Bulan Amal Berbuka Puasa Di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur

AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur 

 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera


Alhamdulillah Bulan Ramadhan adalah di antara bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia karena pelbagai fadilat yang terkandung di dalamnya. Selain memberi tumpuan kepada ibadah, berpuasa, bersedekah dan mendekatkan lagi diri dengan Maha Pencipta.

Setiap tahun Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur ini akan mengadakan majlis berbuka puasa bersama anak-anak dari Pusat Jagaan Kasih Murni,Taman Keramat Kuala Lumpur dan boleh dikira menjadi majlis tahunan yang mencerminkan inisiatif dan keprihatinan kumpulan pengurusan hotel khusus untuk golongan kurang bernasib baik.


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Pengarah Urusan Berkumpulan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar dan Datuk Ahmad Tajudding Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset dijemput dan diberi penghormatan untuk mengagihkan duit raya bagi pihak AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur kepada seramai 50 orang anak yatim.

Bubur lambuk juga turut diedarkan secara percuma walaupun keadaan hujan pada haritu tempat ada juga sudi menerima sumbangan ikhlas ini. Untuk menu buffet berbuka puasa pula pihak AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur menyajikan pelbagai variasi hidangan yang dahulunya sangat popular di sekitar Bandar Kuala Lumpur pada tahun 70an hingga 90an.

Dan kini ianya berada di bawah satu bumbung berkonsepkan ‘Selera Desa – Kembara Iftar Di Kuala Lumpur’. Antara sajian yang dihidangkan ialah Ikan Bakar Stail Masakan Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat, Lemang, dan produk daripada durian seperti Serawa, Wajik dan Puding.


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur


Untuk pengetahuan kalian, menu-menu yang disajikan ini akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut. Ku tahu mesti antara kalian merupakan peminat durian bukan? Hehe. Kali ini pemanis mulut dibuat segalanya daripada durian seperti Serawa durian, Bubur durian, Wajik durian, dodol lempok, kek durian, cucur durian, talam durian, mousse durian dan pudding durian.

Menarik bukan? Menu kegemaran rakyat Malaysia pula tu disediakan hehe. Semua tahu bahawa masakan kampong tidak jemu untuk dinikmati dan ini tercetusnya idea penggabungan tema Kembara Iftar di Kuala Lumpur menyingkap kenangan lama. Seperti tempat-tempat menjadi memori antaranya Jalan Medan Pasar Lama, Foch Avenue, Warong Doraisamy, Jalan Pudu, Jalan Pantai Dalam, Jalan Dato Keramat dan lain-lain hehe.

Bagi harga pula RM68 untuk dewasa dan RM 40 untuk kanak-kanak. Untuk pertanyaan lebih lanjut atau kalian ingin buat tempahan berbuka puasa boleh menghubungi Saffron Brasserie di talian 03-20266060 sambungan 7703.

No comments: