Followers

IMG_2710


IMG_2717 


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Pada 21 April yang lalu, Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dilancarkan secara rasmi dengan beberapa fungsi baru yang pastinya memberikan pengalaman unik buat pencinta makanan di luar sana. Diilhamkan daripada program kembara makanan popular TV3, Jalan Jalan Cari Makan, aplikasi ini membolehkan pengguna mendapatkan info-info menarik mengenai tempat-tempat makan menarik yang pernah dikunjungi produksi Jalan Jalan Cari Makan .


IMG_2716


IMG_2718


IMG_2719


IMG_2714


Mari kita lihat satu persatu kegunaan dan kemudahan yang kalian boleh guna apabila muat turun dan menggunakan aplikasi JJCM ini hehe :-
  • Aplikasi JJCM ini sangat sesuai bagi mereka yang terlalu keliru untuk pilih tempat makan di mana. Almaklumlah terlalu banyak sekarang kedai-kedai makan dan restoran di luar sana hehe. Aplikasi ini turut boleh membantu rakyat Malaysia setiap kali mereka berhadapan dengan kepayahan membuat keputusan untuk makan apa dan di mana. Bukan itu sahaja, tawaran diskaun Offpeak juga memberi peluang buat pengguna aplikasi ini menikmati hidangan kegemaran mereka dengan harga yang lebih rendah.
  • Selepas aje kalian muat turun aplikasi ini, terdapat beberapa fungsi terbaru aplikasi JJCM ini yang dapat  menarik perhatian adalah tawaran diskaun dan potongan hebat restoran dan tempat makan seluruh negara menerusi kerjasama dengan Offpeak. Pengguna JJCM boleh mendapatkan diskaun sehinggan 70 % bagi restoran terpilih menerusi paparan “Offpeak Deals” yang akan sentiasa dikemaskini setiap hari

IMG_2722

  • Bukan sahaja kalian mendapat discount tetapi ia juga menawarkan fungsi tempahan restoran menerusi kerjasama Media Prima Digital bersama Offpeak. Mudah bukan? kalian tidak perlu lagi beratur panjang dan menunggu lebih lama untuk menikmati hidangan kesukaan di restoran kegemaran kalian. Cuma perlu memilih restoran yang berkenan di hati kalian, masukkan nombor telefon, tetapkan tarikh dan masa serta bilangan pengunjung. Easy ! No charge okay cuma bayar makanan aje hehe.

IMG_2723

  • Bagi yang sudah muat turun aplikasi JJCM ini pasti kalian akan perasan aplikasi ini telah diberi nafas baru dengan rekaan grafik yang lebih menarik dan mesra pengguna. Dengan transformasi 360 darjah, aplikasi JJCM kini tampak lebih segar dengan wajah baru. Sebenarnya aplikasi ini telah lama ada pada tahun 2015 lagi dan telah mencatat lebih dari 250 ribu muat turun. Fuhhh ramai juga telah muat turun. Patutlah tiada masalah untuk cari kedai makan hehe.

IMG_2721

  • Selain itu kalian juga boleh mendaftar akaun dan boleh beri komen atau cadangan seperti tempat yang kalian kunjungi ini makanan dia sedap atau tidak, harga berpatutan atau tidak, tempat mudah dicari atau tidak dan macam-macam lagi supaya mudah pengguna lain melihat apakah ulasan pengguna lain mengenai sesuatu tempat makan tersebut.

IMG_2720

  • Yang paling penting fungsi aplikasi JJCM ini apabila kalian berada di sesuatu kawasan dan ingin mencari tempat makan dapat melihat senarai restoran yang berhampiran dengan kedudukan GPS mereka yang berada dalam radius berdekatan dengan kalian.
Aplikasi JJCM juga tidak terhad kepada tempat makan yang dikunjungi produksi rancangan Jalan Jalan Cari Makan sahaja. Pasukan editorial aplikasi JJCM juga pergi ke tempat-tempat makan lain yang dicadangkan orang ramai. Menerusi paparan artikel-artikel menarik di ruangan editorial, pengguna aplikasi JJCM boleh mendapatkan lebih informasi mengenai restoran-restoran lain juga senarai artikel yang merangkumi pelbagai jenis dan topik berkaitan makanan.

Pasukan editorial JJCM juga akan ke seluruh negara bagi mencari makanan-makanan unik dan menarik untuk dicadangkan kepada pengguna apllikasi JJCM. Buat julung-julung kalinya, sebuah program kembara makanan aplikasi JJCM telah pun diadakan di negeri Terengganu beberapa minggu lalu di mana pasukan editorial aplikasi JJCM bersama beberapa rakan media dan bloggers terplih menjelajah ke serata Terengganu bagi mencuba pelbagai jenis hidangan moden serta tradisional menarik di negeri pantai timur itu.

 Aplikasi JJCM boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store bagi pengguna iOS manakala pengguna Android pula di Play Store.


IMG_2724



Kempen #SeringgitSeribuKebaikan


Kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini merupakan sebuah kempen kebajikan yang dibawakan oleh aplikasi JJCM dan Media Prima Digital. Menerusi kempen ini, kalian berpeluang berkongsi rezeki dengan menyampaikan sumbangan ikhlas mereka serendah RM 1, RM 3, RM 5 dan RM 10 yang akan digunakan bagi membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadan.

Konsep yang digunakan lah makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan mahu memberi peluang anak-anak istimewa ini untuk turut sama menikmati juadah istimewa yang akan disediakan 20 restoran dan food truck terpilih. Setiap rumah kebajikan terpilih akan menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari, setiap Isnin hingga Jumaat, selama 4 minggu Ramadan bertamu.

Sekarang ni pun skuad #SeringgitSeribuKebaikan Media Prima Digital akan turut ke negeri Terengganu Darul Iman dan Johor Darul Takzim bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini untuk dua buah rumah kebajikan terpilih di negeri tersebut pada 3 dan 10 Jun 2017. Menerusi kerjasama bersama pihak CJ Wow Shop, pengguna boleh membuat sumbangan menerusi aplikasi JJCM sendiri ataupun terus ke laman sesawang www.CJWowShop.com.my untuk berkongsi rezeki.


IMG_2708


IMG_2712


Dalam masa yang sama, pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih ini. Kempen ini akan berlangsung sepanjang Mei bermula 1 Mei hingga 31 Mei 2017. So kalian juga kita berbakti sambil beramal ikhlas untuk mereka yang lebih memerlukan ini.

Comments (1)

On May 3, 2017 at 7:34 PM , I N A A I N A A said... [Reply to comment]

Nak install la... senang nak pergi foodhunting nanti... thanks share