Kopi Tongkat Ali Nu-Caffe Beri Tenaga Setiap Hari !

Nucaffè 


 Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kali ini ku mencuba produk keluaran tempatan  Kopi Tongkat Ali Nu-Caffe. Ku sebenar kurang gemar kalau bab-bab nak minum kopi ini. Tapi setelah mencuba Nu-Caffe Tongkat Ali ternyata ku amat meminat untuk minum Nu-Caffe Tongkat Ali ini. Kopi pracampuran dengan adunan sempurna 100% kopi Arabica dan krimer dengan ekstrak 50mg Tongkat Ali PHYSTA®.

Betul atau tidak, kopi dengan ekstrak Tongkat Ali Nu-Caffe ini boleh memberi dan membekalkan tenaga kepada sesiapa yang minum. Seperti contoh kita mesti lesu dan mengantuk di pagi hari untuk memulakan kerja harian. Dengan adanya Tongkat Ali Nu-Caffe ini dapat memberi tenaga apabila kalian sedang melakukan sesuatu pekerjaan.


Nucaffè


Nucaffè


Tongkat Ali Nu-Caffe Kopi pracampuran ini adalah pada ekstrak Tongkat Ali. Ianya merupakan bahan mentah asli 100% ekstrak Tongkat Ali yang dikering dan disejuk−beku bagi memastikan bahan bioaktif tidak musnah. Dengan menggunakan teknologi pengekstrakan berasaskan air yang dipatenkan dapat mengasingkan dan mengekalkan komponen bahan bioaktif.

Alhamdulillah ku dapat satu kotak Tongkat Ali Nu-Caffe yang mengandungi 15 sachet. Setiap sachet atau hidangan mengandungi 50mg ekstrak Tongkat Ali PHYSTA® yang berupaya memberikan kesan  kepada kalian yang merasa berdasarkan kajian klinikal yang dibuat dan ianya dibawah piawaian SIRIM MS:2409:2011 bagi memastikan bahan aktif hadir dengan konsisten.

Cara membuatnya adalah sangat  mudah, hanya perlu sediakan secawan air panas sebanyak 200ml. Masukkan ke dalam air panas dan biarkan ianya larut dan terus kacau sehingga mana anda rasa ok hehe. Buat pertama kali ku merasa kopi Tongkat Ali ini dan rasanya agak pahit kemanisan gitu. Ini karena ia kopi pracampuran dengan Kopi Arabica dan Krimer.


Nucaffè 


Nucaffè


Setiap pagi ku akan bancuh satu sachet dan dapat memberi kesegaran di waktu pagi dan ku rasa sangat bertenaga untuk membuat kerja di office. Almaklumlah dengan suasana pejabat sejuk dengan aircond dan bangun awal pagi untuk pergi ke Pejabat. Kalau tak memang akan lentom juga sekejap di Pejabat hehe. Kalau kalian tahu Tongkat Ali juga dapat memperbaiki aliran darah dalam badan dan sangat baik untuk kesihatan lelaki. Disamping ia juga bertindak sebagai ejen meningkatkan libido atau kesihatan seksual hehe.

Di mana kalian mendapatkan Tongkat Ali Nu-Caffe ini. Ada dua jenis packaging. Yang kecil di dalamnya ada 5 sachet hanya RM18.50 dan packaging yang besar di dalamnya ada 15 sachet hanya RM52.50. Kalian boleh dapatkannya di Laman Web Denaisell. Ku dulu kurang minat Kopi terus minat minum sebab ia ada bagi benefit dekat diri hehe. Kalian pula? hehe.

No comments: