Chow Kit Trade Center (CKTC) - Warisan Moden di Kuala Lumpur

Chow Kit Trade Center


Chow Kit Trade Center 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera.

Chow Kit merupakan suatu daerah di tengah-tengah Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terletak di sekitar Jalan Chow Kit dan ditutupi oleh jalan-jalan selari iaitu Jalan Raja Laut dan Jalan Tunku Abdul Rahman. Bagi sesiapa ingin mencari barang murah inilah tempatnya karena hampir penduduk luar dari Chow Kit datang ke sini untuk membeli belah.

Tidak lama lagi Chow Kit bakal ada suatu mercu tanda yang dibanggakan iaitu dengan pembinaan Chow Kit Trade Center (CKTC)  yang akan menjadi satu tempat perhentian yang utama pusat membeli belah untuk produk kosmetik, barangan dapur, herba tradisional Melayu dan Ikon 10 tingkat baru di tengah-tengah kawasan tempatan atmosfera Kuala Lumpur disebut-sebut sebagai salah satu jenisnya di negara ini.


Chow Kit Trade Center


Chow Kit Trade Center


Chow Kit Trade Center


Chow Kit Trade Center yang dibangunkan oleh New Paradise Development Sdn Bhd anak syarikat VINSOON Group dan salah satu tujuan utama untuk memudahkan pemborong membeli barang di suatu tempat dan selesa. Almaklumlah Chow Kit sekarang banyak kedai kecil-kecil dan dengan cuaca Kuala Lumpur yang tidak menentukan.

Menurut Pengasas VINSOON Group Dato' Michael Lim pembangunan Chow Kit Trade Center ini memberikan nilai yang signifikan bukan sahaja kepada Chow Kit tetapi juga kepada pemborong dan pelabur di CKTC.

 " Selama bertahun-tahun, Chow Kit telah berkhidmat sebagai kawasan yang hebat untuk komuniti borong termasuk untuk masa lapang, kerana lokasinya yang hebat dan pelbagai produk borong yang boleh didapati oleh sesiapa di Chow Kit"


Chow Kit Trade Center


"Berbekal pengetahuan khusus mengenai pasaran Malaysia melalui projek-projek yang lalu, kami telah membangunkan pemahaman tentang pemborong dan pelabur yang disasarkan, dan benar-benar mencapai apa yang kami mahu lakukan"

Untuk pengetahuan kalian sebelum lancarnya sesi media pada 19 Julai 2017 lalu, Chow Kit Trade Center ini telah dibuka kepada pelabur dan telah mendapat sambutan dan jualan hangat. Hampir 50% CKCT ini telah dibeli oleh para pelabur perniagaan ataupun pemborong. Kesemuanya mengisi keperluan pengguna seperti produk kosmetik, peralatan dapur dan herba Melayu tradtional dari China, Thailand, Korea, Indonesia dan banyak lagi untuk datang dalam bulan yang akan datang.


Chow Kit Trade Center


Chow Kit Trade Center


Menurut Dato' Michael lagi, dijangka keseluruhan CKTC ini akan diduduki sepenuhnya pada penghujung tahun 2017 ini dan CKTC djangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019. CKTC terdiri daripada 254 lots  dari range square feet 52 hingga 181. Harga bermula dari RM101,4000 sehingga RM1,411,800.00 (RM1,950 - RM7,800 per square foot).

Ku tak sabar untuk menunggu Chow Kit Trade Center ini siap karena ada beberapa ciri-ciri yang unik seperti A Sky Dining food court konsep. Untuk pengunjung yang mengunjungi CKTC Wholesale Mall ini apabila ke A Sky Dining food court akan dapat merasa kelainan dan elegen terasa makan di atas langit udara. Dah nama pun Sky Dining hehe. Jarang mall ada konsep sebegini hehe.

Dan yang paling penting ialah akses mudah jalan raya atau pengangkutan awam yang berdekatan ke Chow Kit Trade Center ini seperti Chow Kit Monorail, Kampung Baru LRT, PWTC LRT, Pekeliling Bas Terminal dan Pudu Sentral UTC. Nah nak cakap susah nak ke CKTC ini tak lah susah memang mudah untuk ke Chow Kit Trade Center ini. Ku pun tak sabar tunggu ianya siap pada penghujung 2019 ini hehe.


Chow Kit Trade Center

test

No comments: