Penginapan Bagaikan Putera Raja - The St. Regis Kuala Lumpur

The St Regis Kuala Lumpur 
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Baru-baru ini ku berkesempatan bermalam di sebuah hotel yang terkemuka dan sangat luxurious di Kuala Lumpur. Dibuka pada tahun 2016, The St. Regis Kuala Lumpur yang terletak di kawasan sibuk Kuala Lumpur di KL Sentral. St. Regis mungkin merupakan hotel yang paling berprofil tinggi untuk dibuka di bandar Kuala Lumpur.

Pertama kali sampai di St.Regis ini ku sangat terpegun dengan dekorasi lobby hotel. Itu baru sahaja dekorasi di lobby, belum masuk ke bilik hotelnya lagi. Mesti kalian sangat teruja dan kalau boleh mahu tinggal selamanya di St. Regis Kuala Lumpur ini. The St. Regis adalah suar mewah di antara hotel-hotel di Malaysia. Hotel bertaraf 5-bintang yang berprestij di pusat Sentral Kuala Lumpur ini menawarkan akses mudah ke mana-mana sahaja.

The St Regis Kuala Lumpur The St Regis Kuala Lumpur The St Regis Kuala Lumpur

Dari rumah ku di Setiawangsa ke St. Regis ini tidaklah jauh mana hanya mengambil masa hanya 20 minit. Alternatif lain untuk ini boleh menaiki grab atau uber dari Stesen LRT KL Sentral hanya beberapa minit sahaja. Dengan kawalan agak ketat kereta keluar masuk ke St. Regis ini untuk ke parking membuatkan terasa selamat apabila menginap di sini.

Ku menginap di Bilik Deluxe yang berkeluasan 63 m² dan buat kali pertamanya ku amat terpegun dan terpukau dengan gaya, dekorasi serta warna bilik yang teramat mewah seakan bilik tempat Kerabat Diraja tinggal. Bilik deluxe yang digayakan dengan warna grey dan blue di mana glamor zaman moden memenuhi keanggunan dunia lama.

The St Regis Kuala Lumpur The St Regis Kuala Lumpur The St Regis Kuala Lumpur The St Regis Kuala Lumpur The St Regis Kuala Lumpur

Bilik Dulexe yang sangat luas ini mempunyai ruang tempat duduk yang besar, mempunyai ruangan almari pakaian berjalan kaki yang banyak serta ada ruang bagasi, meja mekap di satu ruangan peribadi. Disertakan juga meja belajar mahupun meja tempat anda boleh buat kerja anda dengan tenang sambil memandang ruangan tingkap yang sangat terbuka dan tenang.

Kalau ku sendiri menginap disini mungkin banyak idea yang boleh menaip di sini sambil menatap dan menikmati kemewahannya. Sangat teruja hehe. Kita ke bilik air untuk deluxe room ini juga mempunyai ruangan peribadi yang sangat luas dan mewah ! pancuran mandian yang berasingan, tab mandi, tandas automatik sepenuhnya, dan kemewahan sinki berganda yang lengkap dengan cermin yang besar. Tab mandi di hadapan anda Tv jika kalian tidak terlepas cerita yang sedang menonton tadi dan boleh menontonnya ketika mandi atau berendam hehe.

The St Regis Kuala Lumpur

Bar mini di St. Regis Kuala Lumpur Bar mini merupakan salah satu yang paling hebat yang pernah ku lihat di mana-mana sahaja. Ia seperti satu peti besar yang boleh anda buka untuk mencari barang seperti mesin kopi, barangan makanan ringan, minuman yang telah diisi dalam peti sejuk termasuk sejumlah minuman keras termasuk botol kecil champagne Veuve Clicquot.

Bilik tidur atau katil adalah satu lagi keperluan di setiap hotel dengan katil St. Regis mewah yang dipenuhi dengan bantal bantal yang berbeza-beza warna dan saiz. Di samping itu, kalian akan mendapati kawalan induk yang boleh kalian gunakan untuk menyesuaikan pencahayaan (terdapat beberapa pilihan mood) serta langsir. Sangat teruja bukan? semuanya dihujung jari aje hehe.

Ibarat kalian hanya datang disini semata-mata berehat dan menenangkan fikiran bersama dengan tersayang sambil menikmati kemewahan dan layanan ibarat ku seperti Putera Raja yang tinggal sebuah singgah sana mewah hehe. Ku sangat mencadangkan kepada mereka yang berkemampuan untuk honeymoon di sini atau menyambut ulang tahun ke kan.

The St Regis Kuala Lumpur The St Regis Kuala Lumpur The St Regis Kuala Lumpur The St Regis Kuala Lumpur

The St. Regis Kuala Lumpur beralamat No 6 Jalan Stesen Sentral 2, Kuala Lumpur Sentral, Kuala Lumpur, 50470, Malaysia. Terdapat 3 jenis bilik seperti Deluxe Room, Grand Deluxe Room & Metropolitan Room. Suite pula terdapat St. Regis Suite, Caroline Astor Suite, John Jacob Astor Suite, Presidential Suite & Royal Suite. Haa anak Raja luar negara pun kalau datang melawat Malaysia akan menginap di St. Regis Kuala Lumpur ini tau hehe.

Fasiliti lain yang ada di St. Regis Kuala Lumpur ini seperti Swimming Pool, Fitness Center, Iridium Spa - treatment room, Jacuzzi, dan yang paling best makanan di The Brasserie. Ku tidak berkesempat untuk merasa kesemua fasiliti karena waktu menginap pun waktu ku berkerja. Pagi sampai petang kerja petang sampai esok baru merasa tidur di St. Regis ini. Tetapi tidur malam amat selesa dan lena tak ingat dunia haha.

Sekian sahaja untuk Hotel review kali ini. Bertemu di Hotel review yang seterusnya. Terima kasih. Maklumat lanjut mengenai Hotel, Booking dan rates boleh ke laman web ini The St. Regis Kuala Lumpur.

4 comments:

Mawardi Yunus said...

bertuahnya badan, hotel mahal ni hehehe

mama tisya said...

Cantik n exclusive.. Untungla dpt menginap bak putera raja kn.. Brp rate nya

Yanty Lee said...

Bestnya Eazy.. relax betul duk gi sini

Adzril Maizan said...

Bapakk ahhhh... smart gile hotel ni..... hahahah! anyway... blog ko kemas.. sedap mata memandang.