Gayakan Rambut Anda Dengan ELITE Hair Wax

ELITE Hair Wax  
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bagi lelaki zaman sekarang rambut adalah satu kepentingan untuk kekal yakin menghadapi cabaran setiap hari. Ku sendiri kalau rambut tidak terurus terasa diri ini satu kekurangan dan tidak beberapa yakin. Rambut lelaki boleh digayakan dengan pelbagai fesyen, ada yang pendek, panjang, santai mahupun terpacak. Nak buat gaya rambut pun memerlukan minyak rambut ataupun wax untuk menggayakannya hehe.

Ku sangat berkenan dengan ELITE hair wax salah satu jenama penggayaan rambut lelaki terulung yang sangat memahami keperluan seorang lelaki dan percaya bahawa penggayaan rambut boleh membina imej seseorang. Ku memperkenalkan ELITE On The Go Hair Wax produk hair wax untuk gaya berkekalan !

ELITE Hair Wax

Ku sebenarnya pertama kali mencuba ELITE On The Go Hair Wax ini dan ternyata ia dapat mengubah gaya penampilan anda lebih kemas dan terurus dengan menggayakan fesyen tersendiri agar personaliti dan kenyataan itu lebih menonjol. Paling penting ia mudah di pakai dan memastikan gaya fesyen rambut kekal sepanjang hari. Bukan senang hehe.

Rangkaian produk ELITE Hair Wax dengan formulasi mudah bilas dan mudah digayakan ini hanya memerlukan penggunaan minimum bagi menghasilkan kesan maksimum, semuanya terkandung dalam pembungkusan yang menarik ini. Produk ini membolehkan si jejaka mengubah bentuk gaya tanpa perlu mengaplikasi semula wax bila-bila masa dan di mana sahaja untuk gaya rambut yang baru jika kalian kurang berminat yang sebelumnya.

ELITE Hair Wax ELITE Hair Wax

Macam rambutku sendiri agak kerinting tapi apabila menggunakan ELITE Hair Wax ini keadaan rambut agak terurus dan kelihat 'wet'. Senang digayakan dan juga senang untuk dibasuh apabila seharian memakainya. Agak puas hati juga, ini kerana ku telah mencuba Wax hair yang lain pun tak dapat lentur rambut ku yang agak degil ini.

ELITE memungkinkan lelaki untuk melampaui sempadan dan mendapatkan gaya rambut bergaya yang mereka inginkan. Dengan paket kemudahan ELITE ON GO yang baru ini memudahkan seseorang akan sentiasa bersedia membuat untuk menjalani aktiviti seharian tanpa perlu risau dan ragu lagi.

Terdapat pelbagai jenis variasi Hair Wax ELITE On The Go mengikut kesesuaian kalian untuk memakai atau cara pemakaiannya nanti. Apa mereka kata? Make it loose, make it wild, make it rugged, have it wet, or spike it up. Hehe. Variasi terdiri daripada Spiky Web, Wavy Loose , Airy Wild, Shiny Wet, dan Rugged Matte.

ELITE Hair Wax ELITE Hair Wax

Spiky Web,mencipta gaya lawan graviti yang sentiasa terpacak! Awas: Jejaka yang inginkan sesuatu yang lebih buat dirinya akan menjumpai segalanya dalam bekas merah jambu neon ini.


ELITE Hair Wax

Wavy Loose, menjadikan segalanya santai dan mudah untuk jejaka yang tampil bersahaja. Hanya bekas biru ini yang anda perlukan untuk tampil menawan tanpa tekanan!

 Airy Wild, hadir dalam wana jingga terang memberikan rasa ringan, bebas dengan jumlah yang mencukupi untuk melepaskan sisi liar anda!

ELITE Hair Wax ELITE Hair Wax

Shiny Wet, melangkau lebih berbatu dari yang biasa. Calit pada bekas hijau ini dan gayakan rambut agar kelihatan lebih bersinar, bertekstur dengan hasil yang menakjubkan!


ELITE Hair Wax

Rugged Matte, untuk si jejaka yang berbahaya. Bekas kelabu gelap ini mampu menyembunyikan rahsia anda. Tampil lebih serius dengan kurang kilat membuatkan anda kelihatan benar-benar bahaya.


ELITE Hair Wax kini boleh didapati dalam dua saiz. Pek 68g berharga RM17.10 setiap satu manakala saiz poket On the Go pula berharga RM5.90 setiap satu. Kini kalian boleh cipta apa sahaja gaya rambut yang anda inginkan dengan variasi ELITE yang terdiri daripada fibre, clay ataupun wax. Kini anda tidak akan terhad dengan satu gaya rambut sahaja.

ELITE Hair Wax ini boleh didapati di semua cawangan runcit utama, pasar raya besar dan farmasi terkemuka. Mesti cuba, ku sendiri pun telah mencubanya hehe.

No comments: