Lulu Hypermarket Cipta Sejarah Kek Buah Paling Terpanjang Di Malaysia

Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada Hari Malaysia 16 September 2017 yang lalu ku berkesempatan ke Lulu Hypermarket & Departmenrt Store yang terletak di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Lulu Hypermarket & Department Store yang baru sahaja di buka pada tahun 2016 amat terkenal dengan harga barangan berpatutan.

Ku berpeluangan merasa keseronokan dan kehangatan apabila Rekod Ke Buah paling terpanjang di Malaysia ialah dipecahkan  oleh Lulu Hypermarket & Department Store. Memang kena pada hari yang berlangsung iaitu Hari Malaysia 16 September Lulu Hypermarket berjaya menghasilkan Kek Buah Terpanjang di Malaysia pada kepanjangan 123.3 meter dan telah diiktiraf sendiri oleh Malaysia Book Of Records sebagai kek buah terpanjang.


Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia

Acara sebenar bermula pada pukul 4:00 petang tapi ku sendiri mahu melihat bagaimana terhasilnya Kek Buah yang terpanjang ini tiba lebih awal dari waktu event berlangsung. Seramai 8 orang Chef bersama kakitangan pasaraya telah terlibat dan  bertungkus lumus dalam menyiapkan kek buah terpanjang itu.

Kita sedia tahu Kek Buah menjadi kegemaran Rakyat Malaysia dan kek buah ini dihasilkan daripada kek span mixed vanilla dengan diselaputi icing diatasnya serta dihiasi dengan buah-buahan segar seperti Strawberry, Nenas, Buah Cerry, Kiwi, Anggur dan banyak lagi. Sungguh mnyelerakan bagi siapa yang ke event ini. Tak sabar untuk menunggu waktu perasmian merasa sendiri Kek Buah terpanjang yang sangat isitimewa ini hehe.

Bukan kami sahaja yang teruja untuk menunggu dan merasa, malah bersama-sama rakyat Malaysia amnya serta warga ibukota secara khususnya. Penyediaan Kek Buah Terpanjang Di Malaysia sepanjang 120 meter permulaan anggaran sebelum diukur adalah untuk cuba mencatat rekod baru di dalam "Malaysia Book of Records" bagi kategori ini.

Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia

Tepat pada pukul 4 petang orang ramai telah berkumpul di ruang legar tingkat bawah Lulu Hypermarket untuk menyaksikan event yang bakal mencipta sejarah Kek Buah terpanjang di Malaysia. Kami semua turut merasa debaran apabila Pihak dari Malaysia Book of Record telah pun hadir untuk mengukur serta akan mengesahkan percubaan ini.

Alhamdulillah setelah hampir satu jam menunggu, keputusan pun telah di keluarkan oleh Pihak Malaysia Book of Record mengumumkan secara rasmi kek buah ini diiktiraf terpanjang di Malaysia setelah diukur sepanjang 123.3 Meter dan sekaligus menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Lulu Hypermarket & Department Store Sdn Bhd.

Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia

Tahniah diucapkan kepada Lulu Hypermarket & Department Store atas kejayaan ini mencipta sejarah di Hari Malaysia 2017 ini. Kek buah ini akan diedarkan dan dijual kepada orang ramai yang berkunjung di Lulu Hypermarket pada masa itu dan kesemua hasil jualan akan didermakan ke Rumah Chesire Selangor sebagai sebahagian dari projek CSR Lulu Hypermarket.

Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia

Sementara menunggu Kek Buah tadi itu siap, kami berkesempatan meronda satu Pasar Raya Besar Lulu Hypermarket ini di setiap tingkat. Lulu Hypermarket & Department Store ini yang terletak di Persiaran Capsquare Kuala Lumpur betul bersebelahan di Jakel Mall. Lulu Hypermarket ini tak ramai yang tahu ianya merupakan rangkaian pasaraya besar di Abu Dhabi yang dibuka pada tahun 2016 lalu.

Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia

Kalau dengar pasaraya besar ini dari Abu Dhabi Arab semestinya barangan yang dijual adalah halal dan selamat hehe. Seperti di bahagian pasaraya tingkat bawah terdapat di suatu section Bakery yang menjual pelbagai jenis manisan istimewa daripada  Arab. Hmmm patutlah semasa kami membuat tour di sini ramai pelancong luar suka datang ke Lulu Hypermarket ini.

Bukan itu sahaja, terdapat juga  beberapa jenis kuih yang popular daripada sana seperti Balahasham Konafa, Graiba,  dan banyak lagi. Di pasaraya ini juga ada jual lebih daripada 50 jenis kekacang dan ratusan coklat yang popular dari Arab tu tahu? hehe. Jika kalian pernah menunaikan ibadah haji atau umrah, mesti ada jual manisan dan kacang di sana. Kini terdapat juga di Lulu Hypermarket.

Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia WhatsApp Image 2017-09-22 at 3.28.13 PM

Itu baru ronda-ronda di tingkat bawah sekali, melihat pelbagai barangan yang dijual dan disusun rapi serta kemas membuatkan kalian terasa rambang mata nak shopping lagi hehe. Bukan makanan khas dari Arab sahaja tapi ada juga beberapa section untuk makanan Asia dan salah satunya seperti Sushi yang Halal.

Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia

Lulu Hypermarket & Department Store ini terdiri daripada 5 tingkat dan setiap tingkat mempunyai kelengkapan untuk satu Hypermarket. Tingkat 2 adalah Lulu Fashion Store syurga bagi wanita menjual baju dan barangan bagi wanita. Manakala di Tingkat 3 syurga bagi lelaki menjual baju dan barangan bagi lelaki. Semua pakaian berjenama, mampu dan harga sangat berpatutan.

Ada satu department khas dipanggil Lulu Celebrate iaitu menjual pelbagai pakaian tradisional bagi kaum India seperti Sari, Kurta dan lain-lain lagi untuk musim perayaaan mahupun untuk majlis perkahwinan. Di sini boleh didapati dengan harga yang berpatutan hingga yang paling mahal mengikut jenis kain dan kemampuan pelanggan. Rambang mata bila tengok kain sari ini yang berkilat dan berwarna-warni. Cantik !

Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia

Ku paling suka bila naik tingkat 4. Tingkat 4 ialah bahagian penjualan barangan elektrik dan elektronik. Harga barangan elektrik ini kalian boleh bandingkan kerananya harga kadang suatu benda memang tidak masuk akal. Murah dari yang sebelumnya hehe. Pelbagai aksesori untuk telefon pintar hingga ke pelbagai pilihan laptop dan kamera digital.

Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia Lulu Hypermarket Longest Fruit Cake in Malaysia

Bila penat berjalan sambil window shopping, boleh terus naik ke tingkat 5 ada Food Court yang sangat besar dan menarik jualan makanannya. Terdapat pelbagai jenis gerai mengikut citarasa masing-masing dan paling penting terdapat tandas dan surau yang berdekatan dalam satu bangunan. Tidak perlu ke mana-mana lagi. Kemudahan tempat letak kereta pula sangat banyak dan untuk hari minggu sahaja hanya RM4 untuk sekali masuk.

Terakhir sekali, Lulu Hypermarket mengadakan promosi Flat 30% off untuk barangan-barangan yang terpilih sehingga 30 September 2017 ini. Jadi tunggu apa lagi. Bawa keluarga dan rakan-rakan ke Lulu Hypermarket & Department Store ini sekarang sebelum terlambat. Jarang ada Hypermarket nak bagi offer diskaun sebegini hehe.

My Malaysia 14 - 24 September FA-page-012 My Malaysia 14 - 24 September FA-page-002 My Malaysia 14 - 24 September FA-page-006 My Malaysia 14 - 24 September FA-page-008 My Malaysia 14 - 24 September FA-page-010

Untuk maklumat lebih lanjut boleh terus ke:-


No comments: