Pengalaman Berlayar Dari Penang Ke Phuket Bersama SuperStar Cruises LIBRA

SuperStar Cruise Libra  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setiap kali jalan-jalan ke Pulau Pinang mesti ternampak Kapal Mewah Cruise LIBRA ini dekat Swettenham Pier Cruise Terminal. Dalam hati berkata bilalah berpeluang merasa naik dan berlayar dengan SuperStar LIBRA ini hehe. Alhamdulillah setiap apa yang kita inginkan dan berusaha sungguh, ku berpeluang untuk merasa pelayaran selama 3 hari 2 malam dengan SuperStar LIBRA ini. Gembira tak terucap katanya hehe.


SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Ku bersama dengan beberapa orang blogger lain berkumpul di Times Square Kuala Lumpur untuk menaiki bas terus ke Penang. Bergerak pagi dan tiba di Port Swettenham Pier Penang tepat pada masanya untuk check in ke kapal. Prosedur masuk macam biasa kita menaiki kapal terbang di lapangan terbang. Teruja pertama kali dapat naik Cruise kan terus mempebaharui passport hehe.

Paling penting sebelum anda menaiki Cruise ini mahupun ke luar negara, silalah buat semakan perjalanan anda tiada sekatan atau ada sekatan. Paling penting passport tengok tarikh tamat bila. Selalunya sebelum 6 bulan passport tamat dah kena baharui sebelum ke luar negara. Almaklumlah perjalanan kita ni ke Phuket Thailand, luar negara lah tu hehe.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Sebelum menaiki SuperStar Libra ini kami diberikan satu ID kad semua details kita ada dalam kad itu sebab passport akan diambil sepanjang pelayaran cruise ini nanti. Tips katanya ID kad biru ini kena jaga baik-baik. Tahu sebab apa? segala perbelanjaan makan, minuman, akses restoran atau show yang ada dalam SuperStar Libra ini akan di charge berdasarkan kad ID kita ni hehe. Nak masuk bilik pun kena pakai kad ini tahu.

Ku bersama blogger Amir Nawawi satu bilik di aras 6 Cruise ini. Apa yang ku perasa SuperStar Libra ini ada lebih kurang 10 tingkat tau hehe. Wow amazing ! dah macam apartment dah hehe. Kabin bilik kami kecil yang berkeluasan 128.52 kaki persegi tetapi amat selesa untuk tinggal berdua. Tingkap menghadap laut dan katil single yang comel di susun dalam bentuk L. Bilik air tak perlu cakap, memang muat untuk seorang dan sangat cute hehe.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Selepas aje check in bilik kami terus ke Deck 9 untuk Sailway Party. Deck 9 antara yang paling teratas mempunyai dua kolam renang bagi kanak-kanak dan dewasa tapi tak lupa juga ada twin hot tubs tu hehe. Ini kiranya meraikan kedatangan kami untuk berlayar selama 3 hari 2 malam bersama SuperStar Libra. Makanan semuanya jangan risau Insha Allah halal dari Seafood, Asian dan Dessertnya yang sangat sedap okay hehe.

Sedang menikmati makanan kami sebelum berlepas sempat juga naik ke atas Deck 10 untuk melihat matahari terbenam di Pulau Pinang. Subhanallah sangat cantik matahari terbenam ku lihat dari atas kapal dengan angin kuat laut mengena kami. Syukur sangat dapat merasai pengalaman menaiki SuperStar Libra cruise ini. Aktiviti Zumba at Sea pun dimulakan di atas kapal mewah ini. Ku memang suka sertai menari-nari ni. Almaklumlah suka join dari gym lagi hehe.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Tak lama lepas itu kapal pun berlayar ke lautan untuk menuju ke Phuket Thailand. Sebelum itu wajib ada Passenger Safety Drill jika berlaku kecemasan ke kan. Ala ibarat kalian sebelum kapal terbang berlepas pramugara pramugari buat safety drill kan haa begitu juga di sini. Ini sangat penting ya untuk tahu safety drill. Jangan jadi macam cerita Titanic tu hehe.

Kami terus ke program seterusnya yang telah ditetapkan dalam Itenary kami ke Showtime Magic Illusion oleh James Long. Memang ternyata hebat Magic Illusion beliau. Ku pun terfikir macam mana lah dorang buatkan hehe. Bila lihat memang rasanya betul-betul terjadi seperti contoh badan itu terbelah dua?

Selepas aje habis Magic Show terus naik ke Pool Deck berehat santai sambil menikmati angin laut malam ni melihat langit yang ada sedikit bintang hehe. Deck 10 kalian boleh jalan-jalan atas tu sambil melihat ketenangan laut serta berehat di kerusi malas sambil menunggu Supper dalam pukul 11 hehe. Memang travel makan aje kerjanya hehe. Sedap memang sedap.

SuperStar Cruise Libra

Alhamdulillah pada malam pertama nasiblah ku tak rasa mabuk laut sangat walaupun naik di atas kapal besar ini adalah terasa sedikit sebanyak kapal ni bergoyang kiri dan kanan. Tapi tidak lah seteruk mana seperti kalian menaiki kapal yang lebih kecil sedikit lagi terus mabuknya nanti hehe.

Pada keesokkannya seawal pagi jam 7:00am bangun dan bersiap-siap di kabin comel kami terus ke Deck 9 untuk program Fitness First: Rise & Shine dengan Yoga Lesson. Kalian rasakan sendiri perasaan bila bangun pagi dengan suasana angin laut tenang dan bersukan di atas laut sangat awesome okay ! dan menenangkan fikiran anda. Tak pernah ku rasa perasaan sebegini hari-hari.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Kalau boleh hari-hari nak beryoga atau body jam di atas kapal Cruise menghadap laut dan melihat matahari naik sangat cantik seperti matahari terbenam. Sejuk pun sejuk juga di tambah dengan angin kuat berlayar di atas kapal hehe. Breakfast pagi itu di Ocean Palace, makanan di sini tak perlu cakap memang sangat dan mengikut citarasa untuk sarapan. Perlu sarapan awal dan makan banyak sikit sebab kejap lagi kapal akan tiba di perairan Phuket dan kita jalan-jalan ! hehe.

Dalam hampir tengah hari kami bersiap-siap karena kejap lagi nak disembark turun ke kapal kecil untuk ke Phuket ! Nak tunggu arahan turun pun lama juga sempat lagi kami bergambar di atas Deck 9 ini. Cuaca pun sangat cantik untuk bergambar hehe. Alhamdulillah giliran kami tiba untuk naik kapal kecil ke Phuket. Ambil masa dalam 20 minit juga, mujur ada bas disediakan untuk ke Bandar Phuket.

Cruise Cruise Cruise

Ini kali kedua ke Phuket Thailand ini, kali pertama pergi hampir 2 tahun yang lalu dalam bulan yang sama hehe. Rupanya ku baru tahu Phuket Thailand ini ialah sebuah pulau besar, patutlah dikelilingi oleh lautan pantai yang cantik hehe. Phuket ini juga pernah menjadi kisah sedih apabila berlaku Tsunami tahun 2004 yang lalu. Perjalanan pun agak jauh karena keadaan tanah jalan di Phuket ini berbukit bukau tapi cantik tau.

Cruise

Kami berhenti di Rich Home Decor yang menawarkan produk-produk hasil tangan seni keluaran Thailand. Memang menarik dan kita dapat lihat budaya dan culture mereka di sini. Seterusnya kami ditinggalkan gitu untuk aktiviti Free & Easy di Patong Beach. Alhamdulillah ku masih ingat serba sedikit jalan di sini dan Jungceylon Mall yang ku pernah pergi dahulu takdalah sesat nanti.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Yang tidak boleh dilupakan di sini di mana beberapa rakan blogger yang ikut sekali menaiki tuktuk bersempit-sempit 9 orang tapi muat haha 1 tuktuk hanya 200baht setelah di nego-nego hehe. Kami mencari restoran makanan halal di sini yang tidak susah cari. Betul-betul berhadapan masjid, senanglah lepas makan terus solat.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Kami makan di Saveena Restoran yang merupakan restoran yang agak terkenal bagi pelancong muslim untuk ke sini. Mereka tau la sikit-sikit cakap Melayu. Contoh ku nak order nasi goreng thai telur mata pun dia faham hehe. Makanan agak sedap dan murah tak sampai pun 200 baht untuk menu Nasi Goreng Telur mata dan yang paling sedap Thai Milk Tea memang original dari sini, kalau dekat Malaysia lain sikit rasanya hehe.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Setelah hampir 4 jam kami berada di bandar Phuket terus bergegas ke bas untuk kembali semula ke Deep Sea Port naik semula kapal cruise. Tapi kami sempat singgah seketika ke Kata-Karon Beach. Angin sangat kuat menderu-deru dengan ombaknya yang besar. Rasanya siapa yang berani berenang di sini ok la kot, tapi ku sendiri tak berani dengan keadaan ombak begitu haha.

SuperStar Cruise Libra

Alhamdulillah selamat tiba di port untuk menaiki semula SuperStar Cruise satu pengalaman yang menarik dan tak dilupakan dapat lihat tempat orang lagi kali kedua hehe. Malam itu ada aktiviti Body Jam dan Sh'bam pula bersama Fitness First dan kemudian bersambung ke aktiviti seterusnya menonton Showtime One In Million.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Persembahan One In Million ini sepenuhnya fokus kepada muzikal, tarian dan akrobatik. Bagaimanalah mereka menari di dalam kapal yang pada malam itu agak bergelora bergoyang sana sini hehe. Tapi ku teruja dengan persembahan akrobatik, bagaimana tubuh selembut itu boleh lentik semacam. Macam-macam gaya boleh buat hehe. Kalau naik SuperStar Libra memang tak bosan pelbagai aktiviti kalian boleh sertai.

Akhirnya tiba masa yang dinantikan ialah malam penutupan Farewell Party yang diadakan di deck 9. Tema ? Pisang ! Banana berwarna kuning hehe. Jenuh seminggu sebelum berangkat ke Penang cari baju Banana yang sesuai mengikut tema, tapi pasrah tak sempat jumpa yang ada pun tshirt Batman ku yang berwarna kuning hitam. Ok la tu mengikut juga tema berwarna kuning. Ku sendiri minat warna kuning hehe sesuai dengan tema blog.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra Untitled

Malam itu beramai-ramai berzumba di atas kapal ku sendiri sertai zumba mereka. Alang-alang malam terakhir dan ku sendiri suka sertai zumba hehe. Semua staf dan anak kapal turut membuat persembahan mengikut department masing-masing. Almaklumlah program terbaru SuperStar Cruise ini fokus kepada Fitness. Meriah tau hehe. Makan pun sedap mengikut tema hehe. Terasa kejap aje trip 3 hari 2 malam kami bersama dengan SuperStar Cruise Libra.

Keadaan pelayaran malam terakhir kami yang agak bergelora lautannya. Keadaan kapal ke kiri dan kekanan sedikit. Tapi Alhamdulillah berjaya mengharunginya dengan tidur ! selepas Farewell Party diadakan hehe. Keesokkannya keadaannya kembali kepada biasa keadaan kapal sudah stabil seperti biasa hehe.

Pagi terakhir itu kami berjalan jalan di sekitar kapal. SuperStar Libra ini mempunyai pelbagai fasiliti 10 deck kesemuanya. Mempunya 718 bilik kabin mampu memuatkan hampir 1,436 penumpang dalam satu-satu masa. Ada duty free shop, medical clinic, wifi dan lain-lain.

Sempat juga kami buat tour gallery kitchen SuperStar Libra ini bagaimana mereka menyediakan makanan untuk semua penumpang. SuperStar Cruise ini terdapat 8 jenis tempat makan untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan juga makan lewat malam atau supper.

SuperStar Cruise Libra SuperStar Cruise Libra

Mariners Buffet lebih kepada penyediaan menu Asian and International Buffet, Ocean Palace  menyediakan Asian and Chinese Cuisine, Four Seasons Restaurant yang menyediakan Asian dan Western Cuisine, Taipan iaitu Chinese Cuisine, Pool Bar untuk juice, drinks and cocktails dan Coconut Willy's untuk beers, wines dan minuman lain-lain. Bagi yang Muslim pula, Spices Restaurant  menyediakan Malay Cuisine yang telah diiktiraf halal oleh JAKIM.

Cruises Libra Cruises Libra

Pakej 3D2N ke Phuket bersama SuperStar Libra akan bertolak dari Pulau Pinang setiap hari Rabu dan Jumaat bermula 4 Ogos 2017. Sekarang ada promotion harga bermula dari RM 699 seorang untuk perlepasan hari Rabu, dan bermula harga RM 899 seorang untuk perlepasan hari Jumaat.

Pengenalan pakej 3D2N ini kesinambungan pakej sedia ada 4D3N ke Phuket dan Krabi yang sedia ada yang berlepas pada setiap hari Ahad. Hah untuk pakej 4D3N ke Phuket dan Krabi pun ada promo sekarang hanya RM1050 seorang. Boleh tahan harganya bagi mereka yang ingin merasa apa lagi boleh booking sekarang hehe.

Terima kasih atas jemputan ku bersama blogger-blogger yang untuk menaiki SuperStar Cruise Libra ini merupakan suatu pengalaman yang amat berharga bagi ku sendiri. Almaklumlah dulu memang teringin untuk berlayar di laut kini impian termakbul.



SuperStar Cruise Libra

No comments: