Kebolehan Perubatan Pengimejan Bertaraf Dunia - Hospital Pakar DEMC Memperkenalkan MRI Jalur Lebar Digital Pertama

GP Talk  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sabtu, 26 Ogos 2017 yang lalu penulis berpeluang menghadirkan diri ke GP Talk ( General Practitioner ) 'Towards First Time Right Imaging' yang telah diadakan di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie. GP Talk ini dianjurkan oleh DEMC Specialist Hospital Shah Alam dengan kerjasama Philips Healthcare.

Sesi GP Talk yang berlangsung selama 2 jam ini adalah untuk memberi penjelasan mengenai teknologi terbaru MRI (Magnetic Resonance Imaging) kepada yang hadir terutamanya kepada para Doktor dan Radiographer. DEMC Specialist Hospital selaku penganjur utama sesi ini memperkenalkan mesin MRI terbaru yang mengunakan sepenuhnya sistem jalur lebar digital.

Sesi GP Talk ini terdiri daripada dua Speaker berpengalaman dalam bidang ini; Dr Breil Stephane (Ph.D. in NMR Spectroscopy, Paul Sabatier University, Toulouse, France) bekerja bersama Philips Healthcare Asia-Pacific sebagai MRI Advanced MRI Support dan mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas mengenai MRI. Pihak DEMC Specialist Hospital Shah Alam pula diwakili oleh En. Wan Mohd Fuad yang merupakan Senior Manager Cardiac Angiography di DEMC.

GP Talk Dr Breil Stephane
  GP TalkEn. Wan Mohd Fuad

Daripada taklimat yang diberikan, mesin terbaru MRI yang menggunakan sepenuhnya sistem jalur lebar digital ini membuktikan bahawa pihak DEMC Specialist Hospital ini mampu memberikan perubatan pengimejan bertaraf dunia. Ini kerana gambar pengimbasan lebih jelas dan waktu untuk pengimbasan mengambil masa lebih singkat. Pesakit juga dapat merasa pengalaman luar biasa dan yang paling penting ialah keselesaan.

Gp Talk DEMC PHILIPS
MRI jalur lebar digital pertama di Malaysia ada di DEMC Specialist Hospital. 

Penulis sendiri merasa pengalaman menjalankan pengimbasan MRI seluruh badan. Apabila pengimbasan MRI dilakukan, pesakit boleh menonton tayangan filem pilihan bagi mengisi masa sepanjang pengimbasan dilakukan. Ini bagi mengurangkan rasa gelisah atau takut dan untuk keselesaan pesakit itu sendiri. Jururawat dan Radiographer yang sangat peramah membuatkan anda tidak rasa gementar.

Gp Talk DEMC PHILIPS Gp Talk DEMC PHILIPS Gp Talk DEMC PHILIPS Gp Talk DEMC PHILIPS


DEMC SPECIALIST HOSPITAL

Gp Talk DEMC PHILIPS

Hospital Pakar DEMC yang terletak di Shah Alam ini menawarkan spektrum gabungan penjagaan primer, perkhidmatan pakar dan program saringan ini telah berkembang pesat. DEMC juga mempunyai reputasi sebagai salah sebuah pusat perubatan eksklusif untu seisi keluarga menyediakan perkhidmatan yang unik dan berbeza dengan komitmen tanpa kompromi dalam memberikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan atau pesakit.

DEMC menawarkan pelbagai bidang perkhidmatan lain dalam kepakaran perubatan dan pembedahan profesional seperti Aesthetics, Anaesthesiology, Bariatric Surgery, Cardiology, Dietary, Dental, Dermatology, Neurology, Orthopeaedic, Paediatric Surgery, Urology, Radiology, General Surgery dan lain-lain.

Gp Talk DEMC PHILIPSExtraCorporeal Shock Wave Lithotripsy – Untuk membuang batu dekat buah pinggang.
  Gp Talk DEMC PHILIPSUltrasound

Selain kepakaran dalam perubatan dan pembedahan, mereka juga menyediakan sokongan profesional yang akan memberikan maklumat perubatan dan menilai keadaan kesihatan pesakit melalui sesi rawatan dan kaunseling yang terdiri daripada Accident & Emergency, DEW Executive Wellness, Dietry Counselling, Home Care, Medical Lab, Physiotheraphy & Rehabilitation dan Radiology.

Dengan segala kemudahan dan kelengkapan perubatan yang ada di Hospital Pakar DEMC ini tidak mustahil satu hari nanti mungkin penulis akan menjalankan rawatan di sini dan akan mencadangkan kepada rakan-rakan yang lain.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman sesawang Hospital Pakar DEMC di http://www.demc.com.my atau email di careline@demc.com.my serta boleh hubungi di talian (603) 5515 1888. 

No comments: