepada intensif untuk orang tua persara.

GreenAcres

Dengan adanya GreenAcres ini apa lebih banyak aktiviti sosial yang sihat boleh dilakukan untuk menghabiskan masa pesaraan mereka dengan lebih tenang. Orang tua kita yang telah besara kini hidup mereka akan menjadi lebih teratur dan setiap waris atau anak mesti mahukan orang tua mereka menjalani kehidupan terbaik di rumah yang berkualiti untuk memenuhi keperluan serta diperkayakan dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti, dengan budaya penjagaan dalam suasana masyarakat.

Bukan sahaja warga persara akan tinggal di rumah-rumah yang disediakan. Malah terdapat juga Club House yang dibina khas untuk mereka menjalani aktiviti berkeluasan 30,000 kaki persegi bernilai RM10 juta. Rumah kelab ini disediakan untuk kedua-dua penduduk GreenAcres dan komuniti umum, dengan penduduk menikmati keahlian automatik untuk menggunakan Club House ini.

GreenAcres

Terdapat pelbagai aktiviti untuk membantu mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan mereka di Clubhouse. Akan selalu ada aktiviti untuk warga persara ini mengambil bahagian dan menikmati. Semua warga penduduk persara digalakkan untuk memanfaatkan kemudahan yang ditawarkan serta yang disediakan di kampung persaraan ini.

Fasiliti yang disediakan adalah seperti berikut :-
  • Aktiviti kecergasan di gym, tai chi, menari sela atau berjalan kaki pagi. 
  • Aktiviti sosial seperti teh petang, biliard dan malam filem. 
  • Karaoke dan mahjong di bilik rekreasi.
  • Membaca di perpustakaan dengan bilik komputer. 
  • Beramah mesra dengan rakan dan keluarga di ruang makan dan membaca. 
  • Hoskan fungsi keluarga persendirian dan acara khas di dewan serbaguna. 
  • Wi-fi percuma di kawasan lounge.
  • GreenAcres GreenAcres GreenAcres GreenAcres GreenAcres GreenAcres GreenAcres Untitled Untitled
Ku merasakan sangat menarik dengan aktiviti yang disediakan di Club House GreenAcres ini. Jadi tidak lagi berlaku pembaziran masa tanpa membuat apa-apa, malah setiap pengisiannya ada manfaat kepada persara kita yang tinggal di GreenAcres ini. Terdapat juga shuttle bas yang membawa mereka Bandar Ipoh ataupun ke tempat-tempat yang terkenal di kawasan yang berdekatan. Dan juga kawasan Villa GreenAcres ini berpagar dan well guarded.  

Ku sendiri telah membuat lawatan di sekitar Club House serta rumah-rumah di GreenAcres ini. Rumah-rumah di GreenAcres ini adalah sangat selesa dan dilengkapi dengan kelengkapan asas seperti kabinet dapur, tempat memasak, ruang simpanan barang, penyaman udara, dan water heater. Untuk bilik tidur pula didatangan dengan almari, bilik tidur utama pula disertakan dengan bilik air.

Setiap rumah direka bentuk untuk menjadi mesra senior, dengan ciri-ciri seperti pintu yang lebih luas, suis cahaya yang terletak betul-betul untuk dicapai, dan juga sistem panggilan butang kecemasan  jika terdapat sebarang kecemasan berlaku.

Terdapat 6 reka bentuk villa yang berbeza, sama ada dengan 1 bilik tidur (Jenis A) atau 2 bilik tidur (Jenis B).

(Jenis A1A) 1 Bilik tidur/1 Bilik air - 741 Sq Ft
(Jenis A1B) 1 Bilik tidur/1 Bilik air - 734 Sq Ft
(Jenis A2A) 1 Bilik tidur/1 Bilik air/1 Powder room - 795 Sq Ft

(Jenis B1A) 2 Bilik tidur/2 Bilik air - 942 Sq Ft
(Jenis B1B) 2 Bilik tidur/2 Bilik air/1 Powder room - 942 Sq Ft
(Jenis B2) 2 Bilik tidur/2 Bilik air - 1105 Sq Ft


GreenAcres GreenAcres GreenAcres GreenAcres GreenAcres GreenAcres


PELABURAN BIJAK DI GreenAcres

Untuk pemilikkan Villa di GreenAcres ini yang ditawarkan kepada golongan pesara berdasarkan kaedah 'novel lease deposit structure' bermula pada harga RM300,000 yang bermaksud 'lease deposit' ini akan dipulangkan semula kepada keluarga atau waris sekiranya pesara meninggal dunia. Dari segi pembayaran kita hanya membayar yuran bulanan (penyelenggaraan) dan juga bayaran perkhidmatan housekeeping sebagai salah satu pilihan.

Kesimpulannya disini GreenAcres Malaysia's Premier Retirement Village berkonsepkan dengan rela hati untuk menetap disini dan tiada paksaan. Dan ini mungkin sebagai ganjaran bagi kepada pesara untuk menikmati zaman fasa kehidupan baru setelah besara.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman sesawang GreenAcres di http://greenacres.com.my atau boleh hubungi di talian +6012-5218330 / +605-2536555 untuk temujanji melihat showroom unit.

p/s: Life Begin at 60 ! 

4 comments:

Adzril Maizan said...

Awesome! Life begin at 60.

Khir Khalid said...

Nampak keseluruhan kawasan GreenAcres ni serba lengkap dan cantik. Memang pilihan terbaik utk warga pesara yang mahukan ketenangan dalam komuniti seusia yang memahami dan prihatin. Thanks sharing info :)

Jelita dan Awet Muda said...

Memang bagus ada perancangan awal macam ni sebelum pencen.

Jelita dan Awet Muda said...

Memang nampak tersusun dan kemas. Bagus juga jika pesara ada tempat macam ni bila dah pencen nanti