Followers

IMG_3903


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Setiap percutian merupakan satu pengembaraan yang paling berharga dan tidak mungkin kalian akan dapat lupakan di sebuah pulau peranginan yang sangat terkenal dan terkemuka di Negeri Terengganu, Malaysia sepanjang musim ini. Kini terdapat tawaran kepada orang ramai terutamanya pelancong dalam negara ini terbuka kepada setiap setiap individu di Pulau Perhentian Terengganu dan kali ini dikendalikan oleh pakar pakej percutian iaitu Perhentiankravers Travel & Tours Sdn Bhd yang meliputi Perhentian Kecil & Besar hehe. 

Kalau kalian masih lagi pening untuk untuk memilih pakej percutian, Perhentiankravers  menawarkan pakej percutian Pulau Perhentian yang sangat menarik dan menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dilupakan. Dapat bergembira dan enjoy keindahan alam serta ketenangan Laut China Selatan yang terbentang luas. Kehidupan laut yang kebiruan dan berwarna warni serta pemandangan yang pasti membuat kalian terpukau sepanjang percutian. 

Pakar percutian seperti Perhentiankravers ini juga mereka telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada kalian yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

Yang penting apabila bercuti ialah keselesaan dan ketenangan pelancong dalam merancang percutian mereka nanti. Kalau dilihat Perhentiankravers ini telah menyediakan jenis pakej yang bersesuaian mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu, mereka juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung. Senang bukan? hehe


IMG_3902

"Bot Laju Perhentiankravers"

Apabila kalian ambil pakej bersama Perhentiankravers ini akan dilayan dengan baik dari proses tempahan sehinggalah kalian tiba di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot untuk memulakan perjalan ke Pulau Perhentian.

Kalian sangat beruntung tau apabila ke Pulau Perhentian karena bot laju Perhentiankravers yang kalian bakal naik merupakan satu-satunya yang dihias dan dicat sebegini tau hehe. Bot laju yang seperti jerung akan datang mengambil para pelancong yang semestinya dalam pakej Perhentiankravers terus ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan bot jerung 250 kuasa kuda ini hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja membelah lautan ke Pulau Perhentian.

Setibanya para pengunjung tiba di Pulau Perhentian, pengunjung akan dibantu oleh “crew” Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut kepada jenis pakej yang diambil.


IMG_3901



Puncak Kincir Angin


IMG_3900


Setibanya kalian ke Pulau Perhentian ini, hari pertama mengikut dalam tentatif yang telah disediakan dengan menuju ke salah sebuah destinasi popular di Pulau Perhentian iaitu mendaki ke kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Jangan risau karena Perhentiankravers ini menyediakan 'guide' untuk penunjuk arah dan akan membantu dari segi kesulitan dan masalah sekiranya berlaku kecemasan.

Keselematan para pelancong amat dititik beratkan yang melakukan sebarang aktiviti pendakian ini. Paling mudah menyediakan set 'first aid kit' dan 'walkie talkie'bagi memudahkan komunikasi antara pengunjung dengan “guide” sekiranya berlaku sebarang kesulitan yang tidak diingini.


IMG_3899


IMG_3898


Apabila mendaki, ianya memerlukan sedikit tenaga dan kekuatan mental dan fizikal tapi tak lama mana pun apabila sampai aje di puncak segala penat dan lelah pasti akan hilang begitu sahaja dek kerana pemandangan yang begitu indah serta kenikmatan dibuai angin bayu pada ketinggian 150 meter dari paras laut. Jom lihat gambar pemandangan yang diambil dari Puncak Kincir Angin ini hehe. Selepas itu aktiviti bebas seperti mandi pantai, berkayak dan lain-lain lagi.


Snorkelling !

Ini adalah aktiviti yang ku rasa merupakan aktiviti utama dan dinanti-nantikan  yang patut dilakukan ketika berada di Pulau Perhentian bersama Perhentiankravers iaitu Snorkelling ! hehe. pengunjung akan di bawa untuk bersnorkeling di 5 tempat snorkelling di sekitar Pulau Perhentian Kecil dan Besar. Ya, sudah pasti nya para pengunjung berasa sangat teruja untuk bersnorkeling di salah satu lautan terbuka yang penuh misteri dengan keindahan alam yang mungkin tidak pernah mereka lihat atau saksikan sebelum ini.

Aktiviti snorkelling ini bermula dari jam 10.30 pagi hingga ke pukul 5.00 petang yang mana Perhentiankravers juga telah menyediakan hidangan makan tengahari buat para pelanggan ketika berehat sebentar di Kampung Nelayan. Snorkelling pun snorkelling juga, keselematan juga dititik beratkan. Semua kelengkapan snorkelling dijamin selamat semaksima mungkin hehe.


IMG_3897


Selain itu, Perhentiankravers juga menyediakan perkhidmatan “snorkelling guide” profesional yang akan memantau serta melayani para pengunjung sepanjang trip. “Snorkelling guide” yang bertugas juga merupakan “underwater photographer” yang mana mereka akan merakam kenangan-kenagan para pengunjung ketika snorkelling di Pulau Perhentian.

Antara tempat-tempat snorkelling yang akan dikunjungi adalah seperti berikut :

  1. Turtle Beach @ Tiga Ruang
  2. Turtle Point
  3. Shark Point
  4. Kg Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
  5. Lighthouse
  6. Romantic Beach

IMG_3896 

Fish feeding di Turltle Beach



IMG_3895 

Mendekati penyu di Turtle Point



IMG_3894 

Berhadapan dengan Jerung di Shark Point



IMG_3893 

Kampung Nelayan untuk berehat dan makan tengah hari



IMG_3892 

Lompatan dari ketinggian 10 meter di Lighthouse bagi pengunjung yang inginkan sesuatu yang ekstrim. Di sini juga merupakan salah satu tempat yang mempunyai “coral” yang tercantik di Pulau Perhentian.



IMG_3891 

Tempat snorkelling yang terakhir iaitu Romantic Beach di mana para pengunjung dapat berehat sambil bermandi-manda pada air di paras pinggang dengan keadaan laut yang tenang.
Romantic Beach ini juga terkenal dengan rumah kepada “Nemo” dan juga “Baby Stingray”.



IMG_3890


Selesai aje dari aktiviti bersnorkelling, keseronokan serta pengalaman indah para pengunjung tidak terhenti di situ sahaja, malah para pengunjung juga boleh mengambil kesempatan untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sungguh mendamaikan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas membiru kekuningan emas.


IMG_3889


IMG_3888


Pakej Perhentiankravers ini juga menyediakan hidangan Barbeque sebagai juada istimewa makan malam di Pulau Perhentian. Selesai aje kalian makan malam, bagi mereka yang masih merasakan masih awal untuk pulang tidur berehat dan inginkan suasana malam yang lebih meriah boleh lah berjalan ke Longbeach dimana terdapat pelbagai hiburan musik dan persembahan api yang di adakan di sana. Hal ini kerana Longbeach begitu terkenal sebagai satu-satu nya “Night Life & Beach Party” di Pulau Perhentian.


Hari Ketiga

Ala sudah hari ketiga? hehe kebiasaannya pengunjung sudah bersiap sedia untuk meninggalkan Pulau Perhentian dan pulang menuju ke destinasi masing-masing. Pada pengunjung yang berhasrat untuk menambah hari percutian mereka dan ingin mencuba aktiviti-aktiviti lain yang ada seperti “scuba diving”, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan mengikut kehendak pelanggan.

Perhentiankravers menyediakan 3 kali dalam sehari bagi perjalanan bot penumpang dari Pulau Perhentian ke Jeti Kuala Besut. Waktu perjalanan bot penumpang adalah pada 8 pagi, 12 tengahari dan pukul 4 petang.

Setibanya kembali di Jeti Kuala Besut, para pengunjung berkesempatan untuk membeli-belah barangan cenderamata yang dijual di sepanjang jeti. Bagi pengunjung yang pulang menaiki bas, Perhentiankravers menyediakan kawasan rehat atau “lounge” di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.


IMG_3887


So bagaimana? Perhentiankravers Perhentiankravers menjanjikan sesuatu yang tidak dapat dilupakan oleh para pengunjung apabila bercuti di Pulau Perhentian iaitu pengalaman yang begitu menakjubkan. Rata-rata pengunjung memberikan maklum balas yang mengujakan seperti mereka tidak terbayang akan keindahan Pulau Perhentian menandingi mana-mana keindahan destinasi perlancongan di luar negara terutamanya negara kejiranan. Perhentiankravers menjanjikan “value for money” kepada para pengunjung yang disayangi.

Musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari hingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau setiap hujung tahun. Oleh kerana operasi di Pulau Perhentian adalah terhad, Perhentiankravers menasihatkan kepada bakal pengunjung untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan dari kekecewaan akibat dari bilik penginapan penuh.

Sebarang tempahan boleh lah hubungi :

019-9100986
(Pejabat Perhentiankravers)

Email : hai.perhentiankravers@gmail.com

Facebook : facebook.com/perhentiankraverss
Instagram : Perhentiankravers
Youtube : https://youtu.be/asDh-bY49QQ
Website : www.perhentiankravers.com


Comments (5)

On May 6, 2017 at 11:37 PM , I N A A I N A A said... [Reply to comment]

Bestnya tengok laut cantik macam ni.. Tenang pemikiran dibuatnya.. Nanti nak bercuti kat sini la.. inshaAllah

 
On May 7, 2017 at 12:59 AM , Amanda Suria said... [Reply to comment]

tak sampai lagi kat sini...menarik ni..boleh pi nanti

 
On May 7, 2017 at 7:50 AM , wan norasiah said... [Reply to comment]

Wahh..mcm best jer...brp minimum kos ke sana

 
On May 7, 2017 at 9:29 PM , MaMa Chantique said... [Reply to comment]

Cantik juga yer..wajib masuk dlm travel list ni...

 
On May 7, 2017 at 9:52 PM , Mama Chantique said... [Reply to comment]

Cantikknya...wajib masuk dlm travellist ni