FTRoadPediaZonUtara Kini Ke Utara Malaysia !

FTRoadPediaZonUtara  

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kini ku kembali untuk menyelongkar apa yang ada sepanjang perjalanan ke Utara ini setelah menyertai Program sebelum ini FTRoadPediaZonSelatan yang merangkumi tempat-tempat yang menarik, makanan tempatan yang boleh didapati serta melihat tapak-tapak projek yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya.

Okay baiklah sedikit pengenalan Program Jelajah FTRoadPediaZonUtara bagi mereka yang baru baca blog ku ini hehe. RoadPedia bermaksud JELAJAH BERMAKLUMAT melalui jalan-jalan persekutuan (Federal Trunk Road), bertujuan untuk menggalakkan kalian menggunakan Jalan Persekutuan sebagai jalan utama.

Selain itu, Program Jelajah seperti ini diharapkan dapat memberi nafas baru dan perspektif positif kepada Jalan Persekutuan, sambil berpeluang untuk menikmati sosio budaya setempat. Program Jelajah FTRoadPediaZonUtara yang berlangsung selama 3 hari ini dari 29 Julai hingga 31 Julai 2017 dirasmikan atau Flag Off oleh YB Menteri Kerja Raya Dato Sri Haji Fadillah Yusof di Menara Kerja Raya.


FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara


Perjalanan kami diiringi oleh Pegawai Pegawai KKR dan Polis iringan serta YB Menteri Sendiri menaiki bas bersama kami untuk Program Jelajah FTRoadPediaZonUtara sendiri. Program bermula dari Kuala Lumpur dan berhenti di Perak, diteruskan semula ke Pulau Pinang dan Kedah diakhiri di Negeri Perlis. Banyak tu pit stop hehe. Jom teruskan  membaca.


KUALA LUMPUR KE PERAK


FTRoadPediaZonUtara


Perjalanan ke Kuala Lumpur ke Tanjung Malim melalui Jalan Persekutuan (Jalan Dalam) FT01 akan menemukan kita dengan beberapa tempat menarik kalian boleh singgah seperti Taman Rimba Templer yang merupakan sebahagian daripada Taman Warisan Negeri Selangor. Tidak jauh dari situ terletak Hutan Lipur Kanching tempat rekreasi keluarga dan pencinta alam semula jadi yang inginkan pengalaman keseronokan dan kesejukan bermain air terjun tropika.

Perjalanan di teruskan dengan menyusuri Daerah Batang Padang yang merangkumi pekan Tanjung Malim, Slim River, Bidor dan Tapah. Setibanya di Sempadan Selangor Perak untuk majlis penyampai Frame kepada Jabatan Kerja Raya tempatan JD Gombak, JD Hulu Selangor dan Batang Padang.


FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara


Apabila kalian tiba di Slim River Perak, kalian harus mencuba Roti Mokhtar yang agak terkenal di Slim River ini kerana ia dibakar menggunakan ketuhar batu bata, itulah keistimewaan roti Mokhtar. Aroma dan rasa roti yang sedap membuatkan pelanggan bukan sahaja menunggu di tepi jalan tapi terus berkunjung ke kilang roti ini untuk membeli roti panas yang baru keluar dari ketuhar.

Kilang roti ini beroperasi seawal pagi sehingga jam 2 petang dan pelbagai roti yang dihasilkan antaranya roti bun kacang, kaya, kelapa dan banyak lagi dijual dengan harga yang sangat murah. Sebab tu orang ramai sanggup datang dan beratur hehe. Untung kami dapat terus dalam bas semasa meneruskan perjalanan program jelajah ini hehe.


KUALA KANGSAR

Sebelum tiba di Kuala Kangsar, Jalan Slim River - Tanjung Malim merupakan lebuh raya bertol terawal di Malaysia  yang dibuka pada tahun 1966. Laluan sepanjang 33KM ini kemudian di tukar status kepada Jalan Persekutuan pada tahun 1994. Kini plaza tol berkenaan dijadikan kawasan Rehat & Rawat yang sangat popular sebagai tempat persinggahan pemandu lori.


FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara


Setibanya di Kuala Kangsar waktu untuk makan tengah hari di Sayong Resort dan kami dihidangkan pelbagai hidangan menarik terus membuatkan perut ku terus lapar hehe. Menu utama mesti ada ikan bakar. Walaupun ku jarang sangat kalau nak makan ikan tapi bila tengok ikan bakar tu rasa macam nak sikit tapi banyak hehe.

Antara tempat menarik di Kuala Kangsar ini kami sempat berehat dan solat sebentar di Masjid Ubudiah yang terletak lebih kurang 1km dari Bandar Kuala Kangsar dan FT 001 KM 645. Amat mudah untuk melihat masjid ini kerana ia dibina di atas bukit dan di tepi jalan di Bukit Chandan atas titah perintah Sultan Idris.


FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara


Masjid Ubudiah kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak yang dianggap salah satu masjid terindah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum Muslim di Perak. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid Ubudiah dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.


DAERAH KERIAN


FTRoadPediaZonUtara


Setibanya di Daerah Kerian yang terletak di utara Negeri Perak yang mana daerah ini bersempadan dengan Daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang dan Daerah Bandar Baharu Kedah. Kampung ku di sini hehe. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan Daerah Larut Matang dan Selama manakala di bahagian Barat Daerah Kerian adalah Selat Melaka.

Keunikkan daerah ini ialah ia terletak bersempadan dengan 3 buah negeri yang mana Sungai Kerian adalah garis sempadan bagi ketiga-tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perak dan Kedah. Terdapat beberapa tarikan dan tempat menarik di Sepanjang 687 hingga 720 Laluan FT001 (Jalan Ipoh-Butterworth).


FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara


Di sini YB Menteri Kerja Raya Dato Sri Haji Fadillah Yusof melawat kawasan terutamanya di tapak projek yang di mana bakal dibangunkan Hospital Parit Buntar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Bukit Gantang di mana membina sistem perparitan untuk mengatasi masalah banjir di sekolah ini. Yang paling penting bila perut sedang-sedang lapar dapat minum petang di Kantin SMK Panglima Bukit Gantang. Mee rebus, serabai, kuah durian, popiah berlada dan teh tarik. Sedap !


PULAU PINANG


FTRoadPediaZonUtara


Ketibaan kami di Pulau Pinang di sambut dengan Welcoming Dinner oleh CIDB di Restoran Pen Mutiara. Makan malam di tempat begini memang ku nanti-nantikan hehe dan bila merasa semua makan sini memang sedap betul terutamanya Sotong Goreng tepung dan Kari Kepala Ikan memang layan lah di Restoran Pen Mutiara ini. Durian tu tak boleh dilupakan. Thank you CIDB ! hehe.


FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara


Akhirnya setelah seharian perjalanan dari Kuala Lumpur hingga tiba di Penang, kami bermalam di Vistana Hotel Bukit Jambul merupakan hotel yang agak terkenal di Pulau Pinang ini. Agak selesa dan memang lena tidur dibuatnya sehingga esok pagi untuk meneruskan program meneroka seluruh Pulau Pinang ini hehe.


FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara


Keesokkanya Flag Off dari Vistana Hotel terus ke tapak Projek menaiktaraf Jalan Persekutuan FT006 dari Teluk Kumbar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tapak projek ini dibina untuk kemudahan pengguna dan sekali gus dapat mengelakkan kesesakkan lalulintas terutamanya di waktu puncak karena ianya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang.

Kami mengelilingi satu Pulau Pinang ini terdapat banyak tempat-tempat menarik seperti deretan gerai-gerai buah-buahan terutamanya di Balik Pulau. Air Terjun Titi Kerawang, Escape Park melalui Seksyen 51.20 laluan FT006 yang sangat menarik serta Ethopia merupakan taman rama-rama. Menembusi sehingga ke Batu Feringgi merupakan tarikan utama ketika waktu malam.


FTRoadPediaZonUtara


Paling penting pemandangan pantai dan laut yang sangat menenangkan boleh ke Pantai Bayu Senja, Pantai Miami dan Pantai Shamrock di mana menjadi lokasi santai sambil menikmati pemandangan laut dan alam semula jadi.


KEDAH


FTRoadPediaZonUtara


Dari Pulau Pinang terus ke Negeri Kedah Darul Aman melalui laluan FT001 Jalan Butterworth - Alor Setar. Kami singgah makan tengah hari sebentar di Sungai Petani Kedah. Dekat sini terdapat Menara Jam. Menara Jam Besar Sg Petani: dibina pada tahun 1910 dan siap pada tahun 1936 menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Tujuan pembinaannya adalah untuk memperingati King George V yang memerintah England dan pemerintah empayar British pada masa itu.

Setibanya di Gunung Jerai ini merupakan pertama kali ku sampai ke sini untuk melihat dan mendengar Taklimat Projek Pulau Bunting, Yan di Tapak Rekreasi Kaki Gunung Jerai. Gunung Jerai  merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 1,207 meter.


FTRoadPediaZonUtara


Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan daerah-daerah berhampiran di negeri Kedah. Uniknya mengenai Gunung Jerai adalah kerana keadaannya yang tinggi dikelilingi oleh tanah rata pertanian sawah padi sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang.


PERLIS


Akhirnya kita sampai ke destinasi yang terakhir Program Jelajah FTRoadPediaZonUtara di Perlis. Bermalam di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis dan bersiap sedia untuk Majlis Perasmian Penutup, Penyerahan Travel Guide Jelajah FTRoadPedia Zon Utara dan Makan Malam bersama YAB Dato' Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis dan YB Dato' Sri Hj Fadillah Bin Hj Yusof, Menteri Kerja Raya Malaysia.


FTRoadPediaZonUtara


Pada keesokkan hari merupakan hari terakhir Program Jelajah FTRoadPedia bagi Zon Utara ini. Ingat Perlis tiada tempat-tempat menarik ? Eh mesti ada dan kami sempat ke Empangan Tasik Timah Tasoh Perlis ini. Empangan bernilai RM77 juta, mula dibina pada tahun 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 hektar persegi di kawasan Berseri, dan mula beroperasi pada tahun 1992.

  FTRoadPediaZonUtara


Bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan, bagi kegunaan penduduk Perlis. Di bahagian utara berlatar belakangkan Bukit Chabang, dan di bahagian selatan Banjaran Nakawan.

Dan destinasi terakhir kami semestinya dan wajib singgah ke Padang Besar. Padang Besar merupakan sebuah pekan sempadan yang terletak di Perlis, Malaysia. Ia bersempadan dengan Wilayah Songkhla, Thailand, 35 kilometer menghala ke timur laut Kangar. Padang Besar bertentangan dengan sebuah bandar di Thailand juga dikenali sebagai Padang Besar yang mana sering dirujuk sebagai Pekan Siam oleh masyarakat tempatan.


FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara


Sempat juga ke Hentian Rehat & Rawat R&R Gurun Kedah arah Selatan untuk Perasmian Gerai Jualan yang berkonsepkan Pekan Rabu dan menarik perhatian kepada sesiapa yang berhenti di situ. Ku sendiri tak sempat nak membeli apa-apa almaklumlah banyak pilihan hehe.


FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara FTRoadPediaZonUtara


Berakhirlah sudah Program Jelajah FTRoadPediaZonUtara ku sangat teruja dengan program sebegini lebih menggalakkan kita menggunakan jalan Utama sebagai destinasi kalian untuk ke mana sahaja. Dapat lihat tempat menarik dan makanan-makanan yang sedap. Terima kasih atas jemputan Insha Allah jumpah di Program yang lain lagi hehe.


1 comment:

I N A A I N A A said...

Perghh bestnyaaaa. InshaAllah harap dapat jejak kaki kat tempat-tempat yang disharekan ini. Btw, cantik gambar2 yang eazy snap.